bismillahirrahmanirrahim..
Subhanallah telah kau beri rasa ini dapat memahami dan menikmati indahnya sebuah ukhuwah itu..Tiada lafaz yang mampu mengungkap perasaan ini..segala-galanya ada pada Mu ya Allah..
pertanyaan seorang ukhti membuat ku berfikir semula erti sebenar berukhuwwah kerana Allah..betulkah selama ini hubungan ku dengan sahabat-sahabat tulus kerana Allah??
hanya muhasabah buat diri dan ingin dikongsi bersama sahabat-sahabat tercinta..ketahuilah ini sekadar apa yang ku fahami,lalui dan rasai...
ukhuwwah itu bukanlah hanya dengan melafazkan 'uhibbuki fillah' semata-mata, tapi dia adalah hubungan hati yang perlu kita bina di antara kita. Hakikatnya perasaan belas kasihan, rasa kasih dan sayang,ingin memuliakan dan mempercayai itu sememangnya wujud dalam diri manusia kerana itu adalah fitrah insani.Muslim atau kafir tetap wujud perasaan itu..
Tetapi ukhuwah fillah adalah sifat yang lazimnya dikaitkan dengan iman dan tabiatnya dikaitkan dengan taqwa..
perumpamaannya tiada ukhuwah tanpa iman, tiada iman tanpa ukhuwah sama seperti tiada hubungan persahabatan yang baik tanpa taqwa dan tiada taqwa tanpa hubungan yang baik dalam persahabatan...
nak kata dia amat berkait antara satu sama lain..dah nama pun ukhuwah kerana Allah jadi asasnya mestilah punya aqidah yang sama,yang sama-sama mengakui bahawa Allah Tuhan yang Esa dan nabi Muhammad adalah pesuruh Nya...betul tak?? tak pernah pulak kita dengar ada yang berukhuwwah fillah dengan Mei Ling seorang penganut kristian..sebenarnya kita dengan Mei Ling tu dikira sebagai kawan je..
Bila difikirkan balik kita tak sanggup pun nak korbankan diri kita untuk orang lain masa, tenaga,harta yang sangat di sayangi dan cintai itu .. terasa pelik juga mengapa kita mampu buat semua perkara tu?? Yakinilah bahawa hubungan persahabatan itu adalah buah dari ketaqwaan kita..
logiknya dalam diri muslim tu ada iman dan taqwa boleh kita rasa ukhuwah yang sebenarnya dan persahabatan yang penuh keikhlasan...
memang la kita akan rasa penat,kadang-kadang tu rasa menyampah,tension dengan perangai sahabat-sahabat kita yang macam-macam tu.. tapi kita kena berdepan juga..dalam sebuah hadith yang biasa kita dengar (( tak beriman seseorang di kalangan kamu sehingga dia mencintai sahabat dia seperti mana dia mencintai dirinya sendiri))
Kalau kita nak rasa manisnya ukhuwwah fillah tu janganlah kita tunggu orang lain yang buat dulu kat kita tapi kita yang hadirkan dalam diri kita perasaan kasih dan sayang,rasa nak lebihkan orang lain,dan rasa ringan tulang untuk membantu ukhti-ukhti kita semampunya..
Sering kita dengar ukhti kita melafazkan 'uhibbukifillah' sama ada bila bertemu atau berutus surat..Pada pandangan ana lafaz itu untuk mengingatkan kita bahawa hubungan ini adalah kerana Allah..
Ingatlah bahawa hubungan ini adalah hubunga hati..jadi berhati-hatilah..Ikhlaskan kerana Allah kerana Dia yang berhak memberi rasa nikmat dan indahnya ukhuwwah ini..
No comments:
Post a Comment