27 May 2011
perhati sekeliling kita
Ah bosan la nak tau pasal orang lain..
lantak la nak jaga sangat tepi kain orang tu kenapa?
terngiang-ngiang masa belajar physic tadi..slot bersama dukturah Carmen dengan bersemangat melontarkan.. "all elements try to become stable …. so atom ready to loss and gain electron.. and it also make a bond with sharing their electron.."
ntah kenapa rasa macam terkesan pulak dengan kisah atom-atom tu..padahal sebelum ni punyalah susah nak suka bab ni..
sang atom menyedari yang dia tak sempurna, jadi dia memerlukan atom lain untuk tolong dia sebab dia nak 'stable' juga macam noble gas yang dah sempurna tu..bijaknya dia ^-^
disebabkan itu dia mencari atom lain yang memerlukan electron dia untuk di beri dan atom yang kurang electron menerima dengan gembira.Adakalanya mereka ni berkongsi electron..MasyaAllah
Bila kita lihat dalam kehidupan kita sebenanya banyak persamaan dengan kisah atom ini..percaya tak??
Manusia ni bukan sempurna sangat masih banyak kelompongan dalam diri,masih banyak kelemahan yang tidak disedari,tetapi kebanyakannya masih mahu menunjuk kesombongan diri...
merasa mampu untuk hidup sendiri
merasa yakin tanpa bantuan yang lain
menjulang tinggi kelebihan diri sambil merendah kelemahan orang lain..
mengapa perlu begitu??
sedarlah dan ketahuilah
bukan nak mengata yang kita tidak boleh untuk berdikari..
Telah dijelaskan bahawa kita diciptakan di dunia ini bersama makhluk lain..
saling memerlukan antara satu sama lain
melengkapi dalam satu kitaran lengkap
hakikatnya kita tidak hidup sendirian.. pergi hutan pun kita masih ditemani dengan makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan..
malah kat syurga pun Allah dah tetapkan kita punya teman, bidadari dan wildan.
adakala kita kurang dan lemah, kita nak ada yang hadir bagi support dan input pada kita..
***
berbalik kepada kisah atom tadi,bila dia memberi dan menerima electron, akan terbentuk bond antara mereka.. jadi mereka ni dah kuat dan sempurna dan boleh digelar molecule..
itu kisah mereka,
kita??
sebenarnya sama je
siapa yang lebih dia perlu berkongsi ..ketahuilah manusia itu hidup dengan kelebihan dan kekurangan.
perhubungan yang sebegini secara tak langsung melahirkan bond diantara kita dengan orang lain..
bila memberi dan menerima adakalanya kita juga mahu berkongsi..berkongsi cita-cita dan matlamat..berkongsi harapan dan impian dan sebagainya..
hubungan yang dibina ini membentuk satu masyarakat yang bersatu
masyarakat yang teguh tidak goyah bila diancam pelbagai anasir negative..
teringat sebuah firman Allah s.w.t:
"sesungguhnya orang mu'min itu bersaudara…." (49:10)
hanya dengan kalimah syahadah,terus bertambah bilangan saudara kita
tanggungjawab kita juga bertambah..
saudara kita bukan hanya yang seayah dan seibu..tetapi yang seaqidah dengan kita..
dalam surah yang sama juga,
"wahai manusia! sesungguhnya Aku menjadikan kamu dari seorang lelaki dan perempuan,kemudaan kami jadikan kamu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar kamu saling kenal-mengenal .sungguh yang paling mulia diantara kamu disisi allah adalah yang paling betaqwa.sungguh allah maha mengetahui maha teliti" (49:13)
kita yang muslim ni sebenarnya dah ada bond tu tapi perlu dikukuhkan lagi..
bangsa yang pelbagai di dunia ni Saja Allah bagi untuk kita mengenali diantara satu sama lain.Salah satu sebab juga Allah menjadikan sebegitu supaya kita tidak terlampau taksub dengan bangsa kita dan kita perlu sedar bahawa bangsa dan suku tidak menjamin apa-apa sisi Allah.
lepas ni bersemangat nak tambah kenalan
nak jadi macam atom tu..dia tak kedekut..dia tak hidup sorang-sorang
untuk menjadi sempurna perlu memberi,menerima dan berkongsi..
hanya manusia yang sombong sahaja yang tidak mahu mengakuinya
***
"HIDUP MEMBERI,MENERIMA, DAN BERKONGSI"
ayuh! satu slogan yang membawa seribu makna
Dai'e yang baik itu bila dia mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian
mana mungkin insan yang inginkan kecintaan Allah itu tidak mampu mendidik dirinya untuk menyampaikan apa yang diketahuinya…tidak dapat menerima teguran membina dari masyarakat sekeliling atau berhadapan dengan pandangan baru masyarakat sekeliling…dan tidak mampu berkongsi hidupnya untuk beramal demi deen ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PEACE BE UPON YOU
Even though I Can't see your face Your presence Is always all around me Your name's on mind every single day Peace be upon you ...
-
Tiada siapa yang berhak untuk menghalang impian dan berangan-angan.. Malah Umar Al-Khatab yang disegani juga berimpian besar..duduknya ...
-
"The heart is four types: polished as shiny as the radiating lamp , a sealed heaert with a knot tied around its sealed , a heart...
-
Even though I Can't see your face Your presence Is always all around me Your name's on mind every single day Peace be upon you ...
No comments:
Post a Comment