11 October 2011

Oktober~

Bismillah,

alhamdulillah,akhirnya ada juga yang tertulis.Setelah beberapa lama tidak diizinkan Allah untuk duduk berkongsi di ruang ini.Syukur lillah.

Seronoknya,tengok jalan dah semakin sibuk dengan manusia dan kehidupan menjadi seperti sedia-kala.Kelas dah semakin penuh dari sehari ke sehari.Al-maklum la sebelum ni semua balik bercuti.Nampaknya kesibukan akan berganda2 selepas ini.Dengan kelasnya dan kehidupan.Tapi itu la hakikat bila kita nak jadi doktor.Lagi2 doktor gigi.Betul tak?


Rasa macam tak puas pula ucap sekali sahaja nak lagi sekali boleh? selamat kembali ke 'sekolah' kawan2...Makin bertambah tahun makin berat pula tanggungjawab dan semakin susah pula kehidupannya.Dah tahun 1 ni tak boleh nak main2 sangat.Ini dalah hakikat yang perlu kita lalui walaupun mulut kata tak nak.

Dalam kesibukan menghadapi dunia ini kita jangan sekali2 lupa akan tujuan hidup kita.Kenapa kita berada di bumi saat ini?Allah nak suruh kita buat apa dekat sini? Persoalan ini pernah tak kita tanya pada diri kita yang telah sekian tahun menyambut birthday sebagai seorang muslim.
Allah sebut dalam Quran tentang tujuan hidup kita

"Dan,Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu"
((Az-Zariyyat:56))

Lagi satu,
Bersempena dengan sesi baru ini,biarlah dimulakan dengan baik.InsyaAllah penghujungnya juga akan baik.

Pernah dengar hadith 1 dalam hadith 40? hadith niat..ala yang famous sangat2 tu..

"Sesunggunhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.Barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang diinginkan atau perempuan yang ingin dinikahinya,maka hijrahnya kepada perkara yang diingininya"
~mafhum hadith~


**Niat**
Niat tu yang penting.Sebab niat ni yang dapat membezakan apa yang kita buat tu ibadah atau adat.Kalau amalan itu dikira sebagai ibadah sudah tentu ada ganjarannya.Tetapi kalau amalan tu dikira sebai adat semata2,siapa pula yang nak bagi gajarannya?

Duduk sebentar,luruskan balik niat tu.Kita ni bukan nak berjaya di dunia semata2.Kejayaan di akhirat tu yang penting.Allah tak tanya dapat pangkat apa masa pre-dental? Tapi Allah akan tanya umur dan masa kita kemana dihabiskan.Hah,tahu ke nak jawab apa? Saya pun takut juga dengan soalan tu.

Jom kita jadi saudagar niat.Biar kita ada banyak niat walaupun apa yang kita nak buat tu satu perkara sahaja.Contohnya,kita pergi kelas memang niat nak belajar,kita tambah lagi yang kita nak berukhuwwah dengan kawan2.Dah dapat 2 pahala dengan satu perbuatan.Lagi? Niat nak kenal dan memahami Islam dengan lebih mendalam jangan lupa..Dengan Islam kita mulia kalau bukan kerananya maka kita ni tiada nilai pun.


**Hijrah**
Alang2 kita dah berada di tempat baru.Jadikanlah penghijrahan kita ini bermakna.Bukan hanya luaran sahaja kita berada ditempat orang,tetapi dalaman kita juga berhijrah sama.Biar kita jadi insan yang baru.Yang berubah kearah hidup bertuhan.Hidup beragama.

Seandainya hijrah kita ini hanya diniatkan untuk mendapat kecemerlangan semata2.Hanya untuk mendapat gelaran DOKTOR sahaja,maka hanya itu yang dia akan dapat.Bekalan dia hanya untuk kehidupan dunia semata2.Mengejar harta dan pangkat yang tidak pernah puas itu.

Alangkah bahagianya bila hijrahnya ini bukan semata2 duniawi malah kerana inginkan perubahan buat diri.Terasa diri ini memang memerlukan medium baru untuk meningkatkan diri.Apa salahnya menjadikan peluang ini untuk itu.

Allah sentiasa memberi ruang dan peluang untuk kita menjadi lebih baik.Ruang untuk lebih mengenali agama ini dengan lebih mendalam.Peluang untuk beramal itu sentiasa terbuka.Tiada sesiapa yang boleh menghalang dan menutupnya melainkan dirinya sendiri yang lari darinya.

p/s:buat sahabat2 serumah,jangan lupa kita punya matlamat..
hidup kita hanya sekali biarlah untuk Islam yang kita anuti dan Allah tuhan kita :)

No comments:

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...