Terpandang sahaja gambar ni hati terus sebak.sayu sangat rasa.
Bagai terngiang-ngiang kalimah talbiah diucapkan berkali-kali.
Allah,
Bilakah kaki ini dapat memijak bumi barakah itu?
Pasti suatu hari nanti.InsyaAllah.
Buat mereka yang sering kali berpeluang menjejak kaki ke tanah suci ini.Sujud dan ruku' di hadapan ka'bah juga bertawaf tujuh kali mengelilinginya.
tinggikan rasa syukurmu..
bersyukurlah!
bersyukurlah!
bersyukurlah!
kerana kamu mendapat rezeki yang tidak terhingga dari Allah yang tidak diperolah insan lain.
Oleh itu,jangan disyukuri rezeki itu dengan ketaatanmu yang berbelah-bahagi kepada-Nya,
Amalanmu yang tidak cukup sempurna untuk di persembahkan kepadaNya.
Oh,malulah.
dan takutilah sekiranya sikapmu itu menyebabkan kemurkaan datang kepadamu.Nauzubillah.
Ya Allah,pandulah kami dalam mengenal cintaMu.Pimpinlah kami menyulusuri jalan-jalan ketaqwaan kepadaMu.
Rasa rindu ini pada Baitullah itu biarlah berterusan sepanjang hayat di kandung badan.
Amin.
p/s:Sampaikan kami ke sana Ya Allah .
Zulhijjah 1433H