20 January 2011

Kehidupan



Bertafakur sejenak mencari kata2 menjelaskan cita2...


 
Apakah yang kita mahukan dengan kehidupan ini?bagaimanakah perjalanan kehidupa sebenar?memeritkan?menyeronokkan?
Oh begitu rumit sebenarnya sebuah kehidupan itu
Jangan disangka semudah melakar sebuah lukisan diatas kertas
Bukan semudah melafaz arahan dan perintah
Hidup  indah bila menghadapi pelbagai rintangan sepanjang perjalanan
Pengembaraan seorang insan dalam mengenal erti kehidupan
Setiap ceruk mampu  diredahi
Walau sakit kian terasa  ditusuk duri2 tajam
Tersungkur berulang kali dilopak-lopak air
Namun digagahi juga langkah ini
Tanpa sedar tangan kecil ini dipimpin
Oleh insan yang sedar pentingnya sokongan itu
Tiada yang mampu meredah sendirian
Sekalipun punya keberanian yang menggunung..
Menyusuri  jalan ini buat ku rasa sedikit memahami erti hidup
Harta, kejayaan bukan penentu kebahagian
Kesusahan dan kerumitan bukan petanda kejatuhan
Dimana bahagia yang sering diungkapkan??
Masihku ingat sebuah pesan
Bahagianya kita bila redhanya kita pada qadha’ qadar Ilahi

Mana mungkin hamba yang baik itu dibenci oleh tuanya?
Sepanjang kau menyusuri denai dan belukar
Pernahkah kau terfikir bagaimana wujudnya belukar ini?
Untuk apa denai itu?
Sudah pasti ada tanggungjawab buatnya
Apakah kita manusia hidup bersenang dan berpayah tanpa punya tujuan?
tanpa punya tanggungjawab?

Fikirkanlah
Jadikan setiap perjalanan itu bermanfaat
Menjadikan diri lebih mengenal Rabb
Memahami isi Deen yang mulia ini…
Berhubung dengan alam sebagai tanda kita sama Pencipta…


No comments:

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...