23 January 2011

pandanglah ke langit






“Wah,cantiknya langit hari ni!..akak cepat tengok langit tu”..si adik mengajak kakaknya melihat langit bersama-sama..”akak,cantikkan warna dia?”..si kakak tersenyum melihat adik yang begitu kagum dengan keadaan langit pada petang itu..”adik, kenapa adik suka tengok langit?setiap hari ke adik tengok?”..pelik la pulak adik aku sorang ni…cuba menghayati bersama melihat langit biru yang terbentang luas..
 
“sebenarnya setiap hari adik akan pastikan adik dapat mendongak memandang langit yang indah ini..adik rasa macam ada satu ketenangan kat situ..”..malu la pulak tak pernah lagi aku peruntukkan masa untuk menghayati keindahan langit..kadang2 tu ntah berapa kali je seminggu mendongakkan kepala melihat langit yang berada diatas itu..”sejak bila pulak tambah aktiviti ni?cuba story sikit..kat kakak yang baik hati ni tak nak kongsi ke?”hihi..

“hari tu..ada seorang mak cik jumpa kat taman..dia minta tolong papahkan pergi kat kerusi..lepas  duduk dia pon dongak kepala dan dia bagitau yang langit hari ni cantik dia suruh adik tengok sekali..” bila adik diam je dia pon tanya “kenapa macam tak gembira je bila melihat ciptaan Allah?”..adik diam je..mak cik tu cerita la dia sangat suka langit.. setiapa kali dia tengok langit dia akan rasa adanya pencipta Yang Maha Bijaksana mencipta langit yang tak punya tiang..dengan warna yang biru tu mampu memberi motivasi pada sesiapa yang melihatnya..subhanallah.. setiap kali dia pandang ke langit dia rasa sangat bersyukur sebab  Allah masih lagi beri peluang untuk dia hidup di muka bumi dan bertaubat sebelum ajal tiba ye la umur dah semakin bertambah kudrat pun dah lemah..bila langit masih ada itu di cakap tu petanda yang dunia masih belum kiamat langit belum tebelah lagi..

“adik terasa sangat dengan apa yang dia cakap..bermula saat tu adik berazam untuk selalu melihat ke atas sambil muhasabah diri adik yang selalu langgar perintahNya..”…”akak,adik nak jadi baik jugak..adik takut bila adik nak masuk syurga nanti kena tahan kat pintu sebab adik tak ajak kakak sekali..akak nak masuk syurga sekali tak?”…kakak terus peluk si adik sambil mengalirkan air mata terharu dengan apa yang adiknya cakap..”dik,kita masuk syurga sama-sama ye..”…mereka menghabiskan petang itu dengan memandang ke langit sambil berfikir,mencari dan memuhasabah diri yang penuh kelalaian..

Setiap apa yang diciptakan bukan sia-sia..hadirnya insan ke dunia bukan untuk bersuka ria semata-mata tapi penuh dengan beban tanggungjawab yang tergalas di bahu..bagi mereka yang sedar akan merasa berat bebanan itu dan sentiasa bermanja denganNya agar beban itu mampu dipikul dengan sebaiknya..alangkah ruginya bagi mereka yang tidak sedar akan kehadiran beban itu…hidup yang penuh keseronokkan akan menjerat dirinya sendiri bila tiba saatnya kelak..

No comments:

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...