05 July 2011

jangan salahkan sesiapa

bismillahirrahmanirrahim

sedang mengelamun..eh bukan mengelamun tapi sedang memerhati gelagat manusia yang pelbagai ragam

tiba-tiba terdengar perbualan seorang budak kecil dengan kakak dia..

comel je..

adik: kakak nak tak?(budak tu hulurkan buah dekat kaka dia)

kakak: apa dia?

adik: lambat, dah tak boleh..

kakak: (garu kepala, kenapa dengan budak ni tadi tanya orang belum sempat nak jawab dah tarik balik..)

             * * * * * *

Haih, nasib baik la budak kecil kalau budak besar??

habis lah kena leter 'tak reti nak sabar ke? lain kali baik tak payah tanya lagi bagus..'

hmm.. kalau seorang dai'e boleh ke buat macam tu?

tak bersungguh-sungguh ajak kearah kebaikan..

sedarlah bukan semua orang terus faham dan boleh terima apa yang kita inginkan..ada yang perlukan tempoh yang panjang dan persolan yang banyak dikemukakan...

tak dinafikan juga ada yang Allah bagi dia kecintaan yang menggunung tinggi untuk bersama-sama buat kebaikan..

tugas kita bukan semata-mata untuk memneritahu tetapi untuk mengajak manusia untuk mengamalkan islam yang sebenar..dan juga untuk memakmurkan bumi ini dengan berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah..

kalau lah Rasulullah dulu tak bersungguh-sungguh menyeru manusia kepada Allah..rasanya kita tidak akan merasa nikmat iman dan islam itu hari ini..

ketahuilah bahawa seseorang yang bergaul dengan manusia dengan penuh kesabaran lebih mulia dari mereka yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar dengan karenah mereka...

bersabarlah,bersabarlah,bersabarlah untuk nikmat yang besar di akhirat nanti..

p/s: lepas ni jangan cepat sangat kata yang mereka yang tak nak walaupun kita dah ajak..ntah-ntah cara kita tu yang macam tak nak ajak je..

No comments:

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...