07 July 2011

puding roti

bismillahirrahmanirrahim,


Inilah kisah kami..budak-budak imarah 65 :)

Topik hangat setiap hari adalah menu makanan..hmmm..rasa macam sinonim sangat dah..kalau tak buka topik hangat ni rasanya semua tak boleh tidur malam..betul tak???

tetapi itula yang menghangatkan persahabatan kami..ehem..adakah benar??


puding roti~
nyum..nyum..salah satu menu kami..


Mengidam..mengidam tu biasalah..lagi-lagi tengah imtihan ni..macam-macam yang keluar kadang-kadang rasa macam kelakar pula..asal dapat bagi tau teringin apa pun dah cuba lapang..mungkin sebab 'Mesir' kot..bila teringin tu pasti akan tertunai juga walaupun tak tahu bila..

Ukhuwwah yang diikat dengan makanan boleh berkekalan ke??

mestilah tidak bukan?sebab asasnya mestilah kerana Allah..apa sahaja yang kita buat adalah kerana Allah barulah semuanya dikira ibadah..bila dikatakan ibadah semestinya ada ganjaran dariNya..

Memandangkan tadi kita bincang mengenai makanan,apakah kedudukannya di situ??
kalau nak tahu itu sebagai wasilah atau cara untuk kita merapatkan ikatan persahabatan ini..ikatan ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar..kita tak nampak adakah kukuh ikatannya atau masih longgar..

Jadi kitalah yang perlu bertindak untuk memastikan bahawa ikatan itu sentiasa kukuh dan tidak terlerai..
Macam mana tu??banyak sahaja caranya
  • makan bersama
  • saling nasihat-menasihati
  • solat bersama
  • tolong-menolong
  • masak bersama best jugak
  • solat jemaah

banyak lagi sebenarnya..kalau kita duduk satu rumah lagiiilahh banyak..

Ingat!! kita buat semua ini bukan sebab kita nak digelar dan disanjung-sanjung..bukan juga kerana kelebihan yang ada pada sahabat kita semata-mata..kalaulah itu yang menjadi tonggak kepada ukuwwah ini,kita akan nampak orang yang lemah dan penuh kekurangan pasti tertindas..tetapi apa yang kita mahukan hanya redha Allah..dan kerana kita tahu kehidupan kita ni sangat perlukan insan bernama teman,itu sudah pasti..

bolehkah kalau kita katakan kita tidak perlukan teman??kita boleh buat semua perkara sendiri..

hmmm..kalau ada yang menjawab 'boleh' hebatnya dia..saya nak jumpa dan berkenalan dengan dia boleh?? nak tahu juga apa rahsia ketabahan dia boleh bersendirian tanpa bergaul dengan insan lain..tanpa pertolongan sesiapa..jujur saya katakan bahawa saya tidak mampu sekiranya tiada bantuan dari sahabat-sahabat..

saya rasa kekurangan..saya rasa lemah..saya tidak kuat..
sebab itu bagi saya sahabat,rakan dan teman adalah insan yang teristimewa..membantu dikala kesusahan,bersama-sama mencari diri yang sebenar,bertungkus lumus mengenal pencipta..semuanya dilakukan bersama..

bila hati disatukan diatas kecintaan kepadaNya..banyak yang kita belajar.Segala ego yang tinggi menggunung itu dihancurkan sedikit demi sedikit..sikap bertolak ansur itu lebih diutamakan..segala rasa yang kurang enak itu segera dihapuskan dan disembunyikan..

tiada lagi istilah nafsi-nafsi..tiada lagi aku-aku kau-kau..
kini kita bersama..saya ada awak awak ada saya..kau dan aku aku dan kau..

ya Allah manisnya ukhuwwah ini..tapi perjalanannya bukanlah mudah.. tidak cukup sekadar kata-kata di mulut..untuk membentuk satu bentuk yang cantik perlukan acuan yang elok..begitu juga dengan bancuhannya..

apakah acuan tiu??semestinya acuan dari Al-Quran dan Sunnah..dan kita sama-sama dibancuh dan diuli di dalam  sebuah tarbiyah dengan ramuan-ramuan yang berkualiti..yang bersih dari bahan-bahan yang boleh merosakkan bancuhan..

ku memohon kepadaMu ya Allah..janganlah Kau jatuhkan kami kedalam jahiliyyah setelah Kau berikan hidayah..

Wahai sahabat-sahabat sekalian..pimpinlah daku menuju Jannah..tegurlah sekiranya melakukan sesuatu yang tidak disukai Allah..iringilah daku dalam bait-bait doamu..semoga kita bertemu kembali di syurga abadi..amin..




terima kasih sahabat-sahabat sekalian atas bimbingan dan dorongan..bantuan dan sokongan..

semoga terus ditetapkan diatas kebaikan fi dunia wal akhirat..




No comments:

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...