mengintai-intai sang mangsa..
'hari ini nak yang besar ke yang kecil?hmm..'
Wahai sang helang..hari ini saya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang awak..insyaAllah saya ceritakan yang baik-baik saja..buat renungan semua..
sebenarnya idea ini datang masa tengah jawab paper computer science tadi..
bila buntu datang la idea pelik-pelik yang tiada kaitan pun dengan soalan..minta maaf Dr. Gaber..(jangan ditiru perbuatan ini)..
Kalau kita perhatikan dia,si pemangsa yang cekap.
bila nampak mangsa terus sambar..tiada pula duduk termenung dulu kat atas pokok sampai ke sudah..
'bersiap sedia la wahai ikan..ajalmu akan tiba sebentar lagi..'
kisah sang helang ni mengingatkan saya pada kisah sultan muda iaitu sultan Muhammad Al-Fateh..MashaAllah dia sedar peranannya sejak diusia muda lagi..menjadi pemimpin negara sejak berumur 19 tahun..kita,yang sudah menjejak usia puluhan pun masih belum mampu..diri sendiri masih terumbang-ambing tidak dipimpin sebaiknya..
Ketika sibuk merenung ke arah lautan,kelihatan seekor helang terbang rendah diatas air, lalu dengan pantas menerkam mangsanya..alih-alih si ikan sudah berada di paruh sang helang..
melihat situasi itu, Sultan Muhammad bermonolog dengan dirinya..'aku mesti menjadi seperti sang helang itu,tidak bertangguh untuk menangkap mangsa..aku mesti tidak mensia-siakan masa untuk menjatuhkan kota konstantinople..mereka harus dikalahkan'
begitulah azam yang dibina dalam diri seorang sultan yang berjiwa besar..usia yang muda tidak mematahkan semangat untuk menjatuhkan kerajaan musuh yang dikatakn kukuh dan hebat itu..
Semangat itu bertambah kukuh lagi apabila mendapat pengajaran dari sang helang..Kata-kata itu diluahkan sewaktu sedang berehat selepas menjalani latihan ketenteraaan dengan pakciknya,iaitu panglima tentera.
* * * * *
Hari ini saya belajar banyak dari sang helang..
-bijak mengatur stratergi
rasa macam tak logik la pula bila tiba-tiba sahaja sang helang dapat menangkap mangsa dengan cepat dan pantas..mestilah dia duduk dekat mana-mana dan perhatikan si mangsa..dia kaji kedudukan mangsa,kelemahan mangsa dan waktu sesuai untuk dia keluar menerkam mangsa..
bukan hanya stratergi belajar sahaja yang kita pandai tapi dalam merancang kehidupan kita menjadi hamba Allah pun mesti berstratergi..senang kata kehidupan ini penuh dengan stratergi kalau hendak berjaya..ingat nak masuk syurga pun mesti ada perancangan..
-tidak bertangguh-tangguh
Allah ajar kita menjadi mu'min yang cemerlang melalui makhlukNya..itu pun kalau kita ini rajin nak memerhatikan alam..kalau asyik pandang 'peti hitam' rasa-rasanya dapat tak lihat dan perhatikan keadaan ini??..tepuk dada tanya lah diri..
jangan jadi orang yang suka bertangguh-tangguh dalam pekerjaan..nanti diri sendiri yang susah.bila kerja dah bertimbun masa semakin singkat mulalah gelabah dan menyusahkan orang lain kadang-kadang..
kalau dengan manusia mungkin boleh dimaafkan..tapi bila dengan Allah macam mana? kalau kita biasakan diri dengan sifat bertangguh-tangguh ini sampai amal fardhi pun nak ditangguh-tangguh bila datang malaikat Izrail nak cabut nyawa..masa tu nak gelabah buat amal? alangkah ruginya kita masa itu..
-berani
sebagai pemangsa mestilah kena berani..kalau tidak mana nak dapat terkam mangsa..kalau takut nanti perut lapar memanjang..
jadi kita yang nak menegakkan kembali syiar islam diatas muka bumi ini mestilah berani dengan cabaran..kalau asyik takut dan duduk bawah selimut maka bergembiralah sekalian musuh-musuh islam itu..habis dibuat pesta melihat ketakutan yang ditunjukkan oleh kita..
tidak mahu begitu...maruah islam mesti di naikkan dan di martabatkan..
untuk melihat islam tertegak di muka bumi..untuk mendapatkan ustaziatul alam..kita mesti tegakkan dulu islam dalam diri kita..
islam mesti menjadi kata kerja dalam diri kita BUKAN islam yang menjadi kata nama dengan huruf besar 'I' semata-mata tapi kita tidak tahu kenapa dan apa maknaya islam itu..
tegakkanlah islam dalam diri kamu nescaya islam akan tertegak di bumi
No comments:
Post a Comment