19 December 2011

Sibuk di mana penghujungnya?

Bismillah

Dikala kesibukan mula melanda...
kadang-kadang tertanya kembali pada diri,apa yang sebenarnya kau sibukkan dalam hidupmu?

Mulut asik mengeluh..penat,penat..
badan pula mengadu keletihan..
tapi pernah tak direnungkan kembali apa yang kau buat sampai penat sebegitu..
Ada tak sepanjang kesibukanmu itu diperuntukkan untuk berpenat kerana Islam?berpenat dengan ibadah kerana Allah??


detik demi detik berlalu pergi~

Masa berlalu..dan terus berlalu..

Adakah selamanya kau mahu membiarkan kesibukanmu hanya pada duniawi semata-mata?

Suaramu lantang mengatakan bahawa islam mesti ditegakkan.Tanganmu lincah menaip bait-bait kata mengatakan islam itu adalah kehidupanku..

Alangkah malangnya bila hanya dilontarkan tanpa di praktikkan..

Setiap detik waktu mu ke mana dihabiskan??
Kemana dirimu menghilang tatkala meyakini hidupmu adalah kerana Allah untuk islam?

Ketahuilah,Allah tak akan rugi tanpa mu..Kita yang memerlukanNya..
Islam juga akan bangkit tanpa memerlukan tenaga dan usaha kita...

Beruntung bagi mereka yang sedar ke mana masanya di habiskan..setiap detik itu sangat bernilai disisi seorang mukmin..
masa itu tidak dapat diganti dengan apa-apa kerana masa itu kehidupan~




PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...