15 August 2013

Aku berada di hadapan manusia atau binatang!


Seawal jam 6.30 pagi,
Baru berniat ingin melelapkan mata sebentar,akhirnya membatalkan niat kerana kedengaran bunyi bising di luar.Bukan bunyi hon kereta.Bukan bunyi sorakan dan laungan takbir seperti kebiasaan.Laju sahaja kaki melangkah ke pintu.Allah! Kenapa banyak sangat trak tentera dan kereta kebal yang lalu ni?Hospital Ta'min Sihhi masih tutup?Tembakan kedengaran.

Terus kejutkan yang lain.Cepat-cepat buka internet.Cubaan pertama tidak berjaya.Hati mula resah.Internet putus ke?Bunyi letupan makin kuat bersama asap yang berkepul-kepul.Bukan asap putih.Mata berair,pedih bersama bau busuk.Cubaan kedua untuk buka internet;Alhamdulillah,berjaya.
Allah!mereka serang Raba'ah.

Tangan terketar-ketar update perkembangan terkini.Makin lama makin kejam!

Mereka bunuh saudara aku!
Mereka seolah tidak pernah kenal siapa bangsa Mesir.

Serangan tanpa henti 14 Ogos 2013 mencatat sejarah.
"Tentera Mesir telah lama berundur dari medan pertempuran sejak 1973,tetapi hari ini mereka menghabiskan peluru menembak rakyat mereka sendiri"

Dalam tempoh 2 jam mereka(tentera dan polis) berjaya membunuh 2200 orang pro-Mursi.Para penyokong demostrasi aman.Tanpa senjata melainkan senaskhah al-Quran.
Semua golongan menjadi mangsa mereka yang kejam.Wanita,anak-anak kecil,mereka yang kurang upaya,wartawan semuanya di bunuh.Semua dituduh menganggu keamanan negara.
Ini hanya angka di dua kawasan sahaja.Bagaimana dengan daerah-daerah lain?

Khabar Raba'ah terus memberi semangat untuk terus berjuang di mana sahaja mereka berada.
Dan terus jumlah kematian meningkat lagi.


Mereka yang syahid ditempatkan di hospital lapangan.

Pedih rasa hati ini.Tertunduk malu merenung diri.Hebatnya mereka.Tidak pernah gentar menyatakan kebenaran.Walau diugut dengan nyawa sekalipun mereka tetap tidak akan berpaling.

Keyakinan mereka tinggi.
Kefahaman mereka benar.
Kecintaan mereka tiada tolok banding.
Datanglah ujian yang pelbagai bentuk mereka tetap kukuh.

Benarlah,
"Diantara orang-orang mukmin itu ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah.Dan diantara mereka ada yang gugur,dan ada di antara mereka ada yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya"
(QS 33:23)

Sering sahaja orang bertanya,apa hikmahnya Allah letakkan kami di sini?Di bumi Mesir ini sejak bermulanya semua peristiwa revolusi ini sehingga sekarang.Dan Allah letakkan kami di kawasan berhampiran kejadian tragis ini.Ya,rumah kami hanya 500 meter dari medan Raba'ah Al-Adawiah.
Kenapa?

Senyap.

Masih berfikir.

Aku tidak mampu menjawab.

Aku terdiam lagi.


Sedikit yang aku dapat kali ini benar-benar bernilai pada diri aku..
Kalau sebelum ini sangat susah ingin mendidik hati untuk merasai setiap perjuang yang dilakukan oleh ikhwan dan akhawat kita di serata dunia;terutama Palestin dan Syria.Sehinggakan terpaksa membayangkan semua itu berlaku pada keluarga tercinta kita.Memaksa air mata untuk mengalir.Mentarbiyah tangan untuk sentiasa memberi walaupun sedikit.Melazimkan lidah untuk sentiasa basah mendoakan mereka.
Jujurnya memang sangat payah.
Hari ini.Berlaku di depan mata.Bukan pembunuhan itu yang aku nampak.Tetapi rombongan tentera itu yang aku nampak dahulu.Melihat udara mula bertukar seolah-olah berkabus,kabur dengan asap.Telinga ini menjadi saksi bunyi tembakan.Hidung menghidu bau kebakaran.

Kala itu,hati menangis.Ya Allah apa yang mereka akan buat pada sahabat-sahabat kami di Raba'ah?Adakah mereka ingin membunuh semuanya seperti yang dikhabarkan sebelum ini?
Allah.
Seandainya mereka melakukan sedemikian,
Terus Kau tetapkan hati-hati mereka yang beriman.Teguhkan mereka atas perjuangan ingin.Kuatkan tekad mereka untuk berhadapan dengan ancaman walau terpaksa dibayar dengan nyawa.
Ya Allah,terus suburkan perasaan ini.Tambahkan kecintaanku kepadaMu,kepada mereka yang mencintaiMu kepada agamaMu.

Kesyahidan mereka ini moga menjadi saksi keatas mereka.

Ajari aku sesuatu ya Rabbi.

Aku takut.
Takut jika hati ini tidak berperasaan.
Aku takut.
Sekiranya aku masih dengan jahiliyah aku sedangkan aku melihat peristiwa ini.
Aku takut.
Aku masih lalai dan leka dalam melaksanakan tuntutan dan janji.Janji aku ketika di Loh Mahfuz.
Aku takut sekiranya hati aku menjadi batu seperti tentera itu.
Mereka membunuh saudara seislam mereka.
Mereka membunuh bangsa mereka sendiri.
Boleh jadi yang dibunuh itu sahabat mereka,jiran tetangga mahupun kerabat sendiri.

Manusia atau binatang?
Sedangkan binatang pun melindungi keluarga mereka.

Biarpun aku tidak pernah menjejaki sahabat-sahabat di Palestin,Syria yang mana ummat islamnya ditindas.Kini aku rasai kekejaman itu.

Kereta kebal meranapkan khemah-khemah mereka dan memusnahkan apa yang ada di sekitarnya.Sedangkan masih berpenghuni.


Mereka(tentera) menjadikan negara mereka kucar kacir.Hanya kerana inginkan sokongan akhirnya mendapat kebencian.Bagi mereka yang menyokong mereka setelah apa yang dibuat semalam,sungguh buta mata mereka menilai.Sudah tertipu dengan bayangan palsu.Semata mengejar dunia yang bakal berpenghujung.


Ini kerja mereka sehingga malam tadi.Puas hati mereka dapat membakar masjid ini.
Masjid Rabi'ah Al-Adawiah.


Saat ini kedengaran lagi bunyi tembakan.
Teruskan dengan doa dan Qunut Nazilah di setiap solat-solat kita.Hanya doa yang kita mampu buat masa ini.



Cairo
6.36 am
15 Ogos 2013


11 August 2013

Ramadan 1434 H





Alhamdulillah.peluang menyambut ramadan kali ini sungguh berbeza.

Dengan suasana.

pertemuaan yang diaturkan Allah buat aku.

Keikhlasan sungguh penting dalam mengorak langkah mencapai sebuah wawasan.

Membentuk insan rabbani.


Dia telah selamat meninggalkan kita.

Pertemukan semula aku dengannya.


Raba'ah
cairo.






Raya dan kehidupannya



Menjejaki sudah 4 syawal.
Raya di perantauan kali ini.

Tanpa keluarga 
Kemeriahan tetap ada dengan sahabat handai yang ramai lagi berbilang negeri.Sehingga boleh berlaku konflik negeri.Ini kerana semua negeri dia boleh jadi juru bahasanya.Hebat sungguh!
Sebuah kehidupan yang mengajar.
Berkawan tanpa sempadan hanya bersyaratkan kalimah toiyibah.

Sebuah pengajaran baru.
Kerana dua kesedihan lalu dihadiahkan dengan sebuah kegembiraan.
Perginya Ramadan bersama segala kebaikan yang terkandung di dalamnya.
29 hari itu telah berlalu.
Berada dalam suasana yang baru dengan segala macam perkara yang berlaku.
Di sebuah negara lain aku.
Bumi yang diuji ummat islamnya.
Kegembiraan itu tetap dirasai.
Hadiah buat mereka yang berjaya melawan segalanya di bulan Al-Kareem.
Eidul Fitri hadiah dari Tuhan.
Disambut demi sebuah kemenangan.

Allah~

Berlalu sudah
29 hari Ramadan
1 Syawal
2 Syawal
3 Syawal

Kembali kita kepada fitrah.
Fitrah diri yang suci.
Selepas berpenat lelah membersihkan saki baki kotoran jahiliyyah dalam diri.
Dalam pesantren Ramadan semua dicuci.
Supaya keluarnya seperti apa yang dijanjikan sucinya ibarat bayi yang baru lahir. 

Kembali kita pada fitrah.
Fitrah kehidupan manusia normal.
Berkerja.
Belajar.
Bermasyarakat.
Yang tidak pernah kosong dari 1001 macam permasalahan,cabaran dan ujian.
Ditambah lagi dengan kehadiran sang syaitan.
Si pendajal yang sedayanya cuba memesongkan kita dari yang Haq.
Si pendengki pabila melihat kita tunduk sujud pada al-Khaliq.

Itulah yang perlu dilalui sang mukmin.
Kehidupan dunia tidak memisahkan dengan ibadah dan sebuah cinta kepada Rabbnya
Malah dunia itu menjadi ladang menanam segala jenis ibadah yang mana hasilnya sebahagian diperoleh didunia manakala sebahagian yang lain menjadi simpanan di akhirat kelak.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu.

p/s: Raya tidak membataskan ibadah seseorang mukmin itu.
Kita yang mencorakkan raya kita sekiranya kita mukmin yang sebenar!

Jangan lupa sahabat-sahabat kita di bumi lain yang sedang berjuang dan berkorban dengan jiwa dan darah.Seronok itu tidak pernah lupa daratan. 





PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...