23 April 2011

[Sang Semut 1]

Bismillahirrahmanirrahim,

Dalam kesibukan kita mengejar kehidupan yang sempurna..kadang-kadang kita alpa dengan kenikmatan yang dihidangkan di hadapan kita...apabila berjaya kita lupa kepada Pencipta..bila dikelilingi rezeki kita lupa kepada Pemberi..bertapa tidak perihatinnya kita terhadapan keadaan sekeliling..bila jadi begini persoalkan lah dimana Allah dalam diri dan kehidupan kita????..

Tersentap juga dengan persoalan begini.Bertapa sombong dan bongkaknya kita dikala ini.Astaghfirullah..aku memohon kepada-Mu dengan penuh pengharapan jangan Kau tarik kembali hidayah yang telah Kau berikan kepadaku..sedarkanlah aku apabila aku telalai..



Sambil merenung diri yang sering alpa ini, beberapa ekor semut melintasi pandangan...'alangkah indahnya sekiranya aku juga seperti semut..sentiasa berzikir kepada-Mu..tak buat maksiat..tak malas..tak mengeluh dengan ujian dan meletakkan pengharapan sepenuhnya pada Allah..'

Disebabkan rasa cemburu dengan sang semut, teringat kisah nabi Sulaiman a.s dengan seekor semut yang sedang melata diatas seketul batu ditengah-tengah padang pasir yang kering dan tandus..

maka nabi Sulaiman a.s bertanya kepadanya "wahai semut adakah kau yakin akan memperoleh makanan di sini dengan cukup?".Jawab sang semut "rezeki Allah ada di mana-mana.Dan rezeki itu ada di tangan Allah.Dan aku yakin di atas batu ditengah padang pasir ini ada rezeki yang telah ditetapkan untuk ku".

Nabi Sulaiman bertanya lagi kepada sang semut "wahai semut,adakah kau suka makan? berapa banyak yang kau makan dalam sebulan?Dan kau makan apa?". Jawabnya "aku hanya makan sebiji gandum dalam sebulan"

"kalau begitu aku boleh menolong engkau tanpa kau perlu melata diatas batu mencari makanan",kata nabi Sulaiman a.s memberi cadangan.

Lalu diambilnya sebuah bekas dan dimasukkan semut itu kedalamnya dan diletakkan sebiji gandum bersama-sama.Kemudian ditutupnya bekas tersebut dan dibiarkan selama sebulan.

Genap tempoh sebulan, nabi Sulaiman melihat kembali bekas tersebut.Dia merasa pelik kerana gandum yang diletakkan bersama-sama semut itu tidak habis.Cepat sahaja dia bertanya kepada sang semut "adakah kau membohongi aku? kau mengatakan bahawa kau makan sebiji gandum dalam sebulan tapi setelah genap sebulan kau hanya makan separuh darinya".

Sang semut menjawab "wahai nabi Allah Sulaiman aku tidak membohongimu. Sesungguhnya aku tidak berbohong.Sekiranya makanan itu berada di atas batu pasti aku akan makannya sebanyak mungkin sama seperti sebiji gandum sebulan kerana aku mencarinya sendiri.Dan aku tahu rezeki itu datangnya dari Allah dan Dia tidak pernah lupa kepadaku.
Tapi apabila kau memasukkan aku kedalam bekas yang bertutup,rezeki aku bergantung kepada engkau dan aku tidak percaya kepadamu.Oleh itu aku hanya makan sebahagian sahaja supaya gandum itu boleh bertahan selama dua bulan kerana aku bimbang kau lupa".

MashaAllah, begitulah sifat sang semut..pergantungannya hanya pada Allah. Kita?? Pergantungan kita sepenuhnya pada Allah?? ingatlah bahawa rezeki itu milik Allah tiada siapa yang boleh menghalang atau bermurah hati dengannya..tidak perlu bimbang sekiranya ada manusia yang ingin menyekat rezekimu..
berusaha dan bertawakallah dalam mencarinya kerana rezeki tidak datang bergolek di hadapan kita..Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian rezekinya untuk kita..

Semoga kita mengambil pengajaran darinya..janganlah menjadi orang jang rugi..

16 April 2011

Bicara ukhuwah lillah (1)

bismillahirrahmanirrahim..

Subhanallah telah kau beri rasa ini dapat memahami dan menikmati indahnya sebuah ukhuwah itu..Tiada lafaz yang mampu mengungkap perasaan ini..segala-galanya ada pada Mu ya Allah..

pertanyaan seorang ukhti membuat ku berfikir semula erti sebenar berukhuwwah kerana Allah..betulkah selama ini hubungan ku dengan sahabat-sahabat tulus kerana Allah??



hanya muhasabah buat diri dan ingin dikongsi bersama sahabat-sahabat tercinta..ketahuilah ini sekadar apa yang ku fahami,lalui dan rasai...


ukhuwwah itu bukanlah hanya dengan melafazkan 'uhibbuki fillah' semata-mata, tapi dia adalah hubungan hati yang perlu kita bina di antara kita. Hakikatnya perasaan  belas kasihan, rasa kasih dan sayang,ingin memuliakan dan mempercayai itu sememangnya wujud dalam diri manusia kerana itu adalah fitrah insani.Muslim atau kafir tetap wujud perasaan itu..

Tetapi ukhuwah fillah adalah sifat yang lazimnya dikaitkan dengan iman dan tabiatnya dikaitkan dengan taqwa..
perumpamaannya tiada ukhuwah tanpa iman, tiada iman tanpa ukhuwah sama seperti tiada hubungan persahabatan yang baik tanpa taqwa dan tiada taqwa tanpa hubungan yang baik dalam persahabatan...

nak kata dia amat berkait antara satu sama lain..dah nama pun ukhuwah kerana Allah jadi asasnya mestilah punya aqidah yang sama,yang sama-sama mengakui bahawa Allah Tuhan yang Esa dan nabi Muhammad adalah pesuruh Nya...betul  tak?? tak pernah pulak kita dengar ada yang berukhuwwah fillah dengan Mei Ling seorang penganut kristian..sebenarnya kita dengan Mei Ling tu dikira sebagai kawan je..

Bila difikirkan balik kita tak sanggup pun nak korbankan diri kita untuk orang lain masa, tenaga,harta yang sangat di sayangi dan cintai itu .. terasa pelik juga mengapa kita mampu buat semua perkara tu?? Yakinilah bahawa hubungan persahabatan itu adalah buah dari ketaqwaan kita..
logiknya dalam diri muslim tu ada iman dan taqwa boleh kita rasa ukhuwah yang sebenarnya dan persahabatan yang penuh keikhlasan...

memang la kita akan rasa penat,kadang-kadang tu rasa menyampah,tension dengan perangai sahabat-sahabat kita yang macam-macam tu.. tapi kita kena berdepan juga..dalam sebuah hadith yang biasa kita  dengar (( tak beriman seseorang di kalangan kamu sehingga dia mencintai sahabat dia seperti mana dia mencintai dirinya sendiri))

Kalau kita nak rasa manisnya ukhuwwah fillah tu janganlah kita tunggu orang lain yang buat dulu kat kita tapi kita yang hadirkan dalam diri kita perasaan kasih dan sayang,rasa nak lebihkan orang lain,dan rasa ringan tulang untuk membantu ukhti-ukhti kita semampunya..

Sering kita dengar ukhti kita  melafazkan 'uhibbukifillah' sama ada bila bertemu atau berutus surat..Pada pandangan ana lafaz itu untuk mengingatkan kita bahawa  hubungan ini adalah kerana Allah..
Ingatlah bahawa hubungan ini adalah hubunga hati..jadi berhati-hatilah..Ikhlaskan kerana Allah kerana Dia yang berhak memberi rasa nikmat dan indahnya ukhuwwah ini..

 segala yang bermanfaat itu adalah ilmu dan kefahaman yang dikurniakan oleh Allah..hanya ingin di manfaatkan bersama..

10 April 2011

salam alayk
bismillahirrahmanirrahim..


 bila study macan ni la..

berusaha semampu mungkin tanpa ada rasa jemu dalam diri....sayangnya buku dan isi dalamnya walaupun tulisannya macam cacing kerawit...

jangan lupa:)

dah penat bergelumang denagan buku-buku...maka serahkanlah segalanya pada Tuhan kita beruasaha kita berazam untuk menjadi yang terbaik tapi hakikat kejayaan itu terletak kepada ketentuan Allah...

good luck!!

wa akhiran 
 bittaufiq wan najah fi kulli imtihan fi dunia wal akhirah..
 rabbish roh li shodri wa yassirli amri wah lul uqdatam min lisani yafqahu qauli..
amin Ya Rabbal 'alamin


08 April 2011

'aku hebat?'


wahai hati tenang la..
 jangan cepat berperasangka..
bila rasa itu hadir
duduk lah sejenak merenung diri
kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirimu
tatkala merasa diri hebat
denda lah dirimu dengan tugas2 orang bawahan
mencuci toilet,menyapu sampah,dll..
biar hilang kotoran dalam hatimu
mengalir bersama kotoran yang zahir
nescaya dirimu tiada beza..
egomu boleh membunuh
membunuh harapan dan impian
bukan hanya diri mu tapi sahabat disekelilingmu juga
beringat lah kita bukan hidup dengan batu dan kayu
hidup kita insan yang punya naluri dan berperasaan..
hati-hatilah dengan tindakanmu…

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...