23 June 2011

nak berjaya kena diuji...

bismillahirrahmanirrahim

call malaysia nak tanya pasal benda lain dapat tahu benda lain..

ummi: Assalamualaikum angah..atuk masuk hospital..

angah:Innalillah..





Ya Allah tuhan yang Maha Menyembuhkan,sembuhkanlah atuk..

rasa sedih sangat..sebab atuk seorang yang kuat semangat tak pernah mengalah dengan situasi..

chat dengan adik dan mak cik untuk tahu perkembangan...

adik: angah jangan sedih tau..sebab ni salah satu ujian dari Allah sebelum kita capai kejayaan..caiyok!!

terharunya bila adik yang bagi nasihat..

Semoga Allah lindungi kami semua..

17 June 2011

saat terleka..

bismillah...


melayan buku je..

dah tak ingat benda lain..bila masa semakin hampir..

mulut asyik istighfar what the meaning of rate of reaction?..factor affect the rate of reaction..radioactivity..covelant and ionic bond..

kepala pun diarah dan disumbat-sumbat untuk mengingati segala fakta-fakta ..kalau boleh buku tu dari kulit ke kulit masuk dalam kepala.


***

tut..tut..tut

ada panggilan masuk saat-saat tengah nak beruzlah dengan buku..ada sahaja gangguannya hati mula nak bersyak wasangka pulak..

panggilan 1:

"ukhti selasa minggu depan nak buat usrah boleh?"

"pukul berapa ye?"

"lepas habis imtihan dalam pukul 2-3 petang.."



tut..tut..tut

panggilan 2:

Ya Allah time tengah serabut ni la pula ramai yang nak call..sabar..sabar wahai diri 

"ukhti,maaf ganggu..apa khabar study?? ok??"

"oh sangat takut dan gementar la"

"ana kenal enti..jangan takut, tenangkan diri istighfar banyak-banyak..belajarlah dengan hati dan akal..kita nak faham bukan semata-mata untuk imtihan..tapi kita nak  ilmu untuk di amalkan..ana tak nak rasa macam time SPM lepas habis dah tak ingat apa yang kita belajar dulu..
kita sama-sama faham dan cinta ilmu dengan hati..caiyok!! kita perlu berkorban untuk melahirkan doktor muslimah lagi hafizah.."

***


Tamat sahaja panggilan tersebut terus ku sujud..Ya Rahman,Kau hadirkan padaku insan-insan yang sentiasa mengingatkan ku..

Tepat waktunya Kau sedarkan diriku..benar, Kau sentiasa mendampingi hamba-hambaMu..Kau berhak menentukan sesuatu pada hambaMu..

Fatrah imtihan tidak panjang,tetapi ujian yang datang tidak peduli berat atau ringan..terpulang pada kita untuk menyedari atau tidak..

Bila dah pegang buku dan hidup dalam gua ciptaan sendiri..Allah tahu diri ku tidak sekuat mana..amalku tak akan bertambah melebihi yang biasa..
Maha mengetahuinya Allah..Dia menggerakkan hati-hati kami untuk tidak menghentikan usrah dan perkongsian walaupun disaat-saat genting perjuangan ini..kerana Dia tahu itu adalah booster untuk kami dalam beramal..

Rugilah sekiranya diriku tidak menyedarinya..

Ilmu dan kefahaman itu datangnya dari Allah..Dia yang berhak untuk memberinya..

Tersedar lepas ukhti pesan untuk belajar dengan hati..sebelum ini memang berazam nak belajar dengan hati tapi bila dah rasa macam genting dah tak fikir dah..yang pasti nak hafal dan cepat-cepat faham...

lupakah dengan ayat 179 surah Al-A'raf?..Allah berfirman "Dan sesungguhnya,akan kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia.mereka memiliki hati tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah),mereka memiliki mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah).mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah).mereka seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi. mereka itulah orang-orang yang leka."

Kehadiran hati sangat bermakna dalam diri setiap insan..peranan hati sangat besar untuk memahami sesuatu cuma kita sahaja tak menggunakannya dengan sebaiknya..hati oh hati..

belajar untuk memahami dan menjiwai setiap ilmu..menjiwai dan memahami setiap peristiwa...

jazakillah akhawat sekalian...
kehadiran kalian sangat bermakna..Ya Allah tautkanlah hati kami dalam mencintaiMu dan beramal untukMu..

11 June 2011

MashaAllah apa yang tinggal pada diri ini

bismillah,


Mulut bila sudah berkata-kata memang tak ingat sekeliling..bila dapat cakap memang seronok ..bagi yang mendengar pula memang best juga..hanya perlu menadah telinga semata-mata..tapi kadang kala kita tak sedar kata-kata yang terlepas dari mulut kita..yang baik tu alhamdulillah..bagaimana yang mengguris dan menyentuh hati insan lain...


sering kali kedengaran suara mengadu "kenapa la mulut tu tak ada insuran langsung.."
"dia tu tau cakap orang je diri sendiri tu tak sedar"...berbagai-bagai keluhan yang dilontarkan..


kadang-kadang dengar macam ni pula...."bestnya dia cakap..","wah! rasa besemangat la pula nak buat baik ni..dapat motivasi luar biasa"..
Selalu juga timbul rasa kagum bila melihat dan mendengar orang yang melontarkan kata-katanya dengan penuh tersusun dan  begitu bersemangat.Sampai jadikan dia sebagai idola kita.Setiap patah kata-katanya disalin buat penguat semangat dan menjadi sumber motivasi.


Begitu sekali pengaruh kata-kata..Timbul persoalan disini,adakah kata-kata yang kita dengar dan ucapkan itu akan kekal dengan kita atau akan menghilang mengikut peredaran masa??


benar,
kata-kata yang diungkap akan dilupakan
kata-kata yang ditulis akan terpadam
tiada kata-kata yang kekal??


kata Sayyid Qutb,"kata-kata akan mati,kata-kata juga akan menjadi beku,meskipun ditulis dengan lirik yang indah dan penuh semangat.kata-kata akan jadi sebegitu bila tidak di lontarkan dari hati orang yang kuat meyakini apa yang dikatakannya.dan mustahil bagi seseorang untuk memiliki keyakinan yang kuat terhadap apa yang diperkatakannya,melainkan jika dia menterjemahkan apa yang diperkatakan ke dalam dirinya,lalu menjadi tontonan nyata apa yang dia perkatakan"


Menjadi terjemahan terhadap apa yang diperkatakan.Menjadi realiti setiap unkapan kata.Sengguh berat tanggungjawab itu.Bukan semata-mata anjuran tetapi mesti dilaksanakan.
Sedarkah kita kata-kata yang dilontarkan hanya untuk mendapat nama dan tempat didalam hati pendengar bersifat gersang,kontang dan lemah.Tidak mampu membangkitkan semangat yang sebenar..tidak akan meresap ke dalam hati dan jiwa..
Jelas sekali Allah menyindir perbuatan ini dalam kitab-Nya,surah Al-Baqarah ayat 44: "mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan)kebajikan, sedang kamu melupakan dirimu sendiri.padahal kamu membaca kitab.tidakkah kamu mengerti?"


Terasa diri ini teruk bila dibandingkan dulu dan sekarang..terasa diri ini seperti sehelai baju yang penuh dengan lubang-lubang, compang-camping..begitu hodoh sekali rupanya.
Dahulu ketika ilmu dan pemahamanku di tahap yang rendah tetapi sering berusaha untuk mengamalkan sesempurna mungkin..masa-masa senggang tidak dibiarkan dengan perkara sia-sia..
Dahulu,ketika masih belum banyak membaca dan betul-betul mengenali tentang Allah,mengenali tentang Rasul-Nya,dan mengenali Islam yang sebenar,tetapi begitu kuat keyakinan terhadapnya dan bertambah-tambah amal soleh yang dikerjakan..
Dahulu walaupun belum banyak kita menghadiri majlis ilmu,usrah dan halaqah perbincangan dalam mempraktikkan agama tetapi merasa kenikmatan dengan amalan tersebut kerana berusaha untuk menterjemahkan apa yang diketahui walaupun dengan jumlah yang sedikit..tidak terasa satu bebanan pun pada diri..


Betapa banyaknya yang hilang dalam diriku..
terkenang sebuah ungkapan Ibn Mas'ud "belajarlah!,jika kamu mendapat ilmu maka laksanakanlah ilmu itu"
Ilmu dan amal, dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.Sepeti kata pepatah "ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah"..Bagaimana dengan kita?? hanya saudagar ilmu tetapi papa amal..seperti orang kaya lagi bakhil lagaknya..




Adakah kita sanggup untuk hidup dengan golongan yang menyeru kepada kebaikan tetapi paling jauh dari apa yang diserukan dan paling banyak melarang kemungkaran tetapi mereka adalah yang paling dekat dan banyak melakukan kemungakaran?


Terduduk..Kelu lidah..merenung jauh kedasar..cuba menafsir bicara Sayyid Qutb "iman yang benar adalah ketika dia kukuh dalam hati dan terlihat kesannya pada perilaku.Islam adalah akidah yang bergerak dinamik dan tidak membawa negatif. Akidah islam itu ada dalam perasaan dan gerak hidup mewujudkan kesannya dalam sikap luar, terterjemah dalam gerak di alam realiti"


Renungi kembali apa yang hilang dalam diri kita..Hitunglah kembali apa yang tinggal pada diri kita..Jika perkara-perkara yang baik hilangdan berkurang dari diri..muhasabah kembali..dimana silapnya..diman salahnya..tetapkan matlamat amal kita semula..dengan Hadaf yang jelas bersama niat yang sentiasa dikemaskini..biar dimanfaatkan segala ilmu itu dengan sebaiknya..


***
Bila berbicara tujukanlah pada diri kita sebelum dihalakan pada orang lain...telinga yang paling hampir dengan mulut yang memperkatakan sesuatu yang akan dipersoalkan dahulu...


ayuh menjadi insan yang pertama mengamalkan bila mendapat sesuatu ilmu itu...
takut nanti dekat akhirat Allah soal "apakah kau telah mengerjakan apa yang sudah kau ketahui???"...
apa nak jawab kalau belum buat...


p/s: sama-samalah kita beramal dengan apa yang kita ketahui..kurangkan bercakap, pertingkatkan amal..kerana dakwah bilhal(dengan perbuatan) lebih berkesan dari percakapan semata-mata..

10 June 2011

rindunya sama kamu

bismillah


bila tangan dah tak mahu pegang pensil....
badan naik lenguh mengadap meja..








 bila kepala sudah penat, mula timbul pelbagai persoalan dan keinginan yang datang melanda.. antaranya..bila nak duduk kat mesin ni lagi...kalau muat masuk dalam beg dah lama sumbat...bawa datang sini..
mesin antik yang sangat berharga...






lagi satu, si putih ni pulak dah kena bungkus, lagi 5 tahun baru keluar dari pusat persembunyian...sabar ye..


hmm..kata nak jadi doktor kena la bergelumang dengan buku2..dari bangun pagi sampai tidur balik pun dengan buku.. lagi2 dalam mood exam ni, rasa nak rebus buku2 tu buat jus minum time panas..kot2 boleh hadam semua tu dalam kepala..haish


dulu bila tension,pergi berkawan dengan jarum dan kain......bersama2 mesin juga
tapi sekarang...semua tu tiada.. saya telah tinggalkan mereka di seberang laut...erk macam mana ni??






kalau ada yang ni pon dah cukup rasanya...bestnya kalau betul2 ada sekarang...
kena masuk baget ni untuk alat2 yang mustahak ini...buat pengubat kempunan dan ketagihan..




bersabar wahai diri..
"bekerjalah seperti kau akan hidup seribu tahun lagi,
tapi beramallah seperti kau akan mati esok hari"

gulp...sekarang ni kena belajar bersungguh2 untuk dapat mumtaz dan redha Allah..
InsyaAllah akan tercapai juga keinginan ini suatu hari nanti..



05 June 2011

Syafakillah

bismillahirrahmanirrahim




buat teman2 yang sakit, 'syafakillah'..semoga Allah menyembuhkan
ucapan yang diucapkan bila kita menziarahi orang yang sakit.kita mendoakan dia agar Allah menyembuhkan kesakitannya.


khususnya buat Yusra~ erk..dah keluar hospital semalam.tapi nak ucap juga syafakillah yusra....
bila ziarah orang sakit ni macam macam yang kita dapat
kita yang pandang yang tak sampai hati tengok dia.Sahabatku ni seorang yang kuat boleh gelak2 lagi,melawak tu dah tak terkata..sampai ada yang tanya 'dia sakit apa sebenarnya?'
bahagianya bila dia kuat.






sepanjang tempoh kehidupan kita pastinya penuh dengan ujian dan dugaan. Salah satunya apabila Allah beri kita rasa sakit.Kebiasaanya orang akan mengatakan ini adalah musibah yang berat.kenapa?
kesakitan membuat kita tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan seperti insan yang sihat,gagah lagi perkasa.
adakah kita juga mahu memperkatakan sebegitu?
Sakit ini musibah atau nikmat?tepuk dada tanyalah hati..


sesungguhnya musibah dan ujian ini adalah takdir dari-Nya.Dia sangat sayang pada hambanya.Dia sangat rindu akan suara tangis hamba2nya.Tangisan meminta pengampunan.Tangisan pengaduan hal2 duniawi dan ukhrawi.Tangis dan sendu memohon kecintaan-Nya.Lantas dengan kekuasaannya dia menakdirkan untuk merasa kesakitan ini..


Allah berfirman:-
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(QS. Al-Hadid : 22).


Apakah sebabnya??


yakinlah bahawa ini ketetapan untuk mu.tenanglah dalam menerima ujian ini.penuhi dengan rasa sabar dan bersyukur.Katakan pada diri ini ujian buat kekasih Allah.Segalanya buat pengukur iman dan taqwa.mungkin kali ini masa untuk awak merasainya.di masa akan datang saya pula yang akan diuji sebegini.Semua telah tersedia dalam pengetahuan al-Kaliq.


Bila lisan mula mengeluh,beristighfarlah
tidakkah kau tahu bahawa sakit ini dapat menghapuskan dosa2 mu?
alangkah beruntungnya..dosa2 yang lalu dapat diampunkan.


"Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya".(HR. Tirmidzi no. 2399, Ahmad II/450, Al-Hakim I/346 dan IV/314, Ibnu Hibban no. 697, disahihkan Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 576).


"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya". (HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).




MashaAllah,
begitu sekali hikmah orang yang sakit sebagaimana yang di ceritakan oleh Rasulullah.
kagumnya dengan pencipta kita.Dia yang beri kita rasa sakit dengan tujuan nak hapuskan dosa2 kita.Maha Pengampunnya Allah.


hakikat ini yang jarang kita sedari bila di timpa musibah.
Walau pun begitu, kita perlu juga berikhtiar mencari penawar.janganlah hanya memohon untuk sembuh tetapi tiada usaha untuk berubat.




Rasulullah SAW bersabda : "Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan Ubatnya". (HR. Bukhari no. 5678).










Allah menyediakan setiap penyakit itu ubatnya.Jangan pula kita berubat dengan ubat yang haram dan cara yang mensyirikkan Allah.




"Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan ubatnya, maka berubatlah dan janganlah berubat dengan yang haram". (HR. Ad Daulabi dalam al-Kuna, dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash- Shohihahno. 1633).

akhir kalam janganlah mudah bersangka buruk dengan Allah,berfikir sebelum melontar bicara.
jangan mudah mengeluh,tapi merenung dahulu untuk mencari hikmah disebaliknya.

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...