15 January 2012

bismillah..


tengah belek2 gambar tahun lepas...terjumpa pulak gambar ni..
hmmm...rindu saat itu.

bila kita boleh sama-sama macam ni lagi ye??

tergiang2 suara ustaz bagi tafsir juz 29..tp tak sempat habis pun..sampai surah Jin dah khalas..

semua itu ketentuan sebab ustaz akan ke Qatar..


solat zohor berimamkan ustaz :)
rasa macam solat belakang ayah sendiri..


p/s: ustaz selalu cakap yang kami ini macam anaknya Tasnim..Semoga Allah merahmatimu
      huhu..nanti saya sharekan bersama apa yang kami pelajari di musim summer yang lepas ok!!


01 January 2012

apa nak jadi ni??


Bismillah

Terasa satu ketengangan mengalir tatkala mendengar suaranya.
Suara seorang ibu..cukup memberi motivasi buat anakmu yang jauh di perantauan ini.
Benar,
Allah adalah segala-galanya luahan rasa susah dan senang tak perlu disorok lagi denganNya..

Tapi bukankah ibu juga adalah insan yang Allah highlight supaya kita hormati dia?

Hmmm panjangla sembangnya bila dapat bercakap...

haha.. membincangkan masalah ummah..itu kebiasaan
kisah ummah yang  berada dirumah tu..
penting untuk di ketahui kerana itu adalah sebahagian dari batu-bata binaan islam..

Kisah 1

"..abang dah masuk poli..."

"dekat mana tu??"

" kat sabak bernam..alhamdulillah sebab dia nak belajar balik..tapi ummi risau ni dengan siapa la dia kawan..doakan lah dia sebab dia cakap nak berubah.."


Kisah 2

" kakak,awak macam mana?"

"haha..tension jugak la nak belajar ni..susah..susah..susah..tapi orang tau dia lagi susah.."


Kisah 3

" eh ummi, apasal dengar macam ada orang kena marah? erk.."

"oh, tu tengah semak bacaan tahiyyat akhir..tu la dah masuk form 3 tapi tak lepas2 lagi..macam mana la dia solat tu..mesti macam ayam patuk gandum je.."


Kisah 4

" kena tegas sikit la dengan adik ni..dah nak masuk darjah 5..dah besar dah.."

"kenapa mi?.."

"biasalah main banyak sangat.."


Pelbagai ragam orang kat rumah tu...Sampai ummi cakap ummi penat..ummi tak larat...
Tapi ummi cakap ini adalah ujian buat ummi dan ayah..

Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

Ummi cakap lagi..
bila kita nak jadi hamba yang beriman dan bertaqwa bukan senang dan indah jalan untuk sampai ke sana. Tak ada bunga dan wangian yang mengharumkan sepanjang jalan..Yang ada hanya duri dan semak samun yang perlu kita alihkan dan tebas supaya mudah untuk kita lalui bersama-sama.

kata ummi lagi,
Tiada guna kita mengeluh dan menyesal dengan apa yang kita miliki sekarang..
anak-anak ummi yang ummi didik supaya jadi anak soleh dari kecil lagi..tapi bila dah besar tak menggambarkan pun ciri-ciri seorang muslim tu..
dah besar dah ana-anak ummi..lain yang ummi harapkan lain pula yang jadi..
acuan yang ummi bentuk dari kecil boleh berubah hanya beberapa bulan dan ketika..
memang ummi dan ayah sangat sedih..selama mana sedih itu dapat mengubah keadaan..
yang penting kita kena hadapinya..




seronoknya saat kita dapat berkumpul macam ni selalu..mengaji sama2..~


Seorang yang mengikut tarbiyah perlu faham yang ini adalah ujian dari Allah.Kerana iman itu bukanlah warisan turun-temurun setiap generasi.Iman itu perlu kita bentuk,cari dan bajai.

Ummi pesan,
Tak perlu bagi apa2 harta pun dekat ummi dan ayah.
bukan hanya kejayaan dalam pelajaran yang kami harapkan..
bukan dengan jawatan yang kita sandang..
Yang kami mahukan adalah melihat anak2nya menjadi seorang muslim dalam erti kata yang sebenar..

Setiap waktu ummi mendoakan sepaya hati anak2nya dilembutkan dan ditunjukkan jalan yang lurus,tidak mengabaikan solat 5 waktu dan lurus dalam tutur katanya..

3 doa utama yang ummi sering kali lafazkan dan pohon pada Allah..

Luahan rasa dari ummi...



keluarga islami membentuk tamadun gemilang~


Buat saudaraku,
Inilah luahan hati ummi..Bukan hanya berpenat lelah menjaga kita waktu kecil sahaja..tetapi inilah insan yang berpening kepala memerah keringat memikirkan masalah anak-anaknya..

Buat abang dan adik2ku,
Pernah tak kita terfikir akan perkara ini?
Benar kita sibuk memikirkan perasaan kita sahaja..ingin memuaskan nafsu remaja kita..kadang2 semua terlepas..sampai satu ketika Allah pun kita lepaskan..

Kembalilah,
masa muda kita hanya seketika..
kembalilah ke jalanNya..Berubahlah!! Jom sama2 kita bahagiakan ummi dan ayah yang telah banyak berjasa pada kita.. 
Macam mana?
-Dekatkan dirimu  dengan Allah..lazimi kehidupanmu dengan hidup bertuhan..
-Dekatkan dirimu dengan al-Quran..rasai dan yakinilah itu adalah panduan dan penyelesaian segal musykilah

Memang payah..
kembali bertuhan...
Hidup dengan Islam...

Bila lagi kalau bukan sekarang???




Buat abang,kakak,achik dan adik...
Kita sama2 convert to islam ok, sebab kita nak hidup sama2 kat dalam syurga nanti..
bukan bermakna kita tidak muslim sebelum ini...tapi kita menjadi insan yang betul2 faham dan yakin dengan islam yang kita anuti..bukan hanya nama dalam i/c semata-mata..

Kita semua sama..berjuang menjadi hamba yang terbaik di medan masing2
-abang kat poli..
-angah kat mesir..
-kakak kat jaiputra..
-achik dan adik kat sekolah..

Saling mendoakan buat semua..memang kawan adalah yang paling rapat dengan kita..tapi ikatan kekeluargaan tetap kekal jarak beribu-ribu batu pun kita tetap ada pertalian darah dan ia tidak akan putus..
Tak seronok la kalau kita tak sama2 jadi hamba Allah yang taat..


P/s: rindu malaysia :'( rindu semua..
tabahlah wahai diri..menempuh kehidupan disini..



PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...