18 June 2015

Bertemu kembali....


Bismillah.

Alhamdulillah. Selesai sudah perang kertas dan pen kami budak budak gigi. Dah penat cakap tentang exam. Tawakal dan mengharap agar natijah nanti baik baik saja.  


****

Alhamdulillah Ramadan datang lagi. 

Bahagianya bila Allah masih beri peluang untuk kita berada di bulan yang mulia. 

Bahagianya bila kita sedar bahawa Ramadan ini bulan yang mulia. Bulan yang dijadikan sebagai medan latihan untuk kita berubah. Bulan rahmah. Bulan barakah. Bulan maghfirah. 

Moga kesedaran ini Allah pelihara sehingga ke akhirnya. 
Ditambah baik dan di perbaiki amal amal yang camping sebelum ini.


Ramadan 1436 H 
Biar menjadi permulaan menuju TAQWA.
Agar sering terpelihara niat kehidupan. 
Mencari MARDHATILLAH. 








Ramadan di perantauan. Bukan penentu kepada kehebatan amal di bulan Ramadan. Bukan juga kehebatan dalam memahami erti puasa dan beramal di bulan Ramadan.

Tetapi semua itu bonus.
Pilihan tetap terbentang di depan mata. Hendak memilihnya atau tidak.
Bumi mana tidak menjanjikan Rabbani seseorang muslim itu. Tetapi keimanan dan ketaqwaan yang menjadi penggerak diri.

Berada di bumi anbiya' jika beramal seperti golongan yang ingkar, maka dia tetap golongan yang ingkar.


Allah~
Tunjukkan kami jalan jalan hidayah. Agar kami terpelihara dari kemunafikan dan kejahilan.

Pada bumi itu tetap ada kebaikannya selagi kita meyakini bahawa pemiliknya adalah tuhan yang satu.


Ramadan Kareem!!!!


p/s: Ramadan terakhir di perantauan. sayunya lain macam sikit.


11 June 2015

kerana tiga puteri.

Bismillah.

Dalam kehidupan ini, terlampau banyak cara Allah mengurniakan rahmatNya kepada kita. Banyak. Dan terlampau hebat.

Ketika terbaca sepotong hadith yang bermaksud :

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Terus teringat ayah. Sedih ada. Risau ada. Perasaan itu datang dengan pelbagai rasa. Tapi akhirnya membawa kepada kesyukuran yang tidak terhingga. Kerana aku masih punya ayah. Ayah yang terlampau mengambil berat perihal keluarganya. Yang amat bertanggungjawab.

Ayah yang hebat. Ayah yang banyak mengenalkan kepada erti kehidupan.  

Keadaan sekarang mungkin sedikit berbeza. Selepas ummi pergi, ayah cuba untuk kuat. Ayah cuba beri yang terbaik untuk semua anak dia yang lima orang ini. Terutama tiga anak perempuan dia yang banyak karenah. Ayah layan semua permintaan. Ayah cuba pegang watak ummi walaupun sedikit kaku.  

Memang dulu ayah seorang yang garang. Itu memang tidak di nafikan lagi. Tapi dia buat itu bersebab. Dia punya harapan dan impian. Segarang manapun ayah, dia tetap ayah yang perlu ditaati.
Marah marah ayah itu sebenarnya dia tak nak anak dia jauh dari landasan syaria't. 

Kalau nak beli baju pun kena minta persetujuan ayah. Kalau tak, alamatnya masuk bakul sampah la baju-baju cantik tu. Ada juga cubaan untuk begaya ala-ala model, akhirnya kena reject dan dikurung berminggu-minggu. Itu baru kisah baju... Belum lagi buku-buku. Buku kegilaan remaja zaman kini tu jangan harap boleh bawa masuk rumah. Kalau nak rasa kena rotan dan di kurung diluar rumah, silakanlah buat. 
hemm.. 

Ayah. ayah..

Amanah yang ayah pikul untuk tiga orang anak perempuan terlampau berat lagilah selepas ummi tiada. Mungkin itu punca ayah menjadi setegas itu. 

Alhamdullilah. Akhirnya kami menjadi kami hari ini. Terima kasih ayah.


Dan bila bertanya khabar, ayah selalu cakap ayah sihat dan baik baik sahaja. Tapi hakikatnya ayah bukanlah sihat sangat. Uban ayah pun dah makin memenuhi kepala. Kalau setahun yang lepas, rasanya masih banyak lagi rambut hitam ayah.. Terlampau banyak perkara yang ayah uruskan sendirian sekarang..Kalau dah ayah memang dia tidak suka untuk cerita susah dia pada anak-anaknya.

Angah minta maaf ayah. Semampunya untuk menjadi anak solehah buat ummi dan ayah. Semampunya. Kadangkala ujian itu amat berat untuk kita hadapi dan ada masanya anakmu ini jatuh juga. 

Selalu ummi ingatkan untuk berdoa supaya Allah ganjarkan ayah dengan ganjaran terbaik seperti sabda nabi :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan,lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Daripada Aisyah r.a.,dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan,
lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)


Moga Allah pelihara ayah sepanjang anakmu ini berjauhan. Allah ambil ummi sebelum anakmu sempat berbakti dan membalas jasanya.
Dan sekarang aku memohon supaya allah panjangkan usia ayah supaya sempat aku membalas jasa dan berbakti walaupun seketika.

Ayah is my hero. 
Doakan ayah. Supaya tergolong dalam golongan yang dijanjikan nabi.



PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...