23 April 2011

[Sang Semut 1]

Bismillahirrahmanirrahim,

Dalam kesibukan kita mengejar kehidupan yang sempurna..kadang-kadang kita alpa dengan kenikmatan yang dihidangkan di hadapan kita...apabila berjaya kita lupa kepada Pencipta..bila dikelilingi rezeki kita lupa kepada Pemberi..bertapa tidak perihatinnya kita terhadapan keadaan sekeliling..bila jadi begini persoalkan lah dimana Allah dalam diri dan kehidupan kita????..

Tersentap juga dengan persoalan begini.Bertapa sombong dan bongkaknya kita dikala ini.Astaghfirullah..aku memohon kepada-Mu dengan penuh pengharapan jangan Kau tarik kembali hidayah yang telah Kau berikan kepadaku..sedarkanlah aku apabila aku telalai..



Sambil merenung diri yang sering alpa ini, beberapa ekor semut melintasi pandangan...'alangkah indahnya sekiranya aku juga seperti semut..sentiasa berzikir kepada-Mu..tak buat maksiat..tak malas..tak mengeluh dengan ujian dan meletakkan pengharapan sepenuhnya pada Allah..'

Disebabkan rasa cemburu dengan sang semut, teringat kisah nabi Sulaiman a.s dengan seekor semut yang sedang melata diatas seketul batu ditengah-tengah padang pasir yang kering dan tandus..

maka nabi Sulaiman a.s bertanya kepadanya "wahai semut adakah kau yakin akan memperoleh makanan di sini dengan cukup?".Jawab sang semut "rezeki Allah ada di mana-mana.Dan rezeki itu ada di tangan Allah.Dan aku yakin di atas batu ditengah padang pasir ini ada rezeki yang telah ditetapkan untuk ku".

Nabi Sulaiman bertanya lagi kepada sang semut "wahai semut,adakah kau suka makan? berapa banyak yang kau makan dalam sebulan?Dan kau makan apa?". Jawabnya "aku hanya makan sebiji gandum dalam sebulan"

"kalau begitu aku boleh menolong engkau tanpa kau perlu melata diatas batu mencari makanan",kata nabi Sulaiman a.s memberi cadangan.

Lalu diambilnya sebuah bekas dan dimasukkan semut itu kedalamnya dan diletakkan sebiji gandum bersama-sama.Kemudian ditutupnya bekas tersebut dan dibiarkan selama sebulan.

Genap tempoh sebulan, nabi Sulaiman melihat kembali bekas tersebut.Dia merasa pelik kerana gandum yang diletakkan bersama-sama semut itu tidak habis.Cepat sahaja dia bertanya kepada sang semut "adakah kau membohongi aku? kau mengatakan bahawa kau makan sebiji gandum dalam sebulan tapi setelah genap sebulan kau hanya makan separuh darinya".

Sang semut menjawab "wahai nabi Allah Sulaiman aku tidak membohongimu. Sesungguhnya aku tidak berbohong.Sekiranya makanan itu berada di atas batu pasti aku akan makannya sebanyak mungkin sama seperti sebiji gandum sebulan kerana aku mencarinya sendiri.Dan aku tahu rezeki itu datangnya dari Allah dan Dia tidak pernah lupa kepadaku.
Tapi apabila kau memasukkan aku kedalam bekas yang bertutup,rezeki aku bergantung kepada engkau dan aku tidak percaya kepadamu.Oleh itu aku hanya makan sebahagian sahaja supaya gandum itu boleh bertahan selama dua bulan kerana aku bimbang kau lupa".

MashaAllah, begitulah sifat sang semut..pergantungannya hanya pada Allah. Kita?? Pergantungan kita sepenuhnya pada Allah?? ingatlah bahawa rezeki itu milik Allah tiada siapa yang boleh menghalang atau bermurah hati dengannya..tidak perlu bimbang sekiranya ada manusia yang ingin menyekat rezekimu..
berusaha dan bertawakallah dalam mencarinya kerana rezeki tidak datang bergolek di hadapan kita..Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian rezekinya untuk kita..

Semoga kita mengambil pengajaran darinya..janganlah menjadi orang jang rugi..

No comments:

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...