07 October 2017

Berdua~




“Marriages are like fingerprints, each one is different and each one is beautiful.”
-Maggie Reyes-


***


Yeah, 
Moga sakinah, mawaddah wa rahmah rumahtangga kita.  

❤️


Monolog


Sendirian.
Itu cuma mitos,  hakikatnya kau punya tuhan. 


***

Aku yang kealpaan.
Tenggelam dalam kesepian.
Bilamana semua impianku belum berjaya terhasil.
Bila mana impian itu sering diperkecilkan. 

Ada ketika , kekecewaan melanda. 
Mula mencari jalan untuk sendirian. 
Aku perlukan sedikit masa untuk bangkit semula. 

  
Terasa kesunyian.
Saat kegagalan, tiada pelukan menenangkan, tiada kata-kata semangat di lontarkan.
Mungkin tipikal aku.
Hendakkan belaian untuk kembali bangkit. 

Tetapi aku cuba , biarpun sendirian.
Bangkit mencari semangat. 
Cuba untuk pandang ke depan.
 
Apakan daya, bertambah kecewa. 
Yang selalu datang adalah dipersalahkan.


Maka mitos sendirian selalu bermain di minda. 


***



-- i'm sorry bila seringkali kesedihan. 

Teringat pesanan arwah ummi, 

" Kembali lah,  Tuhan menanti suaramu berbicara. Langit tidak sesekali tertutup menahan pergi rayuan tangismu.
Kembali lah. " 

gemersik suara ummi mengingatkan aku, dulu aku juga pernah kecewa. Dan kemudian mampu kembali bangkit. Maka kali ini , berusahalah untuk bangkit kembali. 







-- moga terus positif . 
moga terus bangkit. 
moga terus berdoa. 
moga tidak lemas. 



NNM_071017_M

07 February 2017

whitecoat blues



for what reason i have to stand in front of them?



just to see them?

without doing nothing?



tangisan itu mengharukan.

suara itu penuh pengharapan.

pandangan itu penuh kesayuan.

air mata mengalir sebak...




and keep asking myself,
why i have to see all of this?





07022017_M
@kbm 
tempat yang aku 
tak pernah impikan

04 February 2017

like a roller coaster


Maaf, kali ini personal sikit tulisannya. setelah lama tidak berkesempatan untuk duduk betul betul menulis. 

Dan kali ini menulis sebagai motivasi akan datang. 



***



Pulang ke medan realiti tak seperti yang di bayangkan. 

Penuh dengan kejutan. 

Kembali ke alam realiti. 
Terlampau banyak tanggungjawab yang perlu di lunaskan. Kerana kepulanganmu bukan untuk bercuti tetapi untuk menetap tinggal.
Masa untuk berehat dan bersenang lenang telah habis..

Kerana statusmu kini bukan lagi pelajar , tetapi adalah graduan.


Hi Malaysia! 



2016 yang penuh cerita.


Kurang dari seminggu menjejakkan kaki di malaysia , Allah uji dengan demam denggi. Alhamdulillah hampir tiga minggu juga baru recovered. Berurusan dalam keadaan demam dan lemah memang teruji. Alhamdulillah tak sampai tahap kritikal . 



Sebaik sahaja pulih , opah di Ipoh pula sakit. Terbaring tak boleh bangun. Sakit kaki dan tak boleh bergerak. 

Terus travel ke ipoh. Masa tu ulang alik shah alam - ipoh tu macam perjalanan setengah jam je, Semalam ada di shah alam esok di ipoh. Sometimes rasa seronok juga..hehe

Bawa jumpa doktor dan perlu buat pembedahan kerana patah tulang pinggang. 

Tambah lepas tu ulang alik hospital pula, Ampun penat jaga orang kat hospital. seronok lagi jaga dekat rumah je. Suasana hospital tu macam boleh buat orang lagi sakit. 

Lama juga ulang alik hospital tu , sampai dah boleh fasih semua selok belok banggunan hospital..haha


Nenek di shah alam juga sakit..maka terpaksa ulang alik hospital ipoh - hospital shah alam. 
memang jadi nurse berjaya la. walaupun tak berapa fasih sangat selok belok medic ni. al maklumlah kita orang gigi..


Pengalaman. 

Menguruskan keperluan orang tua tua yang sakit ni tak semudah kita bercakap dan mengeluarkan arahan. Campur dengan segala kecerewetan dan ragam mereka. Ada masa nak give up juga. 

Tapi dikuatkan juga hati sebab sebelum ni tak sempat pun nak jaga ummi masa tengah sakit sampai ummi meninggal. So, ambil peluang ni untuk ganti balik waktu waktu dan moment menjaga ibu ibu ( baca: nenek ) yang sakit.


Tarbiyah sabar sangat kena tinggi.



Hampir 6 bulan menjadi nurse tak bertauliah. 
Opah di ipoh alhamdulillah makin beransur baik, 
Nenek di shah alam Allah lebih sayangkan dia. 



****


Habis tempoh jadi nurse sambilan konon nak berehat sekejap. Tapi dah dapat panggilan posting.
Memang tak sempat nak berehat ambil masa untuk diri sendiri.



Then , your work life began. 

pfuh. 

dengan short notice preparation memang teruji. Dan kena ' campak' jauh nun di pantai timur. Alahai , dalam hati tu dah macam macam perasaan timbul. Jauhnyaaa. Kena survive sendirian .


senyum. 


terus kemas barang dan buat urusan. dalam tempoh hanya tiga hari diberi untuk terus lapor diri dan terus kerja. Nak tak nak kena kentalkan hati.


Nun di ceruk felda ditugaskan..dengan pening pening lalat nak faham apa orang cakap.. loghat pekat habis. first and second week tu memang jadi pendengar setia je la..tak reti nak balas apa orang cakap sebab tak faham ayat. tergantung. 

penat nak interprate apa orang cakap. 

Alhamdulillah survived !




selepas tiga bulan dalam medan..
boleh dah nak faham apa loghat orang tu tapi kalau sendiri cakap tu pelik sikit bunyinya..





***


Dan kurang dari dua bulan bekerja, adalah tarikh pernikahan aku. 

Dengan tiada cuti untuk preparation,
Dengan urusan yang belum settle,
Dengan kerja yang tak begitu stabil lagi. nak adapt dengan tempat dan suasana baru...

hmmm.

Rasa sempit. Sesak.
hati juga mudah rapuh. 
apa pun semuanya mesti diteruskan. 


ulang alik kemaman - shah alam setiap minggu. 
untuk urusan penting yang belum settle. 

everything kena uruskan sendiri dan kena decide, Terima kasih buat keluarga dan sedara mara yang volunteer tolong preparekan majlis.. terharuuuuu..


masa tu buat apa yang mampu saja. sorry from my side , i can't prepare well untuk majlis. sekadarnya dan semampunya sahaja.


berkejar kejar dari kemaman - shah alam untuk nikah lepas tu ke kemaman semula untuk kerja.. rushing sangat. ahh..



bertarikh 12.12.2016


kalimah " sah." bergema di ruang bilik nikah masjid. 
Alhamdulillah. 
i'm someone wife now.

from stranger become a partner of life. 


Dan setiap perjalanan yang dimudahkan menuju ke arah pernikahan ini adalah dengan izin Allah. 
Hanya DIA.
Hanya dengan izinNYA.
Hanya perancangan DIA kita disatukan.


*sebak*


 moment yang paling sebak..
sampai tak boleh nak angkat muka pandang situasi ni..



' umi , i wish you ada sebelah dan peluk angah waktu perjanjian ini berlaku , pertukaran amanah beralih dari ayah kepada seorang lelaki yang akan bergelar suami. ' 

i wish you here beside me. 


alfatihah di ulang ulang dalam hati supaya tak mengalir air mata laju dan lebat..

' i miss you ' 



sorry tak sempat nak taaruf panjang..esok dah kena balik kemaman  


rasa semacam mimpi,
esok kembali pulang untuk bertugas. 

*gosok gosok mata* betul ke aku dah nikah?



next week sambung pula kenduri belah terengganu. 

balik kerja dan rushing kemaman - kuala terengganu pula. 

rasa kelakar. 
pengantin baru tak dapat cuti. 
rasa macam pergi majlis kahwin orang , hakikatnya adalah majlis sendiri . 



but enjoy and appreciate it. 
a uniqe way to handle with faith.



alhamdulillah , selesai..
you are a gift from almighty


***


bukan cara aku untuk bercerita perihal peribadi , tapi pengalaman kali ini tersangat menguji. dan aku nukilkan untuk mencari kembali diri saat aku pernah teruji dulu.

pengalaman pertama kehidupan sebenar di medan

berubah tiga fasa dalam masa yang singkat.

  • habis belajar
  • kerja
  • kahwin

untuk aku yang perlu berdikari sendiri terasa begitu berat.  Mengurus dari kejauhan dan sendiri. 
sometimes i can't imagine how to handle it, but alhamdulillah almost settled. 


Dan yakinlah bahawa kita mampu dengan keyakinan kepada DIA. 















-- and sekarang kita berPJJ

--- May Allah bless and ease our journey towards HIM

---- and a big appreciation to our family for your loves and supports. Hanya Allah mampu membalasnya.







04022017_M
12:08 pm   
terengganu 
malaysia  

03 February 2017

Don't give up







" To all those suffering from sadness or depression, know that it isn’t your fault. It isn’t because you’re weak. It isn’t because you’re just not grateful enough. It isn’t because you’re just not religious enough. It isn’t because you don’t have enough faith. It isn’t because God is angry with you. To all the well-meaning people who tell you this, just smile. And know deep in your heart that the tests of God come in different forms to different people. And know that, by the help of God, every test can become a tool to get closer to Him. And that, verily, with hardship come ease–and like all things of this world–this too shall pass. "
               
 - Yasmin Mogahed










***

2017,
new experience. 
may Allah ease and guide me to the right path.



PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...