27 November 2011

sayonara jahiliyyah

bismillah,

Bersempena dengan awal Muharram ni,banyak azam yang diperbaharui.Begitulah kita untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang baik..

Satu analogi yang nak dikongsikan bersama..
ada 1 gelas air yang penuh dengan air kopi yang warnanya hitam pekat..rasanya amatlah pahit..datang seorang yang bawa air kosong untuk mengurangkan rasa pahit tu..TAPI...gelas tu dah dipenuhi dengan air kopi???
kawan2 bantu saya untuk selesaikan masalah ini...

hmmm..kalau tuang je air tu mesti tumpah kan? jadi kita kena buang air kopi tu sikit untuk bagi ruang nak letak air kosong :)
Betul 3x..kalau tiada ruang untuk air putih tu..tak boleh la nak diisi dengannya..

Jadi sama macam diri kita~
Bila hati dah penuh sangat dengan noda2 hitam..mana lagi ruang untuk cahaya Allah itu masuk..baru nak masuk dah terpantul keluar.Tak sempat pun nak menyerap dalam diri.
Jadi,apa yang patut kita buat sekarang?
Nak tukar hati baru? Habis hati kita nak campak dekat mana?..rasa2 macam tak ada orang yang sudi terima hati yang dah berkarat tu..

Teringat pesanan seseorang..kita tak boleh nak tukar hati kita..tapi kita boleh jadikan hati itu bersih dan berkilat kembali.

Bagaimana?

Yang utamanya dengan kita buangkan segala karat2 jahiliyyah dalam diri..perkara yang boleh menyebabkan kita lalai dari tanggungjawab kita sebagai hamba kepada Allah.

Contohnya kita ni suka sangat main game..this is my hobby. Ok! tapi bila mana kita ni asyik main je sampai lupa nak makan, solat pun kadang2 dah nazak dah akhir waktu baru sedar..tu dah tak dikira hobi tu..sebab hobi adalah kerja yang kita buat bila kita ada masa lapang..

kalau yang suka sangat membaca tu..memang dia baik amalan mulia untuk tambah ilmu Rasulullah pun galakkan,Tapi bila sampai tak hiraukan sekeliling..tanggungjawab lain diabaikan..rumah tak kemas,baju tak basuh.tak siap kerja sekolah...adakah ini   amalan yang mulia?

Islam dah ajar kita untuk sentiasa bersederhana dalam semua aspek.Benda yang baik boleh jadi kurang baiknya kalau berlebihan sangat.Bagi benda yang tak baik tu dah semestinya tak baik kalau berlebihan lagi la tak baik .mudharat yang banyak nanti.

Dengan kehadiran tahun baru Hijrah ini,apa salahnya kita bukan hanya berazam untuk duniawi kita sahaja tapi kita ada azam untuk ukhrawi kita juga.
Nak berjaya hanya di dunia kita tidak akan berjaya di akhirat.Jika kita nak berjaya akhirat, kita akan berjaya dunia dan akhirat..
Siapa yang tak nak kalau dapat berjaya dua sekaligus..
Solusi kita, untuk dapatkan kejayaan tu mesti bermula dengan diri sendiri ^^
Kikis segala karat2 yang wujud dalam diri supaya NUR Ilahi mampu sampai dan meresap dalam jiwa..

Kerana gelas yang penuh dengan air kopi tidak boleh di tambah dengan air masak kerana dia akan tumpah dan tidak dapat menetap di dalam gelas dalam kadar yang lama..

Seandainya hati ini penuh dengan tompok2 hitam yang tebal..manakah ruang untuk segaris cahaya untuk menembusi sekeping hati itu..kerana kehitaman itu akan memantulkan kembali cahaya itu keluar.Dan membataskan peluang untuk masuk meresap ke dalam hati..
Kerana itu kita tidak rasa apa2 kepentingan pun tak rasa nikmat pun bila kita beribadah walaupun dah banyak..solat dah cukup,puasa sunat,tilawah quran..tapi tak tahu kenapa kita tak rasa indahnya hidup kerana Allah...
Mungkin ini sebabnya JAHILIYYAH yang masih bersarang dalam diri..

Hayati dan tontonilah video ni dengan mata hati..
Mohon padaNya untuk meraih kekuatan dalam membentuk diri menjadi peribadi muslim yang sempurna..







Salam Maal hijrah ^^

02 November 2011

ku persembahkan..~

Bismillah

Sempena Zulhijjah ini,rata-rata orang akan menceritakan berkaitan dengan pengorbanan.Penorbanan yang dikaitkan dengan kisah nabi Ismail dengan ayahnya nabi Ibrahim.

Satu hari,Seorang raja meminta rakyatnya untuk memberinya sebuah hadiah.Maka dikhabarkan oleh bendahara kepada rakyat umum.

"perhatian!perhatian!...minta semua ambil perhatian.Raja yang kita sayangi ingin rakyatnya untuk memberinya hadiah bersempena dengan ulang tahun keputraan baginda...dan semua di minta untuk mempersembahkannya pada hari sambutan diadakan.."

Maka rakyat yang mendengar pengumuman tadi pun berbincang sesama sendiri tentang apa yang ingin diberikan kepada raja.Kecoh satu negara dengan perancangan untuk menunaikan permintaan raja.

Dalam masa yang sama,raja berbincang dengan menteri untuk memberi ganjaran kepada hadiah yang diterima dan di sukai oleh baginda.

*****

Tiba hari kejadian,

"Wahai rakyat jelata sekalian,baiknya untuk kita beratur dihadapan raja bagi menyerahkan hadiah yang diingini oleh sang raja.."

Semua rakyat mula menyerahkan hadiah seperti yang dipinta oleh sang raja...ada yang besar,kecil,cantik berbalut..tak kurang juga yang memberi barang yang telah lusuh..

*****

Sanggup ada yang memberi hadiah kepada seorang raja yang dianggap tinggi darjatnya dengan hanya barang yang lusuh.Rasa-rasa terkilan tak raja tu?

kalau sang raja boleh terkilan dengan apa yang hambanya persembahkan, Allah pula? Tak terkilan ke Allah kalau kita mempersembahkan amalan kita yang tak lengkap?

Allah lebih agung dari sang raja.Dia yang lebih mulia dari segala-galanya...

Malulah kita.Sebagai hamba..hamba yang kerdil tidak sepatutnya membalas dengan ala kadar atas kebaikan tuan.Persembahkan amalan yang paling sempurna yang pernah kita lakukan.Solat kita biarlah yang paling sempurna untuk kita persembahkan.Tilawah quran,penuh dengan tartil dan penghayatannya..Belajar kita, dengan seikhlas hati mencari redhaNya.

Begitulah adat seorang hamba.Melaksanakan arahan dan suruhan dengan sebaik mungkin.Sehinggakan tidak mahu ternampak pun cacat-celanya sesuatu pekerjaan itu kepada tuannya.Kerana bimbang akan dimarahi dan tidak diterima dengan baik.

Kisah Habil dan Qabil pun menceritakan tentang ini..


PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...