28 August 2011

alhamdulillah~


cintaku pada buku
moga ia tidak pernah pudar
bukan hanya kerana buku tetapi ilmunya

melangkah kaki ke dunia perubatan
menuntut untuk lebih akrab dengannya
moga cintaku pada pemilik ilmu ini juga semakin subur
subur..
ibarat pohon yang dibaja dan disirami sentiasa

ku mahu ilmu ini membawa kepada hasil
hasil apa?
hanya lulus imtihan?
oh tidak
ku mahu iman ku meningkat
ku mahu juga amalku bertambah baik

hidup ini bukan milikku seorang
perlu dikongsi
hidup bukan hamba kepada buku 
tetapi hamba kepada Allah


p/s:buat sahabat2,kejayaan yang kita raih hari ini tidak berkekalan.Kejayaan hari ini juga bukan penentu kita di hadapan Allah.Ingatlah,ketaqwaan dan keimanan kita yang menjamin kita disisi Allah :)


24 August 2011

berapa lama nak kepung ilmu ni??

bismillahirrahmanirrahim

salam buat semua :)


MashaAllah bertapa sayangnya Allah pada kita tidak pernah menghentikan udara dari kita untuk di sedut.Maha pengasih dan penyayangnya Allah pada hamba-hambanya.kita yang kadang2 eh selalunya yang tidak tahu menghargai pemberianNya.

kalaulah kita diberi hadiah yang besar kemudian dibalut lagi dengan pembalut yang cantik, adakah kita akan menerima hadiah tersebut atau kita tinggalkan di tepi jalan.kalau anjing gigit pun kita tidak kesah???
kita nak yang mana??
kalau saya mestilah nak hadiah tu.mana boleh nak lepaskan peluang dah orang bagi.bukan senang nak dapat hadiah dari seseorang kan?

tapi pernahkah kita perasan sebenarnya Allah bagi hadiah dekat kita setiap masa,setiap detik dan setiap saat..
kenapa kita tidak boleh sedar??
sebab hadiah Allah tu tak berbungkus??
sebab hadiah Allah tu kita tidak nampak macam hadiah yang manusia bagi??

fikir2kan bagaimana kita ni sedar dan menghargai setiap nikmat yang di kurniakan kepada kita.
pilihan terletak ditangan kita sama ada nak jadi hamba yang bersyukur atau kufur.

* * *

hari ini sebenarnya rasa terpukul dengan perkongsian seorang ukhti.

cuba kita hitung dah berapa lama kita duduk bersama dan mendengar pengisian??
berapa lama yang kita perlukan untuk perbaiki diri kita??
adakah usrah yang kita ikut ni hanya untuk perbaiki diri kita sahaja?




fikir2kanlah
adakah selamanya anak zirafah ini disusui??
tidak bukan.meningkatnya umur si anak zirafah ini dia tidak lagi disusui malah dia pula yang akan beranak dan menyusui anaknya.

selama mana kita mahu di suap sahaja??
bila pula giliran kita untuk memberi? tunggu nyawa sudah berada di halkum??

duduk sejenak, fikirkan dan renungkan kembali..ilmu yang melimpah ruah tu jika tidak dipraktikkan sama macam tidak bernilai..

Ayuh kita tingkatkan ilmu dan amal..jadikan ia seiring kerana amal  dari ilmu adalah buah keimanan

cukup2 lah nak kumpul ilmu untuk diri sendiri saja.ketahuilah bahawa kehidupan kita singkat sangat.Rasa2 dah tak ada masa.
belajarlah untuk memberi dan beramal dengan ilmu yang berguni2 kita ada tu.bimbang ilmu yang banyak tu akan dipersoalkan nanti pada hari yang dimana tiada perlindungan.

ala kulli hal,yakinlah bahawa setiap perkara yang kita laksanakan di niatkan kerana Allah dikira sebagai ibadah.jadi beramal dengan apa yang kita tahu juga ibadah bukan?

set target bahawa kita pergi dengar perkongsian adalah untuk beramal dengan ilmunya dan berkongsi dengan orang lain juga.Islam perlu disebarkan.cara hidup islam perlu diterapkan..

siapa yang nak buat semua ni kalau bukan kita??
Mei Ling atau Muthu?

18 August 2011

Ramadan di perantauan (2)

Bismillahirrahmanirrahim,

apa nak cerita kali ni ye??

ha baru teringat pasal masjid yang famous ni..nama masjid tu Masjid Bilal bin Rabah.
sebenarnya tak lah arif sangat tentang masjid ni sebab baru pertama kali pergi tu pun lepas ada senior2 cerita pasal masjid2 yang best untuk solat terawikh.

dah nama pun masjid mesti la ramai orang lagi2 nak solat terawikh.nak kata ramainya orang sampai solat pun dekat luar berlantaikan tikar diatas tanah dan berbumbungkan langit.Wah memang hebat la..nak kata mereka disini sangat menyemarakkan malam2 ramadan dengan amal ibadah.terasa macam ada pesta pula pesta ibadah la...

kalau dekat malaysia ada tak macam ni??
saya harapkan ada suasana macam ni sebab saya tak pernah la pula ronda2 cari masjid untuk buat terawikh macam yang saya buat dekat sini..

 ni lah masjid Bilal..dia dikenali dengan nama masjid dalam taman :)




 ramainya jemaah sampi bentang tikar kat luar..tapi dia memang dah sediakan tikar untuk solat, pengurus masjid ni memang dah tahu akan penuh macam ni..selamat beribadah 




 ni dekat bahagian perempuan..



 masa ni terasa syahdu sangat..dapat solat dekat luar dengan angin malamnya..terasa dekat sangat dengan alam dekat sangat dengan Al-Khaliq..


sebenarnya bila seronok bercerita tentang pengalaman ber'ramadan' di tempat orang timbul satu persoalan adakah kerana ingin mencari pengalaman semata2 atau kerana mencari redha Allah..

Ya Allah sesungguhnya hambamu ini sering terlalai dan terleka dalam menjalani detik2 hidup ini..ampunilah daku dalam rahmat dan barakah ramadan ini..

ala kulli hal pengalaman ini membuatkan saya terasa sayu dan sedih seandainya ramadan ini berlalu..ku tak mahu menjadi hamba kepada ramadan tetapi ku mahu membentuk diri menjadi insan rabbani sempena ramadan ini..

ikhlaskan niat 
jom kita kejar mardhotillah 
semoga kita sama2 dapat menghuni syurga yang kekal abadi :)




02 August 2011

Ramadan di perantauan (1)

bismillahirrahmanirrahim..

InsyaAllah saya akan share sedikit pengalaman berpuasa di rantau orang :)

dengar macam sayu je berpuasa tanpa family..tetapi bagi saya tetap seronok sebab pertama kali berada di negara orang dan banyak peluang yang terbuka luas depan mata kita untuk lebih mengenali dan memahami sesebuah bangsa itu..


FANUS yang dijual untuk menambah kemeriahan dalam menyambut Ramadan al-Mubarak





suasana petang 30 Sya'ban di Hayyu Sabi'





masjid 'ibadurrahman,Hayyu Sabi'
 masjid pertama kami solat terawih di bumi anbiya'


hmm..hari ni buka puasa 2 orang je :)

tetapi kami tetap bahagia..cukuplah untuk hari ini..nantikan episod2 seterusnya

bila melihat suasana meriah membuat rasa rindu tanah air berkurang lantaran sibuk meraih amal2 yang boleh membawa redha Allah




01 August 2011

ahlan ya Ramadan

bismillahirrahmanirrahim,

alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah

akhirnya hari yang dinanti semakin hampir...Ya Allah sampaikan ku kepadanya.ku rindu untuk bertemu dengannya...















Ramadan kareem!!!

beramallah untuk mendapat redha Allah..tingkatkan ilmu untuk meraih iman demi menghayati dalam amalan





>idea tak memberangsangkan tapi nak share sesuatu :)

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...