15 September 2015

you













" Be the one who nurtures and builds. Be the one who has an understanding and forgiving heart. Be the one who looks for the best in people. leave people better than you found them. " - Marvin J. Ashton


" buat apa sekarang ni?..."

Bismillahirrahmanirrahim.


Hari-hari selepas habis belajar...


pelbagai persoalan yang datang dari orang sekeliling. seperti pelik bila mana ku mengambil keputusan untuk menghabiskan masa beberapa bulan di sini.



ada yang sering bertanyakan, " buat apa sekarang?.."


" bila nak balik malaysia ni?.."


dan pelbagai lagi persoalan yang timbul...




bagi sebahagian orang menganggap itulah masanya untuk melepaskan segala keserabutan di kepala. mencari kenikmatan selepas berhempas pulas di tahun akhir.  tension belajar sebelum ini hendak dibalas sebaiknya. maka ada yang menqadha' tidur yang lepas, ada yang travel pusing europe, lepak-lepas dengan kawan-kawan lama dan macam macam lagi..


itu mereka..


bila ada yang bertanya padaku,

maka bagi aku, masa itu sangat berharga.
dan segaja mengambil peluang tinggal berlama di bumi berpasir ini untuk menghabiskan saki baki peluang untuk berkhidmat. bukan untuk kepentingan diri. tetapi buat masa depan diri dan dakwah.


dan target untuk menghabiskan hafazan quran seberapa yang mampu. dan ke kelas-kelas fiqh sebagai persediaan menghadapi masyarakat yang pelbagai di tanah air nanti.
sedikit menyedihkan bila mana tidak berkemampuan untuk menyelesaikan kelas arab. mungkin rezeki ku kali ini adalah bersama quran.


 berbaki masa dan kesempatan ini peluang untuk peningkatan diri dari segi ilmu dan mujahadah buat persiapan ukhrawi dan duniawi ku.
biarlah aku punya agama juga selain punya sijil kedoktoran pergigian semata.

impian yang cuba aku tunaikan.

satu amanah besar dari arwah umi dan juga impian ayah.






dan hari hariku berlalu..

dan kini hanya berbaki sebulan beberapa hari..

sentiasa pintaku pada tuhan agar hari-hariku ini menjadi manfaat buat diri dan ummah.



aku, quran dan ilmunya.. moga ada lorong dan jalan untuk di manfaatkan.





p/s: mencari semangat menulis.



31 July 2015

Bunga cinta tidak selamanya harum.

Bismillahirrahmanirrahim.



" ..... lalu Allah mempersatukan hati mu, sehingga dengan karunia Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan ( ketika itu ) kamu berada di tepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. "
( QS 3:103) 



Betapa Allah mengurniakan nikmat-nikmat terbaik untuk kita; akhawat teman-teman yang sentiasa meraikan.
Dalam diamnya mendoakan.
Tatkala bertemu, penuh manis dan bersemangat sapaannya.
Senyuman yang diukirkan memberi damai di jiwa.

Dan bergugur satu persatu keresahan. Bersama juga berguguran air mata jatuh keharuan. Melihat wajah mereka; akhawati fillah.
Damai dalam santun
Keruh tatkala dicemari perkara tidak syar'i.
Bahagia bila bersama membangun cita-cita; biah tarbawi.


Ukhuwah itu tidak menjanjikan senyuman di setiap masa. Tidak juga bahagia di setiap ketika.
Tetapi ukhuwah itu mengajar erti bahagia bila mengejar cinta DIA. Belajar bersakit dalam mujahadah untuk mencapai satu cita-cita; MARDHATILLAH.

Tidak pernah hati lapang sentiasa , kerana kita berurusan dengan manusia.
Dalam ukhuwah ini, hati belajar untuk lapang dan tenang terutama sat-saat kita di tegur. Biar rasa terhiris, pedih. Tetap lapang akhirnya kerana ada yang sudi menegur silap salah dalam memberi cinta pada DIA. Syukur itu dilebihkan dulu. Kerana tidak mungkin kita dapat tika bersama orang lain.

Semuanya itu kerana kasih dan sayang.
Semuanya itu sebuah tafsiran cinta.
Dari firman tuhannya. Dia mentafsirkan dengan rukun persahabatan.

Uhibbukum fillah.
Dan mereka adalah bunga-bunga indah yang Allah hadirkan penuh makna dalam hidup ini.
Dan memberi damai buat hati yang sedang mencari.

Ya Allah, persatukanlah hati hati kami dalam mencari redha dan cintaMu.
Dalam mengenal thoriq Mu.
Dalam munajat mengagungkanMu.
Pertautkanlah hati-hati kami.


Kami tidak sempurna sisinya.
Bersama-sama sedang membangkit hati. Mengenal rasa dan cinta dalam berukhuwah kerana Allah di jalan dakwah.







kaherah,
9.54 am

Rasa seperti tiada kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim.



" Tarbiyah bukanlah mencetak orang-orang yang puas dengan mendapatkan materi-materi tarbiyah kerana dianggap telah memenuhi kebutuhan rohani mereka. 

Namun tarbiyah adalah kegiatan mencetak anasir pengubah agar mereka menjadi daie yang siap mengemban amanah perubahan ditengah-tengah masyarakat. "
- Cahayadi Takariawan-




Terdiam aku tatkala terbaca kalam ini.

Kerana kita sering menginginkan tarbiyah itu yang penuh dengan rohnya. Dengan bahan-bahan yang banyak baru kita rasa hidup. Dengan kalam- kalam murabbi yang basah baru kita rasa hidup. Yang bicaranya lebih kepada amal hati.

Hakikatnya kita sering meminta untuk keperluan rohani kita semata.

Sering kita mengadu akan futurnya kita kerana sudah tidak lama bertemu. Kadang-kadang hanya bual bicara di alam maya sahaja. Dan kita menganggap itu semua tak berapa mendidik jiwa kita.

Sering juga kita mengadu kerana bahan-bahan tarbawi kita yang tidak cukup. Dan kita beralasan dengan sedikit bahan ini kita tidak mampu untuk faham islam dan dakwah ini. Dan kita juga beralasan ke tidak cukupan ini kita tidak mampu mendampingi manusia untuk berkongsi.

Dan kita sering mengadu bahawa liqa tarbawi kita cuma pertemuan semata tetapi tidak mampu membangkitkan iman.

Itulah kita.

Menjadi manusia yang suka mengadu itu dan ini. menyalahi itu dan ini.


Ketahuilah bahawa tarbiyah yang kita inginkan bukan untuk melahirkan manusia yang hanya tahu menuntut kecukupan sahaja. Tetapi kita mahukan manusia yang ditarbiyah itu melengkapi setiap kekurangan itu. Dan tarbiyah ini mahukan manusia yang bukan hanya mengumpul materi semata. Tetapi yang mengembangkan setiap materi itu dalam amalnya dan menjadikan ia kekuatan untuk terus bangkit sebagai agen perubah dalam masyarakat.


Ketahuilah bahawa kita belum mengenal erti tarbiyah lagi bila mana kita belum mampu menjadi manusia yang bergerak. Biarpun secara sendirian atau berkelompok,
Bila mana kita belum pantas untuk menjadi orang yang menyumbang. Walaupun hanya menjadi si pengedar pamplet sahaja.
Belum cukup lagi tarbiyah kita bila mana tidak mampu mengubah sedikit pun perkara pada diri sendiri apatah lagi orang sekeliling. Dan belum berjaya lagi tarbiyah kita itu.

Seandainya kita hanya mahukan bahan-bahan sahaja, maka pergilah ke kelas-kelas atau kuliah pengajian yang memang membicarakan tentang itu.
Dan tidak akan mampu untuk kita menjadi agen perubah itu selagi mana kita hanya menuntut hak diri semata. Tetapi tidak pernah merelakan untuk memberi hak kepada orang lain yang meminta atau tidak.

Dan tujuan tarbiyah ini belum kita betul-betul fahami sepenuhnya.

Dan pentarbiyahan itu tidak cukup dengan hanya mendengar kalam-kalam basah untuk rohani kita semata.
Tarbiyah ini perlukan kita bercucuk tanam di ladang-ladang amal kita. Supaya dia mampu mengeluarkan buah-buah peribadi muslim yang akan meletakkan islam pada tangga tertinggi di muka bumi.


Buat mereka yang merasa jatuh bila berhadapan dengan kesempitan untuk duduk bertemu akhawat, carilah amal yang baru. Sebagai menterjemahkan materi  tarbawi kita.

Kalau biasanya mentadabbur bersama akhawat, apa salahnya jika kita duduk bertilawah bersama keluarga kita. Mungkin ada kekurangan dari sudut bacaannya, maka kitalah orang yang bertangungjawap mengajarnya. Dan bukan semua orang reti berbahasa arab, maka kisahkan dengan mereka dengan membacakan terjemahan ayat-ayat alquran itu. Bukankah kita juga akan tertampar rohaninya?

Mungkin ada yang merasakan itu terlalu susah terutama untuk keluarga yang jarang boleh duduk bersama membaca quran.
Maka carilah kanak-kanak di surau atau sekitar kawasan perumahan kita untuk kita ajarkan sesuatu. Kesannya pasti seronok. Cubalah.

Mungkin ada kesempatan lain untuk kita teroka.
Seperti keluarga yang sering bercuti bersama mahupun yang cintakan aktiviti bersama alam. Seperti berkelah di tepian pantai, mendaki gunung, meredah rimba mahupun berkebun dan lain-lain. Maka gunalah kesempatan itu untuk lebih mengenali keluarga kita. Dan kesempatan itu tidak salah untuk kita gunakan untuk solat berjemaah dan di awal waktu. Boleh juga kita mentadabbur alam mengenal pencipta. Mentadabbur quran mengenal siapa manusia yang di beri nikmat. Dan semua ini adalah kesempatan.

Mungkin ada juga yang sekadar duduk di rumah sahaja. Dan itu bukan tiket untuk menyalahkan sesiapa. Lakukan juga perubahan-perubahan di rumah. Menjadi anak yang paling ringan tulang membantu. Menjadi orang yang paling pertama untuk berbuat baik dengan ibu bapa dan adik beradik. Dan paling menyantuni mereka dengan akhlak yang baik dari kata-kata yang keluar dari mulut kita sehingga amal perbuatan kita.


Banyak sekali peluang terbuka di depan mata kita.

Berada di dalam tarbiyah jika tidak mampu berbuat sesuatu maka tarbiyah kita belum terbuka. Dan fikiran kita hanya sempit pada membuat kebaikan hanya di kalangan akhawat dan kelompok kita sahaja.


Berusahalah untuk tidak meletakkan kekecewaan kita bila tidak dapat hadir seratus peratus program. Berusahalah untuk tidak kecewa bila mana kita terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan kebenaran keluar rumah dari ibu ayah.
Berusahalah untuk kita menghadirkan diri di dalam pentrbiyahan bukan semata-mata mengejar silibus dan materi-materi tarbiyah.


Kerana silibus dan bahan hanya akan mampu menguatkan diri tetapi tidak kuat untuk menjadikan kita manusia yang iltizam.

Carilah jalan untuk menjadi penyumbang terbaik untuk ummah.

Carilah ruang untuk membuktikan kita adalah muslim.

Carilah ruang untuk kita menyumbang. Biarlah amal itu sedikit dan kecil tetapi mampu memberi kesan yang mendalam.


Dan yakinlah! Peluang kebaikan itu sentiasa berada di depan mata.



****


Dan aku juga bukan orang yang sempurna. Bukan semua yang di coretkan ini berjaya di lalui dengan tenang dan gembira. Tetapi semua itu adalah apa yang cuba di fahami. Dan semua itu adalah cubaan-cubaan aku untuk tidak menjadi golongan yang kecewa.

Seharusnya kita perlu tahu bahawa pertemuan usrah dan pertemuan dengan akhawat mampu mere'charge iman kita tetapi tidak mampu membuat kita istiqomah dan iltizam. Semua itu perlu bermula dari diri kita.

Aku juga insan yang lemah dan baru bertatih mengenali selok belok jalan dakwah dan tarbiyah ini.
Pesanku untuk diri dan sahabat sekalian, carilah ruang dan ciptalah peluang untuk kita menyumbang. Dan membuat perubahan itu perlu di mulakan perlu dilaksanakan. Tetapi keberjayaannya bukan di tangan kita. Itu milim Allah.

Coretan ini bukan kemestian ia cuma satu pandangan.


Jangan pernah rasa 'mati' bila keinginan kita untuk keluar berprogram ditolak mentah oleh orang sekeliling. Tetapi rasailah hilangnya seri kehidupan kita bila seharian kita tidak menyumbang kebaikan.




29 July 2015

Mahu berpaling atau meneruskan?


Bismillahirrahmanirrahim.

Perjalanan kehidupan ini hakikatnya tidaklah panjang untuk di biarkan berlalu dengan sia-sia. Untuk dibiarkan detik waktu itu pergi hanya dengan renungan kosong sepanjang hari.

Masa berlalu semakin cepat.

Terkadang tanpa disedari kemana hilangnya diri. Dalam sedar aku berjalan atau cuma sebuah mimpi dan ilusi.

Tatkala diri mula hilang punca, terkadang itu mahu saja lari dari usrah. Lari dari tarbiyah. Ingin berkurung sendirian. Akhawat sekeliling pun rasa seperti orang asing yang tidak di kenali.
Kepala cuma mahu menunduk. Muka hanya mahu disorokkan. Telinga tidak mahu mendengar bicara apa pun.

Beku.

Betapa teruk sekali perasaan yang bergolak ketika itu.

Rasa semua orang salah.
Rasa diri tak layak berada di kalangan mereka yang hebat. Tak layak untuk berada di sini.

Rasa teruk.
Teruk sangat.
Rasa terbeban.


Tetapi ada terselit rasa hati , rasa hati yang inginkan untuk bangkit dan keluar dari keputus- asaan ini. Ingin keluar dengan ceria. Melihat mentari indah bersama akhawat tercinta. Ingin duduk bersama membasah iman. Ingin meninggalkan kegelapan ini di belakang. Ingin biarkan ia berlalu pergi tanpa menghantui perjalanan yang kehadapan.

Dalam rasa itu, cuba untuk mencari.  Apakah kehidupan ini hakikatnya?

Dan jauh ditenung ke hadapan....


Dalam duduk menung mencari solusi, lalu tangan pantas mengambil quran biru kesayangan. Dibuka mana-mana saja muka surat lalu dibaca perlahan. Satu-satu ayat di baca. Lalu dibacakan pula terjemahannya. Kerana pesan ayah begitu. Dibaca terjemahannya selepas itu baru lebih terasa dan menusuk ke jiwa ayat yang kita baca. kerana kita ini bukan faham makna arab tu sangat.

Dan quran itu dibaca dan dibaca sehingga mengalir air mata.
Tetapi bacaan ku terhenti pada ayat ke seratus empat puluh empat surah Ali Imran.




" Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul, sebelumnya telah berlalu beberapa rasul. Apakah jika dia wafat atau di bunuh, kamu berbalik ke belakang ( murtad) ? Barang siapa berpaling ke belakang, maka dia tidak akan merugikan Allah sedikitpun. Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur. " 
 ( QS 3: 144) 


Diulang berkali kali bacaan ayat ini..
Apakah ini memang ayat untukku hari ini? 

Sebak menguasai dada. 
Ya ALLAH.
Kau hadirkan murabbi dalam kehidupanku. Kau beri petunjuk buatku. Lalu aku hanya kecewa kerana mereka pergi?? Aku mempersoalkan kehidupan ini kerana mereka telah tiada? 

Kerana itu?


Dan kerana murabbi pertamaku, telah pergi meninggalkan ku. Kembali ke pangkuanMu. 
Kerana dia teramat istimewa buat ku. Mengenalkan aku kepada MU dan mengenalkan aku kepada murabbi agung, nabi Muhammad s.a.w. Dia teristimewa. Umi tercinta. 

Lalu dalam kehidupan tarbiyah ku juga, KAU beri ku murabbi. Dan ku begitu menghormati dan menyayangi mereka. Tetapi yang disayang pula pulang meninggalkan ku. 

semuanya ingin pergi. semuanya ingin meninggalkan. 
dan jeritan ini tidak mampu mengubah apa-apa pun.
Dan aku seperti menyalahkan. mungkin tidak secara terang terangan. tetapi kiasannya begitu.

Tempoh setahun ini.
Terlampau banyak yang cuba difahamkan. 
Tempoh yang mana mudah sahaja aku rapuh. Mudah sahaja untuk jatuh. Mudah sahaja untuk mengalirkan air mata. Mudah sahaja untuk aku berdiam diri. Mudah sahaja untuk aku berlepas tangan. 

Pernah sahaja terdetik untuk berlepas dari semua ini. Ingin pergi dari murabbi. Ingin melepaskan tanggungjawab dan beban dakwah. 

kerana padaku tiada siapa yang mengerti. Payahnya menerima kehilangan. Payahnya menerima takdir. Payahnya untuk meluahkan.


Tetapi ayat ini.. ayat seratus empat puluh empat surah Ali Imran membawa aku kembali.
Berbicara dengan diri. Berbicara dengan Tuhan. 

Seandainya aku beriman dengan manusia sesungguhnya dia akan pergi.  Umi akan pergi. Kakak-kakak akan pergi. Ayah pun akan pergi. Semua itu akan pergi. Semua akan meninggalkan. 

Tetapi sekiranya beriman kerana Allah, nescaya Dia sentiasa mendampingimu. Dia dekat dengan mu. Dia mendengar setiap tangis rayu mu. Dia tahu kesedihan mu, Dia tahu kepayahan mu. Dan Dia tahu di mana kepuasan dan kegembiraan mu.

Dan kerana ayat ini juga aku bangkit. Dan kebangkitan itu sangat perit. Sedikit sakit terutama bila orang sekeliling juga mahu berpaut sama. Dalam tempang aku terpaksa membawa beban juga. Mungkin kerana tuhan mahu ajarkan kepadaku bahawa kita berjalan perlu menuju tuhan bukan kerana manusia. Mereka itu cuma pembawa. Mereka itu cuma juru pandu. Mereka itu cuba penyuluh gelap. Mereka itu cuma pembantu. 

Hakikatnya yang dituju adalah DIA; Allah yang satu. 


***


Buat semua yang pernah hadir sebagai murabbi ku. Ketahuilah diri ini amat menghargainya. Satu nikmat yang besar. Sehingga saat ini aku merasainya. Nikmat hidup mengenal tuhan. Nikmat hidup untuk mencipta kematian. Nikmat berkasih kerana tuhan. Nikmat berdakwah untuk bekalan sepanjang hayat. Nikmat mencari kenikmataan akhirat.

Dan kerana itulah aku persoalkan kembali, apakah layak untuk aku berpaling meninggalkan? atau mahu meneruskan dengan cara ini, dalam jalan ini?

dan pilihan itu berada di tangan ku.


Untuk murabbiku,
Biarpun ada yang telah meninggalkan ku di dunia.
Dan ada juga yang sudah berjauhan merantau di serata pelusuk bumi.

Doaku untukmu tak akan pernah putus.
Kerana berkat tangan asuhanmu aku menjadi nafisah hari ini. Biarpun terlampau banyak cacat celanya. Akan di cuba untuk meraih yang terbaik selagi masih punya peluang bernafas di muka bumi ini.

Doakan aku juga. Dikesempatan apa pun aku ingin mencipta yang terbaik buat kehidupan ummah.

Doakan juga, biar kesedihan ini dan kegalauan ini tarbiyah terbesar buat diriku. Ditetapkan hati dan di kukuhkan langkah untuk hari-hari mendatang.




P/S: maaf atas coretan panjang ini. kerana aku ingin mengatakan bahawa kehadiran murabbi itu cukup besar ertinya dalam hidupku.




18 June 2015

Bertemu kembali....


Bismillah.

Alhamdulillah. Selesai sudah perang kertas dan pen kami budak budak gigi. Dah penat cakap tentang exam. Tawakal dan mengharap agar natijah nanti baik baik saja.  


****

Alhamdulillah Ramadan datang lagi. 

Bahagianya bila Allah masih beri peluang untuk kita berada di bulan yang mulia. 

Bahagianya bila kita sedar bahawa Ramadan ini bulan yang mulia. Bulan yang dijadikan sebagai medan latihan untuk kita berubah. Bulan rahmah. Bulan barakah. Bulan maghfirah. 

Moga kesedaran ini Allah pelihara sehingga ke akhirnya. 
Ditambah baik dan di perbaiki amal amal yang camping sebelum ini.


Ramadan 1436 H 
Biar menjadi permulaan menuju TAQWA.
Agar sering terpelihara niat kehidupan. 
Mencari MARDHATILLAH. 








Ramadan di perantauan. Bukan penentu kepada kehebatan amal di bulan Ramadan. Bukan juga kehebatan dalam memahami erti puasa dan beramal di bulan Ramadan.

Tetapi semua itu bonus.
Pilihan tetap terbentang di depan mata. Hendak memilihnya atau tidak.
Bumi mana tidak menjanjikan Rabbani seseorang muslim itu. Tetapi keimanan dan ketaqwaan yang menjadi penggerak diri.

Berada di bumi anbiya' jika beramal seperti golongan yang ingkar, maka dia tetap golongan yang ingkar.


Allah~
Tunjukkan kami jalan jalan hidayah. Agar kami terpelihara dari kemunafikan dan kejahilan.

Pada bumi itu tetap ada kebaikannya selagi kita meyakini bahawa pemiliknya adalah tuhan yang satu.


Ramadan Kareem!!!!


p/s: Ramadan terakhir di perantauan. sayunya lain macam sikit.


11 June 2015

kerana tiga puteri.

Bismillah.

Dalam kehidupan ini, terlampau banyak cara Allah mengurniakan rahmatNya kepada kita. Banyak. Dan terlampau hebat.

Ketika terbaca sepotong hadith yang bermaksud :

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Terus teringat ayah. Sedih ada. Risau ada. Perasaan itu datang dengan pelbagai rasa. Tapi akhirnya membawa kepada kesyukuran yang tidak terhingga. Kerana aku masih punya ayah. Ayah yang terlampau mengambil berat perihal keluarganya. Yang amat bertanggungjawab.

Ayah yang hebat. Ayah yang banyak mengenalkan kepada erti kehidupan.  

Keadaan sekarang mungkin sedikit berbeza. Selepas ummi pergi, ayah cuba untuk kuat. Ayah cuba beri yang terbaik untuk semua anak dia yang lima orang ini. Terutama tiga anak perempuan dia yang banyak karenah. Ayah layan semua permintaan. Ayah cuba pegang watak ummi walaupun sedikit kaku.  

Memang dulu ayah seorang yang garang. Itu memang tidak di nafikan lagi. Tapi dia buat itu bersebab. Dia punya harapan dan impian. Segarang manapun ayah, dia tetap ayah yang perlu ditaati.
Marah marah ayah itu sebenarnya dia tak nak anak dia jauh dari landasan syaria't. 

Kalau nak beli baju pun kena minta persetujuan ayah. Kalau tak, alamatnya masuk bakul sampah la baju-baju cantik tu. Ada juga cubaan untuk begaya ala-ala model, akhirnya kena reject dan dikurung berminggu-minggu. Itu baru kisah baju... Belum lagi buku-buku. Buku kegilaan remaja zaman kini tu jangan harap boleh bawa masuk rumah. Kalau nak rasa kena rotan dan di kurung diluar rumah, silakanlah buat. 
hemm.. 

Ayah. ayah..

Amanah yang ayah pikul untuk tiga orang anak perempuan terlampau berat lagilah selepas ummi tiada. Mungkin itu punca ayah menjadi setegas itu. 

Alhamdullilah. Akhirnya kami menjadi kami hari ini. Terima kasih ayah.


Dan bila bertanya khabar, ayah selalu cakap ayah sihat dan baik baik sahaja. Tapi hakikatnya ayah bukanlah sihat sangat. Uban ayah pun dah makin memenuhi kepala. Kalau setahun yang lepas, rasanya masih banyak lagi rambut hitam ayah.. Terlampau banyak perkara yang ayah uruskan sendirian sekarang..Kalau dah ayah memang dia tidak suka untuk cerita susah dia pada anak-anaknya.

Angah minta maaf ayah. Semampunya untuk menjadi anak solehah buat ummi dan ayah. Semampunya. Kadangkala ujian itu amat berat untuk kita hadapi dan ada masanya anakmu ini jatuh juga. 

Selalu ummi ingatkan untuk berdoa supaya Allah ganjarkan ayah dengan ganjaran terbaik seperti sabda nabi :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan,lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Daripada Aisyah r.a.,dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan,
lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)


Moga Allah pelihara ayah sepanjang anakmu ini berjauhan. Allah ambil ummi sebelum anakmu sempat berbakti dan membalas jasanya.
Dan sekarang aku memohon supaya allah panjangkan usia ayah supaya sempat aku membalas jasa dan berbakti walaupun seketika.

Ayah is my hero. 
Doakan ayah. Supaya tergolong dalam golongan yang dijanjikan nabi.



23 May 2015

Amanah...




Amanah itu, 
Adalah ketika mana kita bisa bermanfaat bagi orang lain dengan apa yang kita lakukan.
dan kita harus mengajak diri kita untuk terus bergerak.


Allah, rasul dan orang beriman lainnya akan melihat pekerjaan kita.
Allah dan rasul lah yang akan menjadi saksi atas pekerjaan kita.
kerana pekerjaan kita adalah untuk menjayakan islam.

Bila kita bekerja kerana Allah maka Allah lah yang berhak menilai pekerjaan kita.

kembalikanlah kepada Dia.
DIA maha tahu.




Olomouc, jan 2015


Maka bersungguh sungguhlah bila ada amanah di bahu.
Lakukan yang terbaik.
Kerana akhirnya akan kembali juga kepada kita.


Amanah dakwah ini.
Amanah besar untuk dipikul sendirian.


Moga kita terus bersama mengemban beban ini.
Maka amanah ukhuwah juga ada di bahu untuk dijalankan sebaiknya.







12 May 2015

Ada apa dengan titis - titis air yang jatuh ke bumi itu?


Bismillah.

Kisah hujan pagi di kota Nasr.

Dalam keterujaan semua orang melihat hujan. Seorang ukhti duduk sendirian berdiam diri. Duduk di penjuru dinding dan senyap. Berkerut dahi beberapa orang yang melihat. Lalu pantas sahaja mulut untuk bertanyakan keadaannya. 

" Eh awak, kenapa tiba- tiba senyap ni. Ada hal yang merunsingkan ke? " seorang ukhti mula bertanya. Dia lalu berpaling kepada kami dan tersenyum.

" tak ada yang runsing pun.. cuma sekarang ni kan waktu mustajab berdoa. Jadi , saya tengah doakan semua orang ni. Masa hujan ni doa kita makbul.." jawapnya bersahaja.

Terkedu.
Semua terdiam.


Selama ini kita cuma belajar dan mengetahui waktu - waktu mustajab berdoa, tetapi belum sekali betul- betul beramal dengannya. Apa yang berlaku setiap kali hujan turun ? Setiap kali titisan hujan turun ke bumi, apa yang dikejar adalah kamera. Konon, nak menjadi saksi hujan turun di bumi padang pasir. Merakam dan terus merakam.




seketika sebelum hujan kedua. Awan mendung. Langit gelap.


Sabda Rasulullah s.a.w , 
Sesungguhnya dalam hari - hari hidup kalian ada sajian - sajian ( Allah ) , maka raihlah sajian - sajian itu. 

Pada kita , seperti apa kita meraih waktu-waktu mustajab untuk berdoa ?

Kata Ustaz Amru Khalid dalam tulisannya ,
kita meraih sajian - sajian terindah dalam hidup kita adalah dengan beberapa perkara.


  1. Menghargai detik - detik berharga itu. Mengingatinya dan tidak melupakannya.
  2. Berdoa kepada Allah dengan doa yang hadir dari lubuk hati.
  3. Meyakini bahawa Allah pasti dan berhak untuk memakbulkan doa kita.

Angkatlah tangan berdoa kepada Dia. Tuhan yang selayaknya untuk kita meminta.

Berdoalah.

Dan doa yang mustajab juga bila kita mendoakan saudara kita yang lain. Kerana doa itu akan diaminkan oleh para malaikat. Peratusnya untuk dimakbulkan oleh Allah sangat tinggi. Maka seharusnya kita belajar untuk menjadi orang yang cerdas.

Setiap kali kita berdoa , berdoalah untuk saudara yang lain. sama ada yang berjauhan atau yang cuma jarak seinci di sebelah. Doa saudara untuk saudaranya adalah mustajab dan setiap kali diaminkan malaikat , ganjarannya juga untuk yang mendoakan.








Refleksi.
Muhasabah.

Berhadafkan matlamat hidup , menuju redha Allah.

Aku perlu teguh.
Melangkah gagah.
Memberi erti buat kehidupan.




07 May 2015

susahnya itu adalah hadiah terindah.



situasi hari-hari bila musim clinical exam...setiap orang yang dijumpai pasti kena tanya
" awak ada masalah gigi? "

sampai ada yang nampak saja terus lari. fuh.
ingat senang nak bagi orang yakin dengan dentist. mencabar juga.

hari-hari tu boleh sampai menjangkau sebulan lamanya.
bila dapat patient...

" not indicated for exam. find another patient. "
" this case need special treatment.."
" patient doesn't want to do the tretment. "

oookk..


****

bila dah penat sangat..

Mata bengkak kabur dengar cecair. terasa ada tangan yang memegang pada bahu.

" ada masalah? nak tolong apa-apa? "

mulut masih terkatup rapat. mata cuba memandang jelas wajah siapa yang menyapa itu.

keadaan masih sepi.
mungkin ingin memberi ruang waktu untuk aku reda seketika.

sedikit-sedikit aku mula bersuara.

" oh tidak ada apa-apa." jelasku. nyata cuba menyembunyikan sesuatu.

" Hey, awak masih rasa sendiri? " dia cuba memancing minatku untuk bercerita.


****

" patient saya ada masalah. jadi saya perlu cari patient baru untuk exam esok. "

terkelur juga ayat keramat ini.
selepas puas satu kuliah banin dan banat kena tawaf.

tapi bukan meletakkan harapan untuk dia memberi patient.


****

hari yang sepatutnya exam...

telefon tidak lepas dari genggaman. setiap saat ada sahaja nombor yang di dail.
kaki dah tak keruan. keluar masuk klinik. turun naik. semata-mata untuk mencari patient. untuk last subjek. subjek rawatan akar ( endodontic treatment ).

keadaan makin gelisah. jam menunjukkan pukul 2 petang.

' Ya Allah sempat tak nak buat exam hari ni...'

mata makin bengkak.
sampai dah tak tahu nak buat apa.
terduduk sekejap.
hati dah tak keruan.
kepala dah tak boleh berfikir waras.

bila lihat kawan-kawan tengah focus. cepat-cepat keluar semula, tak mahu terus-terusan bersedih.
satu-satunya yang belum exam.

the only one.


sebelum pulang,
Doktor izinkan untuk exam pada keesokan harinya. dan doktor sertakan sekali patient untuk exam esok. dalam hati mengucap syukur tak terhingga. untuk akhirnya aku akan exam esok.

maka ketentuan allah itu tiada siapa yang boleh menghalangi.


petang ke malam...

" assalamualaikum ya dukturah, ana la ta'ti bukroh ila 'iadah." panggilan dari patient.. khabarnya dia tidak boleh datang klinik untuk esok hari.

lantas laju sahaja air mata mengalir. oh. mencabarnya.

' jangan terlalu cepat bergembira untuk hal-hal yang belum pasti..' aku bermonolog sendirian

kembali mencari semula senarai panggilan siang tadi.

insya allah ada rezeki terbaik untuk esok.


****

pagi-pagi lagi sudah ada yang mengharukan.
teman-teman yang memberi sokongan. ada yang menemani. ada yang memberi kata positif. ada yang memastikan keberadaan patient saat itu. adakah datang atau tidak.

mengalir lagi air mata.

dalam hati ' ya allah seandainya ada nikmat terbaik darimu maka berikanlah kepada teman-temanku ini. golongkan kami bersama para solehin yang berkasih sayang keranaMu..'

tepat jam 4 petang..

" alhamdulillah! " sorakan bersama.

ya. akhirnya selesai separuh perjalanan tahun akhir ku, berakhirnya clinical exam untuk kali ini.

dan bersama itu... bergema nyanyian  " sanah helwah!!! "

hampir aku lupa bahawa aku genap bertambah usia lagi hari ini.
mungkin ini hadiah terbaik dan paling berharga yang dapat aku simpan bersama di dalam kotak memori. dan juga dalam doa-doaku buat teman terhebat di sepanjang perjalanan kehidupan ini.


sekadar sebuah memori.
tetapi bagiku ia adalah sebuah pelajaran terhebat.

 ketika bersusah itu bila tanpa tuhan boleh jadi gila.

belajar untuk sentiasa positif untuk rezeki yang bukan di bawah kawalan kita. yang dijanjikan tuhan itu, bahagian rezeki kita tetap ada. cuma bukan di bawah pengetahuan kita saat bila dan di mana akan kita peroleh itu.


moga allah berkati kalian...
buat ayah dan ummi.
buat abang dan adik-adik.
buat sahabat-sahabat.. falahians..PRESTIGERS..

tiada kata kata terucap. kalianlah insan-insan terpilih yang allah hadirkan berada disekeliling kehidupan ku.

28 april 2015.
tarikh keramat untuk terus maju.
demi sebuah cita-cita dan impian.



12 April 2015

ruang hidayah






Peluang di sapa oleh hidayah itu emas.
kerana bukan semua tuhan berikan mata hati untuk melihatnya, telinga untuk mendengarnya, deria untuk merasakan kehadirannya.

terlalu eksklusif bagi mereka yang terpilih.

Kejar dan rebut peluang itu sekiranya di sapa.

Cari ia sekiranya tiada di depan mata. Carilah di segenap penjuru bumi. carilah di sekitar kehidupanmu. Carilah dan berhadapanlah dengannya.

ruang ruang itu sebenarnya wujud di persekitaran kehidupanmu.

majlis-majlis ilmu yang diumpamakan seperti taman-taman syurga. Dimana terdapatnya mereka yang menyeru kepada kebaikan dan kesabaran. Dimana mereka yang menyertainya juga diajar dan di didik menjadi penyeru kebaikan dengan kesabaran.

zikir harian yang menyucikan jiwa.

Bacaan al-quran. tadabbur dan tilawahnya dengan penuh penghayatan.

solat malamnya.



Begitu mudah untuk dikatakan tetapi itulah yang mencabar untuk dibuat.

genggamlah sekiranya tuhan berikan.
kerana mereka yang mendapat kebaikan dari tuhannya akan diberi kefahaman dalam beragama.




-------------------


kerana sukar itulah kena berpenat lelah sedikit.
demi hidup yang lebih bermakna di kehidupan akhirat nanti.


09 April 2015

about the heart.






"To empty the heart does not mean to not love. on the contrary, true love, as God intented it, is purest when it is not based on a false attachment. The process of first emptying the heart can be found in the beginning half of the shahada (declaration of faith)." 

― yasmin mogahed, reclaim your heart




05 April 2015

Kerana kita ini manusia





"Jika kalian tidak pernah melakukan dosa dan kesalahan, maka Allah akan menciptakan kaum lain yang mereka itu melakukan salah dan dosa kemudian mereka bertaubat dan Allah mengampuni mereka.”

(HR Ath-Thabrani dan Baihaqi)





Hidup ini tiada yang sempurna. Kesalahan itu normal buat yang bergelar insan.

Buat mereka yang beriman, setiap kesalahan itu perlu di susuli dengan taubat. 
Meminta ampunan atas kelalaian kita. Atas ketelanjuran dan kejahilan kita.

Dia Maha Mendengar.Tiap rayuan dan rintihan.Nyata tidak sesekali tuhan persiakan.
Melainkan kita yang culas memohon.Kita yang malas dalam bertaubat.


Biarpun kita ini hamba hina yang penuh dengan kesalahan,berusahalah untuk menguranginya.
Kerana tuhan akan menilai sebagai amal dan usaha kita dalam mendekatkan diri padaNya.

berusahalah untuk sempurna itu walaupun ianya mustahil.kerana sempurna cuma milik Allah semata. 


Tidak salah untuk buat kesilapan. Itu antara cara untuk kita belajar dalam kehidupan. 
Yang salah apabila kita enggan menerima kesalahan. 





p/s: kerana aku budak baru belajar, salah dan silap minta tunjuk ajar. 

Mujahadah






“The most beloved deed to Allah’s is the most regular and constant even though it were little.”
[Sahih Bukhari 6464]

28 February 2015

Sosok yang amat-amat...


Bismillah.

Niat asal bukan nak menulis pun... tapi lain pula jadinya.

Tak boleh nak tahan.


Teringat dekat semua orang.
Lagi-lagi dekat umi.

Last ayat yang umi cakap.. " umi nak jumpa angah..exam baik-baik. Nanti boleh ganti adik jaga umi..."


Sebelum panggilan terputus.


umi :'(
ermm..
Makin lama makin hilang idea untuk menulis..



27 February 2015

Bukan untuk pergi..


Bila ada yang bertanya,

 " kemana awak pergi? " 

" Lama dah tak nampak.."

Oh. Pening nak menyatakan. 
Tapi yang penting, masih ada di sini. Memehati rentak dan langkah sahabat sekalian. 

Bukan pergi.
Tetapi sedang mencari semula rentak diri.
Untuk kembali membawa langkah gagah seperti kalian.

Tidak lama.
Hanya seketika. 

Kerana diri perlukan ruang untuk mengambil nafas baru yang panjang..
Kerana diri perlukan masa recovery.

Untuk beri sedikit ruang untuk hati. 
Kembali hidup untuk impian dan cita-cita kehadapan.

Tak lama.
Dan tak mahu lama.

Dan bukan pergi....
Cuma slow down seketika.








Berharap untuk kembali melaju.. 
Untuk tarbiyah. Dakwah. Dan Ummah.

Mencari kehidupan yang lebih cerah di bawah payung Islam.

Untuk bermanfaat dan beroleh manfaat.
Untuk memberi dan terus menyumbang.

Dan untuk terus gagah untuk menjadi benteng pertahanan.


Diriku masih di sini.

14 February 2015

Yang berlalu itu..biarkan ia terbang jauh...

Bismillah.


Terlalu lama sudah tidak meninggalkan coretan di sini.


Jiwa yang hilang semangatnya itu tak semudah memetik jari untuk memanggilnya kembali. Begitulah yang di rasai.

Susah.
Payah.
Perit.
Menanggung rasa itu....

Biarpun tak terbias pada riak wajah. Jiwa dalam tetap berkocak hebat. Gemuruh dan taku sering menghantui.

Kehidupan oh kehidupan.


Biarkan tanpa rawatan itu bukan pilihan yang bijak,

Tetaplah melangkah walaupun perlahan dan bertatih-tatih.
Tetaplah menjaga amal-amalmu. Kerana kesusahan dan mujahadah itu yang menjadi sisi tarikan pada mata tuhan.







People can only assist you in life. 
They can't do more beside give advices for your life.


PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...