31 July 2015

Rasa seperti tiada kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim.



" Tarbiyah bukanlah mencetak orang-orang yang puas dengan mendapatkan materi-materi tarbiyah kerana dianggap telah memenuhi kebutuhan rohani mereka. 

Namun tarbiyah adalah kegiatan mencetak anasir pengubah agar mereka menjadi daie yang siap mengemban amanah perubahan ditengah-tengah masyarakat. "
- Cahayadi Takariawan-




Terdiam aku tatkala terbaca kalam ini.

Kerana kita sering menginginkan tarbiyah itu yang penuh dengan rohnya. Dengan bahan-bahan yang banyak baru kita rasa hidup. Dengan kalam- kalam murabbi yang basah baru kita rasa hidup. Yang bicaranya lebih kepada amal hati.

Hakikatnya kita sering meminta untuk keperluan rohani kita semata.

Sering kita mengadu akan futurnya kita kerana sudah tidak lama bertemu. Kadang-kadang hanya bual bicara di alam maya sahaja. Dan kita menganggap itu semua tak berapa mendidik jiwa kita.

Sering juga kita mengadu kerana bahan-bahan tarbawi kita yang tidak cukup. Dan kita beralasan dengan sedikit bahan ini kita tidak mampu untuk faham islam dan dakwah ini. Dan kita juga beralasan ke tidak cukupan ini kita tidak mampu mendampingi manusia untuk berkongsi.

Dan kita sering mengadu bahawa liqa tarbawi kita cuma pertemuan semata tetapi tidak mampu membangkitkan iman.

Itulah kita.

Menjadi manusia yang suka mengadu itu dan ini. menyalahi itu dan ini.


Ketahuilah bahawa tarbiyah yang kita inginkan bukan untuk melahirkan manusia yang hanya tahu menuntut kecukupan sahaja. Tetapi kita mahukan manusia yang ditarbiyah itu melengkapi setiap kekurangan itu. Dan tarbiyah ini mahukan manusia yang bukan hanya mengumpul materi semata. Tetapi yang mengembangkan setiap materi itu dalam amalnya dan menjadikan ia kekuatan untuk terus bangkit sebagai agen perubah dalam masyarakat.


Ketahuilah bahawa kita belum mengenal erti tarbiyah lagi bila mana kita belum mampu menjadi manusia yang bergerak. Biarpun secara sendirian atau berkelompok,
Bila mana kita belum pantas untuk menjadi orang yang menyumbang. Walaupun hanya menjadi si pengedar pamplet sahaja.
Belum cukup lagi tarbiyah kita bila mana tidak mampu mengubah sedikit pun perkara pada diri sendiri apatah lagi orang sekeliling. Dan belum berjaya lagi tarbiyah kita itu.

Seandainya kita hanya mahukan bahan-bahan sahaja, maka pergilah ke kelas-kelas atau kuliah pengajian yang memang membicarakan tentang itu.
Dan tidak akan mampu untuk kita menjadi agen perubah itu selagi mana kita hanya menuntut hak diri semata. Tetapi tidak pernah merelakan untuk memberi hak kepada orang lain yang meminta atau tidak.

Dan tujuan tarbiyah ini belum kita betul-betul fahami sepenuhnya.

Dan pentarbiyahan itu tidak cukup dengan hanya mendengar kalam-kalam basah untuk rohani kita semata.
Tarbiyah ini perlukan kita bercucuk tanam di ladang-ladang amal kita. Supaya dia mampu mengeluarkan buah-buah peribadi muslim yang akan meletakkan islam pada tangga tertinggi di muka bumi.


Buat mereka yang merasa jatuh bila berhadapan dengan kesempitan untuk duduk bertemu akhawat, carilah amal yang baru. Sebagai menterjemahkan materi  tarbawi kita.

Kalau biasanya mentadabbur bersama akhawat, apa salahnya jika kita duduk bertilawah bersama keluarga kita. Mungkin ada kekurangan dari sudut bacaannya, maka kitalah orang yang bertangungjawap mengajarnya. Dan bukan semua orang reti berbahasa arab, maka kisahkan dengan mereka dengan membacakan terjemahan ayat-ayat alquran itu. Bukankah kita juga akan tertampar rohaninya?

Mungkin ada yang merasakan itu terlalu susah terutama untuk keluarga yang jarang boleh duduk bersama membaca quran.
Maka carilah kanak-kanak di surau atau sekitar kawasan perumahan kita untuk kita ajarkan sesuatu. Kesannya pasti seronok. Cubalah.

Mungkin ada kesempatan lain untuk kita teroka.
Seperti keluarga yang sering bercuti bersama mahupun yang cintakan aktiviti bersama alam. Seperti berkelah di tepian pantai, mendaki gunung, meredah rimba mahupun berkebun dan lain-lain. Maka gunalah kesempatan itu untuk lebih mengenali keluarga kita. Dan kesempatan itu tidak salah untuk kita gunakan untuk solat berjemaah dan di awal waktu. Boleh juga kita mentadabbur alam mengenal pencipta. Mentadabbur quran mengenal siapa manusia yang di beri nikmat. Dan semua ini adalah kesempatan.

Mungkin ada juga yang sekadar duduk di rumah sahaja. Dan itu bukan tiket untuk menyalahkan sesiapa. Lakukan juga perubahan-perubahan di rumah. Menjadi anak yang paling ringan tulang membantu. Menjadi orang yang paling pertama untuk berbuat baik dengan ibu bapa dan adik beradik. Dan paling menyantuni mereka dengan akhlak yang baik dari kata-kata yang keluar dari mulut kita sehingga amal perbuatan kita.


Banyak sekali peluang terbuka di depan mata kita.

Berada di dalam tarbiyah jika tidak mampu berbuat sesuatu maka tarbiyah kita belum terbuka. Dan fikiran kita hanya sempit pada membuat kebaikan hanya di kalangan akhawat dan kelompok kita sahaja.


Berusahalah untuk tidak meletakkan kekecewaan kita bila tidak dapat hadir seratus peratus program. Berusahalah untuk tidak kecewa bila mana kita terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan kebenaran keluar rumah dari ibu ayah.
Berusahalah untuk kita menghadirkan diri di dalam pentrbiyahan bukan semata-mata mengejar silibus dan materi-materi tarbiyah.


Kerana silibus dan bahan hanya akan mampu menguatkan diri tetapi tidak kuat untuk menjadikan kita manusia yang iltizam.

Carilah jalan untuk menjadi penyumbang terbaik untuk ummah.

Carilah ruang untuk membuktikan kita adalah muslim.

Carilah ruang untuk kita menyumbang. Biarlah amal itu sedikit dan kecil tetapi mampu memberi kesan yang mendalam.


Dan yakinlah! Peluang kebaikan itu sentiasa berada di depan mata.



****


Dan aku juga bukan orang yang sempurna. Bukan semua yang di coretkan ini berjaya di lalui dengan tenang dan gembira. Tetapi semua itu adalah apa yang cuba di fahami. Dan semua itu adalah cubaan-cubaan aku untuk tidak menjadi golongan yang kecewa.

Seharusnya kita perlu tahu bahawa pertemuan usrah dan pertemuan dengan akhawat mampu mere'charge iman kita tetapi tidak mampu membuat kita istiqomah dan iltizam. Semua itu perlu bermula dari diri kita.

Aku juga insan yang lemah dan baru bertatih mengenali selok belok jalan dakwah dan tarbiyah ini.
Pesanku untuk diri dan sahabat sekalian, carilah ruang dan ciptalah peluang untuk kita menyumbang. Dan membuat perubahan itu perlu di mulakan perlu dilaksanakan. Tetapi keberjayaannya bukan di tangan kita. Itu milim Allah.

Coretan ini bukan kemestian ia cuma satu pandangan.


Jangan pernah rasa 'mati' bila keinginan kita untuk keluar berprogram ditolak mentah oleh orang sekeliling. Tetapi rasailah hilangnya seri kehidupan kita bila seharian kita tidak menyumbang kebaikan.




No comments:

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...