25 December 2013

Aku,Mesir dan sejarah.

Bismillah,

Makin hari keadaan makin tidak boleh di jangka.Pelbagai kejadian berlaku tanpa mampu dihalang dan di sekat.Dengan pencerobohan,penangkapan,pembunuhan dan segala keganasan yang berlaku.

Al-Azhar.

Hari ini membuktikan bahawa mereka amat digeruni oleh pihak yang pengecut.
Kerana menuntut hak,mereka di tangkap.
Kerana menyatakan pendapat,mereka di buru.
Asrama diceroboh.
Kuliah di ceroboh.
Tembakan gas pemedih mata dilepaskan dengan sesuka hati malah peluru hidup juga sanggup di muntahkan.
Lelaki atau perempuan tidak diambil kira.

Kerana itu mereka berfikir,
'Inikah ciri pemimpin yang akan menjadi pilihan kita?'

Kami cancel kelas maka berseronok boleh study lebih.
Mereka cancel kelas kerana mereka di khianati.

Begitu padu jiwa mereka.Tiada rasa ingin mengalah dengan apa yang berlaku.
Makin berkobar semangat dalam diri mereka.

Mereka amat faham dan mengimani...


" Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang beriman"
(3:139)



p/s: sudah berkali-kali kelas cancel. Doakan kesejahteraan bumi ini dari tangan mereka yang zalim.




12 December 2013

Ku pinta dari-MU




" Ya Rahman, ajarkan kami untuk tidak pernah berputus asa 
dari kasihMu, ajari kami untuk selalu mengharapkan yang terbaik dariMu, ajari kami untuk berani bercita-cita dan 
merencanakan hidup bersama orang-orang mulia "





24 November 2013

Masak??





Memasak juga ada tarbiyyah tersendiri 
*senyum lebar*

Betulkan niat.
Ikhlaskan hati.
Demi Ilahi.

Bahagia yang ditemui




"Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati; 
sebenarnya mereka itu hidup,di sisi Tuhannya mendapat rezeki"

(QS 3:169)



Mereka disambut oleh bidadari jelita.
Semerbak wangian syurga menyapa deria.

Salam di sapa oleh para malaikat.
 Salam penghormatan buat hamba yang dicintai Allah.

Diberi tempat istirehat.
Diatas singgahsana indah.
Mengalir sungai-sungai dibawahnya.
 Dikelilingi pohon-pohon rendang.
Menikmati segala kenikmatan dan kesenangan yang tidak diperoleh di dunia.
 
Itulah janji buat mereka
SYUHADA'
Yang telah melaksanakan janji mereka.
  Gigih mempertahankan kalimah Lailaha Illa Allah,Muhammad Rasulullah dari terus lenyap di 
muka bumi.

Allah menjadi saksi atas mereka.
Kita juga menjadi saksi atas mereka.
 Seluruh makhluk menjadi saksi atas mereka.
 

Aku juga mengimpikan kematian yang sebegitu.
Kurniakan aku ya Allah,kematian seorang mu'min.
Ambil nyawaku ketika hati aku ikhlas beramal kerana-Mu.
Matikan aku dalam perjuangan menegakkan agama-Mu.

Ampuni aku.
Rahmati aku.
Ya Tawwab.

14 November 2013

Third Year Dental Student


Bismillah,

Alhamdulillah.

Melangkah ke tahun baru 1435 Hijrah.

3rd Year Dental Student.




Tahun baru dengan misi dan misi yang dibaharui.

Bercita seperti burung yang sentiasa terbang tinggi.Jarang sekali sang burung itu merendah saat terbang di awanan.Dirinya arif akan musuh yang menanti bila merendah ke bawah.

Mereka yang bercita-cita besar akan mencari haluan hidup sendiri dalam mencapai apa yang diimpikan.Adapun mereka yang hanya memikirkan kehidupan yang singkat dengan cita-cita yang kecil hanya menjadi pengikut.Mengikut arus semata tanpa mampu membina arus sendiri.Suka menjadi pengikut daripada menjadi pencetus.

Benar.
Semua ini bukan semudah kelipan mata.

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari TuhanMu dan mendapatkan syurga yang seluasnya langit dan bumi yang di sediakan bagi orang yang berTAQWA"
(Ali-Imran 3:133)

Umur berapa pun kita,tidak terkecuali dari kalam Allah ini.
Setiap apa yang kita kerjakan,serahkan dan ikhlaskan semata mencari redha Allah.

Tahun baru memang mencabar.Berkejar untuk kelas dan klinik.Ada masa lupa nak makan seharian.Kalut sana sini.Assigment lagi.Study yang perlu konsisten..

Kesibukkan itu pernah sampai untuk pulang ke rumah perlukan kekuatan;badan menggeletar dan kepenatan yang melampau.

Rasa penat itu akhirnya sia-sia jika dibiarkan tanpa disandarkan niatnya sebagai ibadah khalisan lillahiTaala.

Begitulah kehidupan yang kita pilih.

Satu perkara yang perlu sentiasa kita perbaharui.Saat mana dan apapun jua keadaan kita,kita masih dipilih oleh Allah sebagai seorang muslim yang penuh tanggungjawab.
Sebelum kita menjadi bangsa melayu,kita adalah seorang muslim.
Sebelum kita menjadi anak,kita adalah seorang muslim.
Sebelum kita digelar seorang doktor,kita adalah seorang muslim.

Berusahalah menjadi seorang muslim sebenar!

Pasti anda tidak sesekali merasa rugi.


p/s: Esok 10 Muharram.Kita puasa ramai-ramai yuk!!



15 August 2013

Aku berada di hadapan manusia atau binatang!


Seawal jam 6.30 pagi,
Baru berniat ingin melelapkan mata sebentar,akhirnya membatalkan niat kerana kedengaran bunyi bising di luar.Bukan bunyi hon kereta.Bukan bunyi sorakan dan laungan takbir seperti kebiasaan.Laju sahaja kaki melangkah ke pintu.Allah! Kenapa banyak sangat trak tentera dan kereta kebal yang lalu ni?Hospital Ta'min Sihhi masih tutup?Tembakan kedengaran.

Terus kejutkan yang lain.Cepat-cepat buka internet.Cubaan pertama tidak berjaya.Hati mula resah.Internet putus ke?Bunyi letupan makin kuat bersama asap yang berkepul-kepul.Bukan asap putih.Mata berair,pedih bersama bau busuk.Cubaan kedua untuk buka internet;Alhamdulillah,berjaya.
Allah!mereka serang Raba'ah.

Tangan terketar-ketar update perkembangan terkini.Makin lama makin kejam!

Mereka bunuh saudara aku!
Mereka seolah tidak pernah kenal siapa bangsa Mesir.

Serangan tanpa henti 14 Ogos 2013 mencatat sejarah.
"Tentera Mesir telah lama berundur dari medan pertempuran sejak 1973,tetapi hari ini mereka menghabiskan peluru menembak rakyat mereka sendiri"

Dalam tempoh 2 jam mereka(tentera dan polis) berjaya membunuh 2200 orang pro-Mursi.Para penyokong demostrasi aman.Tanpa senjata melainkan senaskhah al-Quran.
Semua golongan menjadi mangsa mereka yang kejam.Wanita,anak-anak kecil,mereka yang kurang upaya,wartawan semuanya di bunuh.Semua dituduh menganggu keamanan negara.
Ini hanya angka di dua kawasan sahaja.Bagaimana dengan daerah-daerah lain?

Khabar Raba'ah terus memberi semangat untuk terus berjuang di mana sahaja mereka berada.
Dan terus jumlah kematian meningkat lagi.


Mereka yang syahid ditempatkan di hospital lapangan.

Pedih rasa hati ini.Tertunduk malu merenung diri.Hebatnya mereka.Tidak pernah gentar menyatakan kebenaran.Walau diugut dengan nyawa sekalipun mereka tetap tidak akan berpaling.

Keyakinan mereka tinggi.
Kefahaman mereka benar.
Kecintaan mereka tiada tolok banding.
Datanglah ujian yang pelbagai bentuk mereka tetap kukuh.

Benarlah,
"Diantara orang-orang mukmin itu ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah.Dan diantara mereka ada yang gugur,dan ada di antara mereka ada yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya"
(QS 33:23)

Sering sahaja orang bertanya,apa hikmahnya Allah letakkan kami di sini?Di bumi Mesir ini sejak bermulanya semua peristiwa revolusi ini sehingga sekarang.Dan Allah letakkan kami di kawasan berhampiran kejadian tragis ini.Ya,rumah kami hanya 500 meter dari medan Raba'ah Al-Adawiah.
Kenapa?

Senyap.

Masih berfikir.

Aku tidak mampu menjawab.

Aku terdiam lagi.


Sedikit yang aku dapat kali ini benar-benar bernilai pada diri aku..
Kalau sebelum ini sangat susah ingin mendidik hati untuk merasai setiap perjuang yang dilakukan oleh ikhwan dan akhawat kita di serata dunia;terutama Palestin dan Syria.Sehinggakan terpaksa membayangkan semua itu berlaku pada keluarga tercinta kita.Memaksa air mata untuk mengalir.Mentarbiyah tangan untuk sentiasa memberi walaupun sedikit.Melazimkan lidah untuk sentiasa basah mendoakan mereka.
Jujurnya memang sangat payah.
Hari ini.Berlaku di depan mata.Bukan pembunuhan itu yang aku nampak.Tetapi rombongan tentera itu yang aku nampak dahulu.Melihat udara mula bertukar seolah-olah berkabus,kabur dengan asap.Telinga ini menjadi saksi bunyi tembakan.Hidung menghidu bau kebakaran.

Kala itu,hati menangis.Ya Allah apa yang mereka akan buat pada sahabat-sahabat kami di Raba'ah?Adakah mereka ingin membunuh semuanya seperti yang dikhabarkan sebelum ini?
Allah.
Seandainya mereka melakukan sedemikian,
Terus Kau tetapkan hati-hati mereka yang beriman.Teguhkan mereka atas perjuangan ingin.Kuatkan tekad mereka untuk berhadapan dengan ancaman walau terpaksa dibayar dengan nyawa.
Ya Allah,terus suburkan perasaan ini.Tambahkan kecintaanku kepadaMu,kepada mereka yang mencintaiMu kepada agamaMu.

Kesyahidan mereka ini moga menjadi saksi keatas mereka.

Ajari aku sesuatu ya Rabbi.

Aku takut.
Takut jika hati ini tidak berperasaan.
Aku takut.
Sekiranya aku masih dengan jahiliyah aku sedangkan aku melihat peristiwa ini.
Aku takut.
Aku masih lalai dan leka dalam melaksanakan tuntutan dan janji.Janji aku ketika di Loh Mahfuz.
Aku takut sekiranya hati aku menjadi batu seperti tentera itu.
Mereka membunuh saudara seislam mereka.
Mereka membunuh bangsa mereka sendiri.
Boleh jadi yang dibunuh itu sahabat mereka,jiran tetangga mahupun kerabat sendiri.

Manusia atau binatang?
Sedangkan binatang pun melindungi keluarga mereka.

Biarpun aku tidak pernah menjejaki sahabat-sahabat di Palestin,Syria yang mana ummat islamnya ditindas.Kini aku rasai kekejaman itu.

Kereta kebal meranapkan khemah-khemah mereka dan memusnahkan apa yang ada di sekitarnya.Sedangkan masih berpenghuni.


Mereka(tentera) menjadikan negara mereka kucar kacir.Hanya kerana inginkan sokongan akhirnya mendapat kebencian.Bagi mereka yang menyokong mereka setelah apa yang dibuat semalam,sungguh buta mata mereka menilai.Sudah tertipu dengan bayangan palsu.Semata mengejar dunia yang bakal berpenghujung.


Ini kerja mereka sehingga malam tadi.Puas hati mereka dapat membakar masjid ini.
Masjid Rabi'ah Al-Adawiah.


Saat ini kedengaran lagi bunyi tembakan.
Teruskan dengan doa dan Qunut Nazilah di setiap solat-solat kita.Hanya doa yang kita mampu buat masa ini.



Cairo
6.36 am
15 Ogos 2013


11 August 2013

Ramadan 1434 H





Alhamdulillah.peluang menyambut ramadan kali ini sungguh berbeza.

Dengan suasana.

pertemuaan yang diaturkan Allah buat aku.

Keikhlasan sungguh penting dalam mengorak langkah mencapai sebuah wawasan.

Membentuk insan rabbani.


Dia telah selamat meninggalkan kita.

Pertemukan semula aku dengannya.


Raba'ah
cairo.






Raya dan kehidupannya



Menjejaki sudah 4 syawal.
Raya di perantauan kali ini.

Tanpa keluarga 
Kemeriahan tetap ada dengan sahabat handai yang ramai lagi berbilang negeri.Sehingga boleh berlaku konflik negeri.Ini kerana semua negeri dia boleh jadi juru bahasanya.Hebat sungguh!
Sebuah kehidupan yang mengajar.
Berkawan tanpa sempadan hanya bersyaratkan kalimah toiyibah.

Sebuah pengajaran baru.
Kerana dua kesedihan lalu dihadiahkan dengan sebuah kegembiraan.
Perginya Ramadan bersama segala kebaikan yang terkandung di dalamnya.
29 hari itu telah berlalu.
Berada dalam suasana yang baru dengan segala macam perkara yang berlaku.
Di sebuah negara lain aku.
Bumi yang diuji ummat islamnya.
Kegembiraan itu tetap dirasai.
Hadiah buat mereka yang berjaya melawan segalanya di bulan Al-Kareem.
Eidul Fitri hadiah dari Tuhan.
Disambut demi sebuah kemenangan.

Allah~

Berlalu sudah
29 hari Ramadan
1 Syawal
2 Syawal
3 Syawal

Kembali kita kepada fitrah.
Fitrah diri yang suci.
Selepas berpenat lelah membersihkan saki baki kotoran jahiliyyah dalam diri.
Dalam pesantren Ramadan semua dicuci.
Supaya keluarnya seperti apa yang dijanjikan sucinya ibarat bayi yang baru lahir. 

Kembali kita pada fitrah.
Fitrah kehidupan manusia normal.
Berkerja.
Belajar.
Bermasyarakat.
Yang tidak pernah kosong dari 1001 macam permasalahan,cabaran dan ujian.
Ditambah lagi dengan kehadiran sang syaitan.
Si pendajal yang sedayanya cuba memesongkan kita dari yang Haq.
Si pendengki pabila melihat kita tunduk sujud pada al-Khaliq.

Itulah yang perlu dilalui sang mukmin.
Kehidupan dunia tidak memisahkan dengan ibadah dan sebuah cinta kepada Rabbnya
Malah dunia itu menjadi ladang menanam segala jenis ibadah yang mana hasilnya sebahagian diperoleh didunia manakala sebahagian yang lain menjadi simpanan di akhirat kelak.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu.

p/s: Raya tidak membataskan ibadah seseorang mukmin itu.
Kita yang mencorakkan raya kita sekiranya kita mukmin yang sebenar!

Jangan lupa sahabat-sahabat kita di bumi lain yang sedang berjuang dan berkorban dengan jiwa dan darah.Seronok itu tidak pernah lupa daratan. 





27 June 2013

Tentang aku dan mereka..


Kisah aku dan mereka.
Tidak penah bertemu muka.
 Terasa bagai saudara.
Perlu untuk di dirisaukan.
Perlu untuk peduli.
Perlu diringankan bebanan.

Aku dan Palestin.
Aku dan Syria.
Aku dan Misr.
Aku dan Malaysia.

Aku dan negara Islam yang lain.
saudara seagamaku.

Bagai terikat oleh satu ikatan kukuh.
Dek kerana Aqidah yang satu.
Bertuhankan yang Esa.

Suatu yang aku belajar,
Ukhuwah Fillah tidak pernah membataskan.

Tiada tembok penghalang hanya kerana bangsa,bahasa mahupun budaya.

Semua itu aku belajar melalui Tarbiyah.
Usrah.
Halaqah.

Aku bukan Islam kerana nama.
Bukan kerana Keturunan.
Bukan juga kerana bangsa.

Aku mahu menjadi muslim sebenar.
Yang faham akan matlamat dan tujuan hidupnya.
 

Doakan Aku.
Doakan mereka.
 Doakan kita bersama.

 






06 June 2013

Sejauh mana jujurku



Betulkan aku ini benar benar menjadi akh sodiq?

Benarkah aku dalam beramal?

Jujurkah aku kepada Nya?

Bila persoalan ini ditimbulkan,terasa sungguh kecil dan hinanya diri ini.Aku masih lagi insan yang bermain-main.Bermain dalam beramal.Merasa cukup dengan amal sendiri.Terlampau ego untuk tunduk sujud merendah diri menambah baik kualiti dan kuantiti ibadah

***.

Kita mengaku seorang penyeru kebaikan.
Mengaku sang daie.
Mengatakan diri adalah murabbi penyampai risalah.

Adakah benar apa yang di katakan itu?Apakah sebab kita mengiktiraf diri sedemikian?

Memang kita ingin menjadi seorang daie.menyeru manusia kepada ma'ruf dan mencegah yang mungkar.Memang itu impian kita.Memang itu tanggungjawab kita.Bersyukur kerana sedar akan peranan itu.Inginkan suatu perubahan berlaku di atas muka bumi ini yang mana semua manusia tunduk dan patuh pada suruhan allah dan islam menjadi yang teratas dikalangan ummat manusia.

Ya benar!

Menjadi murabbi,pendidik.Sungguh agung tanggungjawab itu.Sirah menceritakan bahawa tidak akan sampai sebuah ajaran itu dengan sempurna tanpa didikan seorang murabbi.Penerusan ilmu dan pengamalannya akan lebih berkesan dengan dorongan dan bimbingan sang murabbi.Murabbi adalah mata rantai yang menyabungkan.

Betapa ramai jumlah daie dan murabbi abad ini tetapi masih belum mampu mengubah masyarakat yang makin jahil dan menjauh dari ajaran islam.Mengapa tidak?

Renungilah diri,tanya kembali.Sejauh mana keikhlasan kita untuk melaksanakannya.
Tanyakan kembali pada tahap mana kejujuran kita pada al-Haq dalam menyeru kebenaran ini.

Kerana terpaksa aku melakukan?
Kerana inginkan habuan dan imbalan?

Ingin dikenali seluruh masyarakat?
Atau semata inginkan keseronokan bergaul dengan manusia?

Allah.
Mohon jauhkan kami dari semua yang bersifat duniawi.

Ketahuilah,bila matlamat kita bukan lagi Allah yang satu maka apa yang di seru itu tidak tersentuh pada hati manusia.Boleh jadi manusia mendengar sebagai santapan telinga semata.
Yang memberi rasa itu Allah.Hanya Daie yang dekat denganNya yang mampu menyentuh.Kerana kejujurannya dan keikhlasannya itu mampu membawa aura yang menyenangkan.Lihat sahaja sang rasul,keikhlasannya membuat manusia tertarik untuk mendekati.Kadang perbuatannya tanpa bicara.Tapi bila bicara lembut dan penuh hikmah membuat yang mendengar rasa dikasihi.

***

Sucikan dirimu.
Hilangkan karat-karat jahiliyyah di hatimu.

Serulah dirimu sebelum seruan kepada orang lain.Kembali menjejaki sang penciptamu sebelum menyeru orang lain mengenal tuhan.

Ikhlaskan diri dalam setiap apa yang kita kerjakan nescaya Allah akan mudahkan.Kerana kita menyeru kepada islam agama kebenaran.

Jujurlah pada Allah.Kejujuran itu bakal memandu setiap alat yang kita gunakan dalam pentempuran kita menegakkan risalah ini.Ilmu kita mampu menyumbang kepada kemajuan islam kerana kejujuran pemiliknya.Idea kita mampu merencana stratergi yang hebat kerana kejujuran ini.Mata pena kita.Mata pedang kita dan apa yang kita miliki ini mampu memberi impak buat islam seluruhnya.

'Islah nafsak wad3u ghairak'
Perbaiki diri dan serulah mausia lain.


15 May 2013

Gopoh


Gopohnya kita untuk mengaut keuntungan.

Tanpa kita sedar betapa bakhilnya dalam memberi usaha.






29 April 2013

Makin berusia..


Melangkah ke usia baru.
Bukan keseronokan yang dikejarkan.Pertambahan ini menunjukkan usiaku di dunia semakin singkat.
Apa yang membuatkan diri ini takut adalah adakah amalku selama ini di terima Allah?

Risau.
Bimbang.

Lalu aku mencapai buku untuk mengambil sedikit taujihat perangsang untuk meningkatkan amal.Maka Allah mengerakkan untuk mentadabbur satu ayat yang membuatku berfikir..

"Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah.."    
 (QS 2:207)

Ayat ini membuatku terdiam.Kerana ada golongan yang Allah bicarakan dia kerana hidupnya hanya semata ingin mencari redhaNya.Sehinggakan dia meletakkan kepentingan diri jauh ke di dasar.Dan melepaskan dunia yang mencengkamnya demi akhirat yang abadi.

Berkorban.

Hanya sepatah perkataan,tetapi tidak mungkin terlaksana tanpa kekuatan jiwa dan kehendak yang kuat.

Ya Allah izinkan aku untuk mendampingi orang yang berkorban demi mencari redhaMu dan mencontohi mereka juga keranaMu..
Tetapkanlah Ya Allah kakiku ini di atas jalan yang lurus.Jalan yang Engkau beri nikmat..


p/s: taujihat paling bermakna sempena meningkatnya umur

------------------------





senyum.


24 April 2013

#student life


Alhamdulillah,

Dengan berakhirnya exam prosthesis jam 12.30 tengahari tadi,maka selesai sudah practical exam untuk tahun ni.

Terserah pada-Nya segala natijah akhir keseluruhan.

Ok.

Sekarang pulun untuk written exam pula.Masa hanya beberapa ketika sahaja.Wahai diri jangan buang masa!


2/5/2013-Oral Biology
7/5/3013-Tafseer
12/5/2013-General Pathology
15/5/2013-Fiqh
19/5/2013-Operative dentistry
25/5/2013-Microbiology
28/5/2013-Tarikh tashreek

3/6/2013-Prosthesis
6/6/2013-Pharmacology
15/6/2013-Crown and Bridge
19/6/2013-Quran

11 subjek.
4 dentist.
3 medic.
4 agama.

Mujahadah.
Teruskan berjuang.

Lillahi taala..
Mohon doa untuk sentiasa sabar dan tenang dalam perjuangan ini.

*nak jadi orang hebat bukan semudah menadah tangan ke langit lalu air hujan turun mencurah..



baca.baca.dan baca..






12 April 2013

#Random


Penat.
Letih.

Exam.Oh exam.

Ini baru dunia.
Akhirat?

Si kecil permata ummah







MashaAllah,

Si anak kecil yang suci fitrahnya.
Mengimbau kenangan-kenangan lalu.*rindu zaman jadi cikgu tadika*

Mereka nakal,tapi bijak.
Mereka buat salah,tapi bila di ingatkan tentang balasan Allah,terus minta maaf dan istighfar.

Kita yang kian dewasa ini,belajarlah dari tulusnya si anak kecil.
Sang rasul begitu cinta pada mereka.Sehinggakan ditegurnya dengan ayat yang begitu santun.

Seperti tegurannya buat sang anak ketika makan;
"Mulakan dengan bismillah, makanlah dengan tangan kanan dan ambillah yang hampir dengan mu.."

Aku tenung diri kembali.
Apakah cukup sudah selayaknya aku perbuat pada si kecil?

Memberi cinta dan kasih sayang buat mereka.

03 April 2013


Lama sudah tidak mencoret~
terasa otak membeku
jemari juga terkedu....

Tapi aku perlu,
perlu untuk meneruskan
Allah permudahkanlah..


20 January 2013

# pasca mid-year


Orang kata dah habis exam tu seronok..

Seronok?ulang suara seronok?

Seronok sebab kelas yang memenatkan tu sudah tiada.Assigment pun turut tiada..ok sekarang ni dah boleh buat kerja yang kita suka tanpa ada sekatan dan tuntutan lain..

Terlepas seketika dari kurungan dan tanggungjawab seorang pelajar.Tapi masih berada dalam kurungan seorang muslim.Itu tetap ada batasnya.

-----------------

ok,nak buat apa sekarang?

Sila susun dan catatkan setiap perancangan!!!

kerana bimbang rancangan hangat-hangat tahi ayam..Rasa macam dah banyak yang kita rancang sehingga kita mengatakan yang masa kita sudah penuh.
Bila direnung kembali,hakikatnya tiada apa sangat yang kita buat.

Hargai detik kehidupan ini.Usah rasa cukup dengan apa yang kita miliki sekarang.Baik ilmu,harta,sumbangan mahupun peribadi kita.

Laksana seekor merak yang merasa bangga dengan kecantikan dirinya tetapi dia tidak mampu menjadi seekor burung yang boleh terbang di awanan.

Cukup sekadar makan minum kita sahaja yang mampu kita uruskan.Cukup dengan kehidupan kita sahaja tanpa pernah mendalami keadaan orang sekelililng kita..

Adakah ini sudah sempurna peribadi muslim kita?


-------------------

Teruskan mengembara,

Mencari bekalan untuk terselamat dari api yang mara.

Moga Allah terus lorongkan diatas jalan yang benar.


p/s: ini baru setengah tahun belajar..dah penat  =.=*




05 January 2013

Mendoakan sesama~


Alhamdulillah...

Panjang perbualan tadi.Dari maghrib hingga isyak.Penuh dengan cakna.isu keluarga memang tidak pernah habis. Berhadapan dengan manusia yang pelbagai dan punya emosi dan hati,  cukup membuat diri ini belajar sesuatu.

Membina keluarga bukan semudah membeli ikan di pasar.tidak sekali! Persediaan yang cukup dari pelbagai segi ; ilmu dan bekalan luaran.

Allah.

Bila mendengar berita-berita gembira memang mendamaikan dan menenangkan jiwa ini.Jiwa perindu yang tegar.mereka berhari keluarga. Beraktiviti bersama,membantu bersama...oh seronoknya dunia ini penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Cinta dari Tuhan untuk ditebarkan ke sekian alam. Menjadi peunjuk buat seluruh insan sejagat.Yang merasai menyebarkan pula.Biar cinta itu bermakna buat semua jiwa.Baik dia kecil atau besar,tua atau muda semua berhak untuknya.

Buat peenerima cinta..Jangan bongkak dan bakhil.Kongsikan dan salurkan.biar ia meresap membahagiakan. Andai di simpan sendirian bimbang akan di angkat ke langit kembali.


Dalam bahagia ada dukanya.

Mana mungkin keluarga bahagia terlepas dari kekalutan musibah yang melanda.Merapati insan yang diuji memang menyayat pilu perasaan.Mana boleh dibiarkan seorangan menanggung berat beban itu.Apa kebaikan kita berada di sampingnya.hanya berdiam diri?kejam!! sungguh kejam.




-----


Kini kami tetap berkumpul. Biarpun ummi dan opah sudah tiada.  Pergi tiada ganti.  Kami tetap mendoakan.  Moga di syurga bertemu lagi.  





 P/s: coretan lama,  kerana rindu ku letakkan sebagai kenangan.  

seluas pandang



Melihat langit..
Tinggi menjulang
Tidak mampu dicapai 

Tunduk ke bumi..
Penuh dengan rerumput hijau
Tidak pun pepasir keperangan

Pandangan di talakan ke hadapan..
Ku dapati pohon-pohon yang merimbun rendang
Gunung-ganang terpasak tinggi mengukuh
Lautan biru terbentang
Penuh warna
Memberi rasa 
Mendamaikan jiwa.

Oh dunia yang tidak pernah habis dengan fitnah dan mehnah
manusia yang celaru hatinya
manusia yang biadab akhlaknya
manusia yang rendah imannyaa
Penuh dengan situasi yang menjengkelkan..

Tapi,
Kau tidak pernah mengecewakan pandanganku..
Setiap pandangan membawa erti berbeza buatku
Makna yang lebih mendalam buat jiwaku
Tidak sekali-kali kecewa dengan alam

Betapa kasihnya Engkau..
Hanya yang mahu akan mengerti
Seluas pandang atas tebaran rahmat Ilahi



*Tahun kian bertambah bilangannya..

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...