11 August 2013

Raya dan kehidupannya



Menjejaki sudah 4 syawal.
Raya di perantauan kali ini.

Tanpa keluarga 
Kemeriahan tetap ada dengan sahabat handai yang ramai lagi berbilang negeri.Sehingga boleh berlaku konflik negeri.Ini kerana semua negeri dia boleh jadi juru bahasanya.Hebat sungguh!
Sebuah kehidupan yang mengajar.
Berkawan tanpa sempadan hanya bersyaratkan kalimah toiyibah.

Sebuah pengajaran baru.
Kerana dua kesedihan lalu dihadiahkan dengan sebuah kegembiraan.
Perginya Ramadan bersama segala kebaikan yang terkandung di dalamnya.
29 hari itu telah berlalu.
Berada dalam suasana yang baru dengan segala macam perkara yang berlaku.
Di sebuah negara lain aku.
Bumi yang diuji ummat islamnya.
Kegembiraan itu tetap dirasai.
Hadiah buat mereka yang berjaya melawan segalanya di bulan Al-Kareem.
Eidul Fitri hadiah dari Tuhan.
Disambut demi sebuah kemenangan.

Allah~

Berlalu sudah
29 hari Ramadan
1 Syawal
2 Syawal
3 Syawal

Kembali kita kepada fitrah.
Fitrah diri yang suci.
Selepas berpenat lelah membersihkan saki baki kotoran jahiliyyah dalam diri.
Dalam pesantren Ramadan semua dicuci.
Supaya keluarnya seperti apa yang dijanjikan sucinya ibarat bayi yang baru lahir. 

Kembali kita pada fitrah.
Fitrah kehidupan manusia normal.
Berkerja.
Belajar.
Bermasyarakat.
Yang tidak pernah kosong dari 1001 macam permasalahan,cabaran dan ujian.
Ditambah lagi dengan kehadiran sang syaitan.
Si pendajal yang sedayanya cuba memesongkan kita dari yang Haq.
Si pendengki pabila melihat kita tunduk sujud pada al-Khaliq.

Itulah yang perlu dilalui sang mukmin.
Kehidupan dunia tidak memisahkan dengan ibadah dan sebuah cinta kepada Rabbnya
Malah dunia itu menjadi ladang menanam segala jenis ibadah yang mana hasilnya sebahagian diperoleh didunia manakala sebahagian yang lain menjadi simpanan di akhirat kelak.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu.

p/s: Raya tidak membataskan ibadah seseorang mukmin itu.
Kita yang mencorakkan raya kita sekiranya kita mukmin yang sebenar!

Jangan lupa sahabat-sahabat kita di bumi lain yang sedang berjuang dan berkorban dengan jiwa dan darah.Seronok itu tidak pernah lupa daratan. 





No comments:

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...