25 April 2012

Bekalan-bekalan untuk terus melangkah..


Bismillah,

*Hakikat berjauhan*
Rindu itu pasti.Setenang mana pun kita..setabah mana pun kita..sekuat akat yang mencengkam bumi pun..pasti terselit perasaan rindu itu walaupun jauh di ceruk hati..

Zaman sekarang dah canggih la.Tak perlu nak pakai burung suruh hantar surat.Hanya perlu jari dan tangan nak tekan nombor dan internet yang laju..hehe tekan tekan tekan dan call..

Alhamdulillah ada peluang untuk menjadi musafir merasa nikmatnya rasa rindu itu..Nak kongsi sama-sama semangat yang ayah bagi untuk terus kuat sepanjang hayat :)

nasihatnya berbunyi begini...(nasihat dia rupanya sama macam nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya)
So,nasihat ayah pada anaknya..
baca baik-baik dan bayangkan ayah kita sedang bercakap dengan kita.(ikut la nak bayangkan tengah cakap dalam telefon ke atau skype)...


koleksi nasihat-nasihat untuk bekalan meneruskan langkah di lapangan perjuangan dan pengorbanan ini..~


#Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah. 

#Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya. 

#Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu. 

#Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya. 


#Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu. 

#Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia. 

#Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat. 

#Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak. 

#Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan. 



#Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja. 


#Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

#Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari. 

#Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.Maka kamu perlu menadi jiran tetangga yang berbudi dahulu. 

#Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja. 

#Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar. 
#Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman. 

#Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.


terima kasih ayah dan umi atas nasihat ini..
segarang-garang ayah selembut-lembut umi..saya tahu harapan ayah dan umi ingin melihat anakmu ini menjadi wanita solehah..hidupnya kerana Allah bersama islam agamanya..
Menjadi setabah sahabiah-sahabiah yang mana hidup mereka menjadi teladan dan inspirasi pencinta akhirat...

**Siri-siri nasihat ayah dan umi yang saya kumpulkan..hehe~doakan anakmu ini menjadi wanita mujahidah dan muslihah..amin.

22 April 2012

Permata ummah..



Dedikasi buat sahabat..

Alhamdulillah masih berpeluang untuk terus berkongsi rasa dan kenikmatan dalam memahami islam ini.Semoga keberadaan kita ini dalam menikmati santapan iman dan islam ini tidak berhenti setakat ini sahaja..

Buat Syafiqah dan kak Maisarah yang sudah bertemu dengan umur yang baru,selamat beramal dengan sebaik-baik amalan kerana usiamu semakin berkurang bertambah dekat dengan saat kematian...

Ukhti fillah,
Jom kita sama-sama panjatkat rasa syukur yang tidak terhingga pada Rabb 'alamin.Kenapa?
Kerana memilih kita untuk menjadi permata kebaggaan ummah.Disaat kawan,rakan dan masyarakat kita masih berada di dalam cengkerang jahiliyyah.Alhamdulillah Allah masih buka peluang kita untuk tahu,faham dan yakin bahawa keluar dari jahiliyyah itu dan berada dalam islam adalah sangat berharga.Nilainya tidak mampu dibeli dipasaran dan di tepian jalan.

Dari kegelapan kepada cahaya,
Dari jahil kepada berilmu,
Dari buta kepada celik
Dari malas kepada cerdas..


mendaki satu persatu..rasa jemu ditolak tepi..


Tentu bukan mudah bukan?
Setiap langkah penuh dengan ujian.Satu-satu anak tangga perlu didaki.Menapak langkah dengan penuh cermat dan berhati-hati.Sungguh sangat perlukan hati yang cekal!Walaupun penuh dihambur dengan kata-kata belakang yang menusuk ke jiwa.Tetapi janji Allah lebih diyakini.Islam adalah sebaik-baik cara hidup.

Kehidupan yang bukan berpaksikan keseronokan duniawi semata-mata.Mengapa mahu mengejar yang tidak abadi?

Ukhti fillah,
Ku yakin kerana amalan-amalan inilah, lahirnya permata yang menyinari ummah,
Kitaran kehidupan perlu dengan perancangan....


-Muhasabahnya
Menjadi rutin yang bukan kebiasaan.Benar-benar mengimani bahawa seorang mu'min itu tidak akan jatuh berkali-kali ke dalam lubang yang sama.Menghisab diri sebelum dihisab di akhirat.Gigihnya dalam mencari titik kelemahan dan kesalahan dalam setiap tingkah laku..

-Taubatnya..
Kerana kita sedar bahawa seharian kita tidak terlepas dari kesalahan.Dosa-dosa jangan dianggap remeh walaupun sekecil-kecil perkara.Mana mungkin gelas yang penuh dengan kopi mampu untuk mengisi air mineral yang jernih.sungguh mustahil!
Begitu juga halnya hati..Saat dia penuh dengan noda-noda hitam,mula terbinanya tembok pemisah antara diri dengan Allah.

- Cintanya pada ilmu,
Melihat semangat dan kemahuan dalam menggali sedalam mungkin ilmu-ilmu yang ada membuat ku tertanya mengapa dan kenapa?
Jawapan yang begitu mudah dan ringkas yang kau ucapkan.."tiada jalan mudah untuk dirimu berjaya dunia dan akhirat melainkan dirmu punya ilmu dan mengamalkan".

-Usahanya dalam meningkatkan Iman,
Amalan Fardhu dan sunat yang mampu merapatkan hubungannya dengan al-Khaliq.Dengan ilmunya sedikit demi sedikit diperbaiki amalannya.Qurannya.zikirnya,qiamnya..semua itu menjadi penguat jiwa dan motivasi yang terindah buatnya..

-hubungan dengan masyarakat,
Tidak sesekali dia mengasingkan diri hanya untuk memperbaiki dirinya semata-mata.Kerana permata ummah ini merasakan bahawa prinsipnya adalah islah nafsak wad'u ghairak.Perbaiki diri dan mengajak orang lain juga adalah tanggungjawabnya..

-Berdoa..
Kerana kita meyakini bahawa kudrat kita untuk menjadi seorang yang penuh dengan nilai islam itu bukan mudah.Kekuatan itu hanya kita peroleh dari Tuhan Pencipta Alam.Ketahuilah manusia yang paling lemah adalah manusia yang tidak dapat berdoa..Tiada siapa yang mampu menjadi pendengar setia kita melainkan hanya Allah Yang Maha Mendengar.Masih ragu-ragu untuk meminta padaNya?Berdoa dan terus berdoalah dengan sejujurnya..



Sama-sama kita tingkatkan usaha menjadi permata ummah yang benar-benar bernilai itu..
Ikhlaskan hati Lillahi Ta'ala..tak mahu amal ini sia-sia tanpa dinilai sedikit pun oleh Allah.

p/s: Syafiqah dan kak Mai terimalah hadiah yang tak seberapa ni :)
      maaf andai isinya dan kata-katanya agak berterabur..




13 April 2012

Apa yang penting??

"eh..pastikan faham peta ni!..nanti tak susah.."
"baik kapten..hehe"


"hah,ni la dia kerosakan melampau kat rumah ni..bahaya ni kalau biarkan."
"betul..betul..betul."


misi menyelamatkan bermula..



"hmm..tingkap ini kena baiki jugak ni.."
"ni yang lastkan??"


"ni pulak misi apa?"
"misi untuk mengisi perut la.."


"1..2..3..sapu!!"



"Alhamdulillah selesai tugas kita hari ni.."


"masa untuk berehat dan menikmati roti yang sedap :) "




p/s: cuba lah paham2 sendiri..ni gaya orang tengah stress nak exam...
      tak de kaitan sangat cerita ni..tapi nak katanya semua tu mereka buat bersama...subhanAllah bestnya.
      Kalau buat perkara dunia boleh bersama mengapa tidak buat amal bekalan akhirat bersama?


02 April 2012

Tertipu lagi..

Bismillah,

Kehidupan sibuk yang tidak pernah berhenti.Rutin yang diulang-ulang.Dan kesibukan itu berganda-ganda lagi menjelang fatrah imtihan.Apa yang penting bagi kita sebagai seorang muslim yang sebenar,tidak lupa untuk bersyukur dan  berterima kasih kepada Rabb sekalian alam.Kerana masa itu milikNya dan kita juga milikNya.Berhati-hati bila mana kita kata kita sibuk.Kerana bimbang sibuk yang sering kita lafazkan itu tidak tersenarai pun masa untuk Ar-Rahman Ar-Rahim..nauzubillah.

Syukur liLlah,kerana Kau  memberi kekuatan untukku menulis.
Kau jua yang membenarkan idea ini keluar untuk di kongsi bersama.
Kau juga yang memberi ku perasaan ini..

Suka merenung diri ini...




Sungguh banyak lompong yang masih perlu diisi..
tidak kurang juga yang perlu dijahit kembali,agar kemas dan tidak terburai isi-isi yang sedia ada..

Hari ini asyik tertampar saja..

Dari pagi hingga sekarang.Inilah petanda seluruh kehidupan kita ni penuh dengan pentarbiyahan.Penuh dengan kasih sayang Allah yang dihamparkan untuk kita.Hanya kita yang sedar atau tidak.Terletak pada kita untuk mencari atau tidak,kerana kadangkala dia datang dalam makna yang tersirat.

Kehidupan di bumi Musa ini memang bermakna..
Di kuliah, perihal taqwa dibincangkan bersama..Dah rasa macam kelas syari'ah pun ada.Kita jangan lupa kita muslim sebelum menjadi pelajar dentist!ingat tu yang penting!

Inilah persoalan yang timbul di kalangan kami..dan masih menjadi persoalan dalam diri ini.Persoalan yang mampu diterjemah menjadi sebuah kehidupan mu'min sebenar..InsyaAllah.
Adakah kita ni sudah mampu digelar 'Muttaqin'?
Awak rasa tak yang Allah ni sentiasa jadi spy kita?

Huh..
kemudian di tanya tentang sifat ibadurrahman pula..sungguh memang tersentap..lepas taqwa kemudian ibadurrahman pula...

Kadang kala kita merasa amalan kita ni sudah cukup banyak.Solat fardhu sudah 5 kali sehari.Semampunya di tunaikan awal waktu..dapat berjemaah tu memang cukup awesome.Tu belum buat solat sunat qabliyah dan ba'diyah lagi.Baru bab solat je ni..

Quran pula dah jadi macam sahabat baik.Tak boleh berenggang.Ke mana sahaja pergi mesti tak pernah nak tinggalkan.Kalau tertinggal tu memang tak senang duduk air mata tu bila-bila boleh tumpah.Nak katanya tak sah hidup kalau tak baca quran.Rasa-rasanya dah boleh jadi ibadurrahman ke?

Kalau ditambah dengan amalan baik yang lain tu.Huh melambung-lambung la lagi saham hasanat untuk akhirat nanti.Kalau tabung yang kosong diisi dengan duit setiap kali kita buat satu kebaikan mesti boleh penuh dalam masa beberapa hari kan?
Seronoknya bila benar-benar begitu.

Hakikatnya..
Seringkali kita tertipu dengan amalan kita.Dirasakan seperti banyak,tetapi...sungguh sedikit sekali penghayatannya.Amalan yang banyak ini tidak mampu menjadikan pun kita ini seorang yang mampu mujahadah nafs.Amalan yang banyak ini tidak mampu menjadikan kita ini seorang muslim yang sohih.Amalan yang kita rasakan banyak ini tidak mampu mejadikan kita ini da'ie yang siddiq.

Melainkan,
Bila kita tidak meletakkan hati kita saat melakukan sesuatu amalan.Senang kata ikhlas dalam amalan.
Melakukakan hanya kerana liLlah.Berpaksi pada Yang Maha Satu.
Jangan meletakkan harapan pada yang palsu
Bila berinfak mahu dipandang sebagai insan pemurah.
Bila berbicara tentang kebaikan mahu dikata sebagai insan yang berilmu.
Apa yang diingini itu hanya impak didunia sahaja.

Sedarkah wahai diri,impak yang maksima dan terhebat hanyalah di akhirat.Jangan mudah tertipu dengan amalanmu yang tidak seberapa itu.

Ikhlaskan hatimu,
Murnikan niatmu,
Sebanyak mana amalanmu itu tidak bermakna bila tiada nilai di sisi Allah.
Hiduplah dalam dunia nyata.
Fokus bila mana kamu melakukan sesuatu..
tekun dan berhati-hati agar segalanya tidak tergelincir dari lapangannya.









PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...