17 February 2012

Rugi atau selesa?

bismillah,

Sekian lama..Setelah cuti syita'tamat..

Peluang yang terbentang luas didepan mata kita.Hanya menanti kita untuk melangkah setapak maju kehadapan.Langkah yang nan satu itu yang amat berat untuk kita mulakan.Untuk memulakan dan meneruskan punya cabaran tersendiri.

Apakah yang saya rasa ini betul?...Seorang sahabat bertanya sepanjang perjalanan kami bersama-sama.


Menikmati keindahan islam sendirian?Adakah itu yang membahagiakan kita?Oh muslim apakah kamu ini?hanya mahukan syurga dan segala kenikmatannya itu dirasai sendirian.Tidak mahu berkongsi dan menikmatinya bersama.


Perjalanan kehidupan ini sungguh panjang.Bukan kerana tempohnya kehidupan kita.Tetapi merasa sungguh panjang kerana penuh dengan ranjau dan duri di dalamnya.Melahirkan rasa letih dan penat.Bagi mereka yang tidak mampu bertahan akan merehatkan diri dengan dunia dan kesenangannya.Bagi mereka yang sedar akan pengakhirannya bukan di situ akan terus melangkah menguatkan diri walaupun dengan merangkak sekalipun.

Sebuah perjalanan yang panjang umpama perjalanan kafilah dagang di padang pasir yang gersang.Kiri kanan hanya bertemankan bukit-bukit pasir.Siangnya panas mentari yang membakar dan  malamnya pula sejuk sesejuk kutub utara.Perjalanan yang panjang dan memeritkan itu lebih menguji bila  mereka kekurangan bekalan air dan makanan.Tetapi perjalanan mesti diteruskan kerana bukan ditengah-tengah padang pasir itu pengakhiran mereka.

Saat kemuncak perjalanan mereka dengan bekalan yang sudah kehabisan, salah seorang dari mereka terjumpa satu lembah.Disinilah ujian itu bermula,mahu memberitahu semua ahli kafilah atau mendiamkan diri??Apa yang akan dapat kalau memberitahu semua?Habislah nanti tidak cukup untuk mengisi perut sendiri yang sedang kelaparan dan kehausan ini..kalau kita disitu beginikah kita??

Mula timbul rasa rugi utuk memberi dan berkongsi.Sebab diri merasakan terlampau sayang dan takut berkurang.Islam yang kita kata kita faham dan sangat merasainya ini kita takut untuk sampaikan dan berkongsi dengan sahabat yang lain atas sebab takut dia berkurang?Takut nanti bila kia share kita punya feel tak sehebat sebelum ni..

atau kita rasa sangat selesa untuk berada dalam tahap kita dilayan,diberi dan ditatang bagai miyak yang penuh oleh kakak-kakak? tidak perlu bersusuah payah memikir cara-cara untuk sampaikan dan menyambung terus mengikuti kafilah sehngga samai ke destinasi..


O apakah ini?
Memang satu tamparan hebat.persalan dem persoalan.Manusiakan suka bertanya dan mempersoalkan apa yang disamapikan..kalau macam tu kita soal balik apa yang  dah dibuat yang terbaik untuk amalnya didunia.

Beruntunglah dan sangat-sangat beruntung bagi mereka yang merasa rugi bila dia tidak berkongsi keindahan islam itu.Bila dia tidak sampaikan siapakah pencipta dia,apakah matlamat sebenar kehidupan ini, dia merasa kosong.Rasa beban di bahu masih lagi berat dan tidak berkurang.Kenikmatan dalam berukhuwah dan beramal itu bukan semua orang merasainya.Apalah sangat bayaran yang Allah kenakan pada kita untuk sepotong ayat yang dilafazkan.Rasanya free of charge malah bertambah-tambah pula ganjarannya.Tu yang kita rasa rugi?
Alhamdulillah Allah menyedarkan kita dengan cara begini..


Mcam mana pula kalau kita merasa aman dan sejahtera dengan keadaan begini?Tidak!!
Petanda apakah itu?
Terleka dan terlalai dari tanggungjawab yang besar.Tidak rasa bersalah pun bila kita melihat sahabat kita jatuh ke dalam gaung yang besar sedangkan kita yang berada di hadapannya.Sahabat jenis apakah kita ni?
Istighfar..istighfar..istighfar...

*****

Bila hati berkecamuk,dan mula untuk hancur menjadi keping-kepingan.Cepat-cepat susunnya kembali sebelum dia belum mengeras.Takut-takut susah untuk bersatu kembali..

Pohon doa dariNya kerana hati,kefahaman dan kekuatan itu milikNya.Dia yang berhak untuk memberi pada yang dia kehendaki.

Dalam kita berusaha untuk menyampaikan kalimah la ila ha illa Allah,ketahui dan sedar bahawa bukan kita yang memberi hidayah itu.Bukan kita yang membuatkan..tetapi ALLAH~

28:56

selamat beramal walaupun dengan ilmu yang sedikit ini.Bukan ilmu yang kita persembahkan di hadapan Allah tetapi amal-amal kita.


Wahai sahabat,
Kita bersama-sama berjalan diatas landasan ini.Usah ragu dengan perjalanan ini.Kerana kehidupan kita adalah perjalanan ini dan ini adalah satu pentarbiyahan buat kita..

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...