14 December 2021

Menjadi yang bermanfat


Mencari komuniti dan kelompok orang-orang baik ada matlamat aku ke hadapan. 

Aku memilih begitu kerana , usia ini kita tidak tahu sampai bila nafasnya.
Mungkin melebihi angka 60. Atau cuma setakat 30. 
Maka, ada yang perlu aku persiapkan. 
Biarlah hidup ini penuh manfaat. 

Prinsip aku ; 

(( خير الناس انفعهم للناس ))
" Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain."

Moga Allah lebih memberkati kehidupan ini.




 

Menuju akhir 2021

 


Disember 2021,


Masa berlalu begitu pantas. Seperti semalam baru menyambut kehadiran tahun 2021. 

Hari ini , 

Tinggal beberapa hari lagi akan melangkah ke tahun baru 2022.


Bagi aku, tahun ini paling mencabar dan paling banyak yang aku belajar.


Bermula dengan awal tahun , tragedi banjir di pantai timur. 

Dalam masa yang sama husband dan keluarga mentua yang positif COVID-19. 

Perasaan masa tu , loss sekejap. 

' Ya Rabb, apa sebenarnya hikmah kejadian ini?' 


Lalui saja dengan yakin. 


**


Kemudian , bermula fasa2 berat dalam membuat keputusan. 

Ye , akhirnya melepaskan jawatan untuk kembali disisi suami. 

Pindah. Dan mencari hidup baru. 

Beberapa bulan juga down dan tak keluar jumpa orang. Kebetulan memang musim PKP, jadi tak terasa sangat. 


**


Belajar pelbagai bidang dengan kelas online. Mencari identiti diri. 

Mencuba mana yang boleh untuk tampung kewangan . 


Berkenalan dengan orang baru. 


**


Kembali buat kerja part-time. 

Tujuan utama adalah untuk mencari rentak baru. Apakah aku boleh teruskan kerjaya ini atau perlu bertukar bidang?


-- 


Ups and downs aku tahun ni memang macam roller-coster. 

Slowly mencari semangat.

Slowly bina keyakinan. 


Kadang- kadang tu cemburu juga tengok kawan-kawan yang dah berjaya. 


Selalu cakap dekat diri, ujian ni pon adalah rahmat tuhan.

Sabar.

Sabar.

Sabar.


Dan bersyukur. Kerana masih sihat dan bernafas lagi. 


Kayu ukur kita bukan lagi orang lain. 

Tapi kita dan kemampuan kita.

Kita dan prinsip kita. 

Kita dan kemahuan kita.


-- 2021 tahun pernuh warna warni. 


14 April 2021

Hari Jubah

 Bismillah,

Sekian lama tidak menulis disini. Hampir setahun berlalu. Terlampau banyak yang aku mahu kongsikan. Doakan aku mampu laksanakan. 

Beberapa hari lepas , beberapa gambar sahabat-sahabat yang bergraduasi lalu di laman sosial aku. Memakai jubah besar, dengan topi empat segi sambil memegang scroll. Biarpun dirai mengikut SOP yang ditetapkan, namun momen itu tetap memberi impak terutama kepada graduan dan keluarga.

Senyum gembira.  

Penat berhempas pulas belajar akhirnya selesai dengan memakai jubah konvo, siapa yang tak gembira bukan?

Aku juga gembira.

                                                            **********


Memori aku graduasi dulu, tak banyak yang terakam.

Kalau ada gambar , itupun kebetulan ada kawan-kawan yang baik hati tolong tangkapkan. Alhamdulillah ada beberapa keping gambar boleh buat kenangan melepasi tahap pertama. Ijazah Sarjana Muda baru permulaan hidup bagi aku.

Majlis Konvokesyen aku, keluarga tak dapat datang. Ye la masa tu ummi baru setahun pergi, Ayah nak travel naik flight seorang diri tak biasa lagi. Adik - adik masih belajar . 

Abang aku punya majlis graduasi kebetulan lebih kurang sama waktu juga. Jadi kami masing - masing berkorban untuk pergi majlis graduasi sendirian. Abang ambil scroll tanpa keluarga , aku pun ambil scroll tanpa keluarga.

Kebetulan ada sepasang pakcik dan makcik yang datang ke Mesir untuk belajar bahasa Arab, sudi datang meraikan majlis graduasi aku. Mereka tawarkan diri untuk duduk dalam dewan di kerusi ibu bapa graduan sebagai wakil keluarga. Dari hari tu sehingga majlis tamat, aku menangis ucap terima kasih sebab buat diri ini tidak rasa sendirian.  

* sebak

Jazakumullahu khairan Pak cik Husin dan Mak cik Aishah. 

Sampai hari ini , sentiasa aku kirimkan doa buat mereka sekeluarga. Biarpun dalam keterbatasan untuk berjumpa. Maklum lah sekarang musim Covid 19 belum habis


Masa aku belajar ,selalunya ummi akan pos satu baju setiap tahun. Tak semestinya baju yang baru, kadang-kadang baju yang sedia ada di rumah, ummi cuma poskan saja untuk beri aku gembira. 

Dari awal nak Konvo lagi kawan-kawan semua sibuk prepare set baju apa nak pakai , siap tempah photographer khas untuk gambar-gambar lawa. 

Aku , biasanya akan berundur sedikit. Sebab waktu tu aku tak mampu, kalau aku join dengan mereka, nanti duit nak uruskan kargo dan balik tak cukup.

Graduasi tahun lalu, aku cuma pakai baju yang dipinjamkan oleh housemate. Satu set dari baju sehingga ke tudung. Waktu belajar adalah waktu ekonomi keluarga aku kritikal. Nak berbelanja hanya keperluan sahaja. Duit lebih kena cari sendiri.


Long story short, 

Alhamdulillah, akhirnya aku tamat juga belajar ijazah. 

Alhamdulillah, akhirnya fasa pertama pengajian aku selesai biarpun target aku untuk capai tahap cemerlang tidak terlaksana. Cukup dengan pangkat baik. 

Mulanya aku tak yakin aku boleh tamatkan. Kerana tahun akhir aku sangat terumbang - ambing. Aku hilang arah tuju. 


Eh, kenapa aku cerita panjang-panjang kisah aku ni?



Ni baju yang aku pinjam dari sahabat cantik. My beloved housemate.

Walaupun cerita aku ni macam sedih-sedih drama , tapi aku sangat bersyukur dengan insan-insan yang Allah hadirkan sekeliling aku ketika itu.

Housemate. 10 orang yang pelbagai cerita. 

Circle bulatan gembira. Penuh dengan idea geliganya. 

Senior. 

Junior.

My parent's friend.

And tak lupakan juga myself , yang sudi beri ruang untuk terus maju.

Mereka inilah yang banyak membantu aku bangkit semula selepas peristiwa ummi meninggal secara mengejut. Aku hilang arah. Aku hilang semangat. Aku kena paksa kuat untuk adik-adik dan keluarga. Aku terpaksa senyum untuk hilangkan duka. 


Dan akhirnya , ada bahagia dalam hati. <3

Doakan saya kawan - kawan. 

 


Fall seven times, stand up eight



PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...