22 December 2012

kerana iman..


Hari ini ku belajar seperkara lagi..

kata murabbi,
Berukhuwwah itu buah keimanan.

kata diri,
manisnya ukhuwwah kerana ranumnya iman.

iman yang meranum perlukan mujahadah yang tinggi
kesabaran petanda benarnya mujahadah ini.

Ayuh di saat iman sedang dibangun,
kesabaran sedang digilap,
mujahadah diasah tajam,
serapkan bersama nilai kesetiaan dan permuafakatan.

kerana hakikat manusia ini tidak boleh sendirian.
kalau tidak bertemankan Allah,maka temannya adalah sebaliknya.
kalau tidak bertemankan orang soleh maka temannya adalah manusia bertopengkan iblis.
yang utama adalah berteman.

benar,
amal di dunia perlu jamaie,
tetapi di persoalkan di akhirat tetap fardi

Hai diri,
berlumbalah mengejar ukhrawi,
kerana ganjarannya tidak terperi.




uhibbuki fillah <3

10 December 2012

#Muhasabah


| "Mereka perlukan bantuan untuk peningkatan ekonomi,tetapi kita tersangat perlukan bantuan dalam peningkatan IMAN dan MARUAH."

Kadang-kadang kita merasa cukup dengan apa yang kita ada.
Merasa cukup dengan menjadi seorang pelajar cemerlang setiap tahun.Cukup sudah bila duit bulanan masuk.Biasiswa mahupun tanggungan ibubapa.
Manakala hari-hari kita,disusun dalam keterbatasan.Hanya dengan pergi kelas di siang hari dan kembali mengulangkaji di malamnya.Di pertengahan?Dengan kerehatan yang berpanjangan?

Saudaraku,
Bila diamati kembali corak kehidupan kita,Allah~
Sangat jauh sekali dengan kehidupan para pejuang siddiqin.
Dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil perkara.Dari yang nyata mahupun yang tersorok.Sungguh begitu jauh jarak perbezaan itu.

Mereka berpagian dengan tahajjud dan bacaan hafazan ayat-ayat Quran.
Mereka bekerja tetapi penuh kesungguhan dan ihsan.Belajarnya dengan penuh rasa cinta akan ilmu itu.
Petangnya..
Malamnya,merekalah mujahidden terunggul.
Jasad dan rohnya betul-betul berusaha.penuh jiddiyah dalam beroleh cinta Yang Satu.

Berlainan halnya dengan kita,
Lafaz yang dilaung-laung penuh semangat itu adakalanya tidak mampu menembusi hati sendiri.Bagaimana pula untuk menembusi hati-hati mereka yang lain?

Bicara itu dan ini.Menyatakan kesungguhan dalam perjuangan Islam..Alangkah malangnya bila dirinya masih sibuk membicarakan hal orang lain.Sibuk dengan gosip-gosip hangat 'kononnya'.Mudah dan ringan menghukum kesalahan manusia lain.Tangan tidak betah menyorokkan apa yang diperlakukan.Jilbabnya tidak mampu menonjolkan akhlak sohihah.
Bagaimana mungkin untuk menjadi pendidik buat bakal-bakal syuhada'?
Apakah mampu generasi didikannya menjadi Muslim yang sebenar?

Bukan ingin menunding jari kepada sesiapa.Cuma ingin memuhasabah diri.Lontaran ini semuanya khusus untuk diri yang lemah ini.
Bicarakan kembali dengan diri kita.
Kerana bukan orang lain yang menentukan kita...




Ya Allah,Bantulah kami dalam memahami islam yang syumul,kamil wa mutakamil.Bantulah kami dalam berakhlak dengan akhlak islam.Tunjukkanlah kami jalan dalam mendapatkan dan medan untuk beramal sebaiknya.Ya Allah,kurniakan kami kesabaran dalam mendidik diri,keluarga,sahabat dan semuanya kearah perhambaan kepadaMu.

05 December 2012

Lubang.


kerananya ku terjatuh.
Kerananya..
Dan kerananya.
Menyalahi dan terus menyalahi..

Sedangkan kita yang perlu berhati-hati.
Siapa yang tidak belajar mencari erti,
hidupnya terasa tidak bererti.

Hiasi diri dengan keindahan pekerti
kerana itu bukti kita muslim sejati.

Lemparkan sejauhnya mimpi-mimpi semalam.
Segar melangkah dengan sebuah keazaman

Menjadi 'lebihan' yang dimpikan?
atau menjadi manfaat yang dingikan?

Pilihan ditangan anda.
Allah meletakkan pilihan pada kita.
Mengapa manusia yang menetapkan untuk kita?

kerana muslim yang punya identiti dia tidak mahu menjadi mangsa dua kali.

Rabbuna yusahhil..

03 December 2012


Asakan demi asakan.
memenuhi kamar kehidupan seorang insan.

hambatan demi hambatan
Bagai tiada ruang lagi untuk merenggang.

Pilu ini,
Moga ada pelajaran di baliknya.

Allahu yusahhil~

16 November 2012

"Awak,kalau terbalik tak nampak..."



"nak jugak."

Merengek-rengek si kecil nakkan 'si hitam'.



Puas dibelek-beleknya,akhirnya diserah kembali.

"bosan la,tak nampak pon.."

'adus..dah tengok terbalik macam mana nak nampak,'keluh hati sendirian.


*****

Adik,nak tengok indahnya alam ini mana boleh terbalik.Kalau jalan terbalik,kita tak akan nampak indahnya permandangan.Nak berjalan pun kena menghadap depan apatah lagi bila nak merenung dan menilai sesuatu.

Islam pun begitu,kalau kita hendak kenali dan melihat dari sudut pandangan yang tak nampak apakah kita akan melihat keindahan yang ada padanya?

Kenalilah islam dari sudut yang sebenar.
Melihat dari kaca mata yang jelas.

Pandanglah kehadapan.
Lihatlah sendiri.
Jangan mudah menyatakan ketidak puasan andai diri belum melihat keindahannya.

Jika hanya mengikut telunjuk orang,mana mungkin kita dapat melihatnya dengan sempurna.

Kajilah agama ini.
Islam adalah sebaik dan semulia agama yang dikurniakan buat kita.

Lihat dari perspektif sebenar.

15 November 2012

Melangkah dengan hammasah baru.


Hening seketika suasana.Semua tunduk menekur.
Diam.
Kedengaran hanya desiran-desiran angin yang membawa khabar-khabar berita dari tanah sebelah.

Ternanti-nanti berita-berita terkini.
Mereka sebahagian dari kita.

Allah!
Berita masuk,terus tembakkan doa buat mereka,diri dan semua kaum muslimin yang lain.
Terus kuat dengan ujian ini.
Yerus berkorban untuk agama ini.

Hati ini tidak sanggup melihat mereka begitu.
Terus-terusan di hentam dan di bedil dengan peluru-peluru yang membinasakan.

Kita?
Hanya melihat?
Hanya mendengar?
Cuma berkongsi info?

Tidak cukup dengan itu wahai diri dan sahabat sekalian.
Kita perlu lebih tekun dalam beramal.
Lebih teliti dengan setiap tingkah laku kita.

Ayuh!
Cukuplah masa untuk berehat.
Tinggalkan segala keenakan yang membelai diri tatkala musim syita' ini.
Mereka sanggup mengapa kita tidak?

Mereka adalah kita dan kita juga mereka.
Tanamkan rasa itu.
Bajai agar ia subur sepanjang musim.

Meyuburkan itu bukan semulajadi.
Perlukan penjagaan yang rapi dan perhatian yang tinggi.

Ya
Peduli ummah!

1. Melatih sensitiviti iman diri sendiri berkaitan isu cakna ummah kerana isu-isu ini bermula dari iman yang kuat. Dari iman akan datang kefahaman yang jelas.

2. Mencari maklumat berkenaan Palestin dan negara-negara lain di mana-mana sumber yang boleh dipercayai. Kerana isu ummah ini bukan sekadar lonjakan emosi malah bukti kita benar-benar tahu tentang mereka!
3. Menyebarkan maklumat yang diperoleh sekurang-kurangnya kepada 20 orang sahabat terdekat menggunakan apa jua cara yang boleh.
Contohnya, Facebook Group, Twitter, blog persendirian dan lain-lain.


4. Mencari peluang-peluang untuk menolong negara-negara tersebut. Contohnya menyertai badan-badan tertentu yang memberi bantuan khusus kepada negara-negara berkenaan, menderma ke dalam tabung-tabung yang diiklankan/diedarkan.

5. Berusaha dengan tekad yang kuat berkenaan isu ummah. Contohnya isu boikot barang-barangan. Apabila anda tahu barang tersebut adalah barang boikot, ingatkan diri anda untuk tidak membelinya lagi selepas ini dan cari barang gantiannya (yang BUKAN BOIKOT).

6. Bermula dengan memperbaiki diri sendiri (amalan) dan baca doa Qunut Nazilah setiap kali selepas solat. Sekiranya anda tidak menghafalnya lagi, boleh mula berusaha dari sekarang.


Misi menuju syurga dengan membantu Palestin dan negara-negara lain !

IKRAM Mesir 2012








"Siapa yang berhijrah di jalan Allah,nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang bayak.Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan RasulNya,kemudian kematian menimpanya,maka sungguh pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah.Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang"
(4:100)


**********


Permulaan tahun,
Penuh dengan peristiwa yang menggemparkan.
Sahabat-sahabat di Gaza terus diuji dan diuji.

Hebatnya mereka.Masih mampu bertahan dan sentiasa bersedia sedang pun keadaan yang masih serba kekurangan.Alangkah bahagianya mereka dengan pengorbanan yang dilakukan.

Kemampuan diri ini hanya sang empunya diri yang tahu.
Teruskan berusaha untuk sentiasa menyumbang untuk Ummah.Kurangkan kepentingan diri dan dunia yang jauh kesannya buat Islam KITA buat akhirat KITA.

Mengharapkan dengan harapan yang besar agar hammasah ini bukan hanya saat ini.Moga terus berterusan selari dengan kefahaman yang sohih.

Cukuplah! menjadi sampah-sampah yang tidah bermakna di tepian jalanan.

Kita perlukan impian dan cita-cita yang besar.Besarnya cita-cita akan mendidik kita menghayati Islam dan ingin meyumbang demi kebaikan bersama.

'Selagi kita punya Hammasah,Allah akan tunjukkan wasilah'

mudah-mudahan.Amin.



12 November 2012

jom tadabbur :)



وَنَزَعۡنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنۡ غِلٍّ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمُ ٱلۡأَنۡہَـٰرُ‌ۖ وَقَالُواْ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى هَدَٮٰنَا لِهَـٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَہۡتَدِىَ لَوۡلَآ أَنۡ هَدَٮٰنَا ٱللَّهُ‌ۖ لَقَدۡ جَآءَتۡ رُسُلُ رَبِّنَا بِٱلۡحَقِّ‌ۖ وَنُودُوٓاْ أَن تِلۡكُمُ ٱلۡجَنَّةُ أُورِثۡتُمُوهَا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ

Ertinya : "Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (syurga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran." Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan " Surah al-'Aaraf , ayat 43

Positif.




Tenangkan diri.
Tarik nafas perlahan-lahan.
Diam sejenak.

Ya Allah,macam mana nak jadi hamba yang sentiasa positif.
Positif dengan apa yang berlaku keatas kita.
Positif untuk menerima perubahan.
Positif dalam bermuamalah dengan manusia sekeliling.

Kepala ini sering memikirkan yang kita tidak mampu melakukannya.
Sering juga juga persoalan 'aku boleh ke?' berlegar-legar di fikiranku.
Kadang kala membawa kepada hilang keyakinan diri..

Nak jadi muslim hebat tu susah ye?
Kena berlawan dengan segala halangan yang ada.
Halangan yang muncul dari diri sendiri.
Ditambah pula dengan halangan dari luaran juga.
Oh,
Bukan mudah untuk menepis semua halangan yang ada kalau kita tidak kuat.

Sambil-sambil minum dan makan chocolate tu,
kepala masih lagi memikirkan cara-cara untuk menjadi seorang muslim yang hebat.
Bukan yang teori.
tetapi yang praktikal sesuai dengan kekuatan dan kekurangan diri.

Rasa mudah luntur perlu diperbaiki.
Gementar dan takut perlu juga diganti.

Seandainya boleh menukar diri,
maka saya bukan lagi nafisah.
hakikatnya adalah mustahil.

Awak adalah diri awak.
Terbaik atau tidak itu adalah atas usaha memperbaiki diri.

Rabbuna Yuqawwi alaik.
Kita sama -sama berubah untuk diri kita juga.
Saham akhirat yang tiada siapa mampu memberikannya melainkan diri sendiri yang mengumpulkannya.


06 November 2012

Kedamaian.




Mencari damai.

Moga kan bertemu.

Biar pun di ceruk desa.

Di lapangan luas.

Di mana-mana tempat pun.

Mengharap sebuah kedamaian.

Demi sebuah permulaan.

Sungguh ia bisa ditemui.



p/s: Allah,tenangkan hati ini,
tetapkan atas kebenaran dan 
kuatkannya.

05 November 2012

Terokai.selami.hayati.




Lautan ilmu ini sungguh luas.

luas!

Jangan pernah sempitkan pemikiran dan pandangan.

Teroka sedalamnya.

Selami hingga ke dasarnya.

Kau pasti lelah.

Kerana ilmu ini sungguh luas.

tidak pernah terbatas kepada golongan tertentu sahaja.

Melainkan engkau yang membataskannya.

Ketahuilah,
Ilmu yang kita miliki saat ini hanyalah setitis cuma dari air di lautan.

Wahai diri dan sahabat sekalian,

Teruskan memburu kejayaan dalam menuntut ilmu

walaupun payah

penuh ragam dan cabaran

tetapi itulah jihad.

itulah permulaan untuk lebih mengenali pencipta kita.

Sayangi ilmu itu dengan mengamalkannya.

Kerana untuk ke syurga juga perlukan ilmu

Untuk kejayaan di dunia juga memerlukan ilmu.

Jangan menyesal atas kepayahan yang dilalu.

itulah asam dan garam 

untuk mengenakkan sebuah pelayaran.



p/s:pelajaran tu jangan di abaikan.
kerana itu adalah amanah

P/s: idea teraburrr.bakal sasterawan :p

02 November 2012

Memaknai sebuah perjuangan.


Perjuangan

Mendengar kisah-kisah dan pengalaman sebuah perjuangan memang seronok.
Rasa semangat mengalir keseluruh badan.
Berkobar-kobar.
Semangat ingin menjejaki langkah-langkah mereka.

Begitulah kita.
Mendengar sahaja memang semangat.
Itu tidak mencukupi sebenarnya.

Apa yang penting adalah kita yang menjadi pejuangnya.
Duduk memikir dan mengatur stratergi.
Bersama bejuang untuk sebuah perjuangan.
Anda akan tahu pahit manis.

Kerana perjuangan itu bukan sebuah slogan.
Dilaungkan berkali-kali.
Diulang untuk diingati.
Diperdengarkan untuk menghibur hati.
Tidak sama sekali!

Perjuangan itu bukan tajuk perbahasan.
Perjuangan itu perlukan perlaksanaan
Perjuangan juga perlukan pengorbanan.
Perjuangan itu adalah keperitan.
Demi merasai sebuah kemanisan.

Buat sesiapa yang mengatakan dirinya seorang pejuang.
Buktikanlah dengan perbuatan.
Rasai segala kepayahan dan kemanisannya.
Baru layak digelar pejuang sebuah perjuangan.


p/s:Mahukah anda menjadi penyambung sebuah perjuangan atau penamat sebuah perjuangan?

   

28 October 2012


Mahu jadi hujan yang membasahi..


Bukan senang nak mendapat idea yang mengalir bagai air sungai yang deras.Mengalir terus tanpa tersekat di mana-mana.

Niat untuk berkongsi sesuatu buat bertambah semangat untuk mencuba dalam dunia penulisan ini.Mencuba apa sahaja selagi berpeluang.Teruskan meneroka selagi ianya dalam batasan.

Kerana memendam sesuatu buat otak jadi sebu.Oh sungguh itu yang tidak ku mahu.

Apa yang ku tahu kemampuan manusia itu tidak dapat diukur selagi dia tidak melakukannya sehabis daya.

Sebab itu tetua selalu berpesan,

"cuba dulu baru tahu".

"tanam dulu baru tumbuh"

Diri ini masih terus mencuba walaupun hasilnya tidak sebaik yang disangka.

Moga segalanya bermanfaat dan menjadi pemberat mizan di akhirat nanti.

Titik-titik hujan yang menjadi manfaat buat sekalian alam.

Allahumma amin.




P/S:Kaherah hujan dua hari lepas tetapi tidak 
berpeluang melihatnya :'(

24 October 2012

Sampaikan ku..




Terpandang sahaja gambar ni hati terus sebak.sayu sangat rasa.
Bagai terngiang-ngiang kalimah talbiah diucapkan berkali-kali.

Allah,
Bilakah kaki ini dapat memijak bumi barakah itu?
Pasti suatu hari nanti.InsyaAllah.

Buat mereka yang sering kali berpeluang menjejak kaki ke tanah suci ini.Sujud dan ruku' di hadapan ka'bah  juga bertawaf tujuh kali mengelilinginya.
tinggikan rasa syukurmu..

bersyukurlah!
bersyukurlah!
bersyukurlah!
kerana kamu mendapat rezeki yang tidak terhingga dari Allah yang tidak diperolah insan lain.
Oleh itu,jangan disyukuri rezeki itu dengan ketaatanmu yang berbelah-bahagi kepada-Nya,
Amalanmu yang tidak cukup sempurna untuk di persembahkan kepadaNya.
Oh,malulah.
dan takutilah sekiranya sikapmu itu menyebabkan kemurkaan datang kepadamu.Nauzubillah.

Ya Allah,pandulah kami dalam mengenal cintaMu.Pimpinlah kami menyulusuri jalan-jalan ketaqwaan kepadaMu.
Rasa rindu ini pada Baitullah itu biarlah berterusan sepanjang hayat di kandung badan.
Amin.


p/s:Sampaikan kami ke sana Ya Allah .
Zulhijjah 1433H



21 October 2012







Allah.Allah..
Rintihan hambamu penuh pengharapan..
Rayuan dengan setulus hati..
Mengharapkan pengampunan dari Yang Maha penerima taubat..

20 October 2012

Sah akhirnya.


Alhamdulillah,alhamdulillah...

Akhirnya penantian yang amat panjang ini menemukan titik penghujungnya.Sungguh setiap detik penantian itu satu penyeksaan.penyeksaan buat jiwa dan emosi.
Aduh..
Dari menunggu sehingga dapat.Rasa debaran itu kian kencang.

Allah.

Kaki melangkah masuk perlahan-lahan ke bilik koordinator program.
'Allah aku redha apa sahaja yang Engkau berikan padaku',bisikan kekuatan terus dilontarkan.

Bismillah,

Alhamdulillah Kau Yang Maha Memberi..
Keputusan keseluruhan: Jaiyyid Jiddan 

MashaAllah.
Tiada kalam yang selayaknya untuk ku ungkap mendefinasikan sebuah perasaan ini.

Akhirnya sah menjadi pelajar tahun 2 pergigian Azhar :)

Apa yang berlaku sebelum ini biarlah menjadi pengajaran dan booster untuk terus berusaha meningkatkan diri.
Jangan semata-mata kerana inginkan natijah yang dinilai manusia sahaja bahkan juga mengejar natijah untuk dinilai Allah.






16 October 2012

Kerana kau berhak memilih

Bismillah,

Dunia kehidupan tidak pernah menjanjikan kebahagiaan semata-mata.

Menjadi pelajar di sekolah pergigian juga tidak pernah menghidangkan kesenangan selamanya.Apa yang terhidang setakat ini adalah sebuah kesusahan,kepayahan dan kepenatan.

Semestinya ada kebahagiaan di sebalik segala kejerihan yang dilalui itu. ^__^
Mendapatkan sebuah kemanisan tanpa perlu berpnat lelah adalah mustahil bagi mereka yang normal.

Untuk mendapatkan buah mangga yang masak ranum di atas pokok yang tinggi lagi rendang tidak akan kita peroleh dengan hanya menuggu dibawahnya.Dengan hanya menggoyangkan batang pokoknya juga tidak mampu menggugurkan buah itu.Bagi mereka yang bersungguh inginkannya,dia akan segera mencari tangga atau galah yang memungkinkannya untuk mendapatkan buah yang enak itu.

konklusinya,apa sahaja yang kita mahukan usaha itu amat diperlukan.Betul?

Tetapi pilihan kita ada pada diri.
Tiada siapa yang berhak menentukakan tahap usaha seseorang itu.Hatta seorang ibu yang amat mengasihi anaknya juga tidak dapat mengukur tahap usaha sang anak.

Kerana tugas kita di dunia ini adalah berusaha sehabisnya.Selayaknya seorang hamba bekerja untuk mendapatkan pengiktirafan dari tuannya.

Kehidupan ini terlampau banyak yang perlu kita lakukan.Bila dilihat kembali sebuah perjalanan ini,tiada istilah rehat bagi seorang muslim.
Bermula dari bangun tidurnya mencelikkan mata sehingga tidurnya kembali.

Adakah kita sedar selama ini?
Atau kita buat-buat tidak sedar?

Manusia lain cuma mampu memberikan pilihan, tidak berhak untuk menentukan.  Hanya diri kita yang berhak.  


Antara pilihan terbaik itu, lanjutkan pemilihan dalam setiap istikharahmu dengan tuhan. 




#coretanlama


06 October 2012

Biar jadi asbab.




"Mencorak manusia tidak sesenang mencorak lukisan di atas kanvas".

Masih beralasan?




Besar atau kecil.

Senior atau junior.

Semua itu tidak boleh dijadikan alasan.

Yang penting USAHA semampunya bila TAHU.

Kerana Allah menilai hambanya dengan tahap mana usaha sang hamba.

USAHA dengan mencuba pasti temui kenikmatan.

Tiada siapa yang sempurna di sini.

Menuju ke arah kesempurnaan itu yang afdhal.


p/s:mendidik untuk beramal itu mencabar.
Sabarla.sabarlah.sabarlah.
Mendidik manusia itu perlu kreatif :)

02 October 2012

Dah jadi kakak..


Kembali menjejak lembah Nil yang subur.

Meneruskan saki baki perjuangan yang belum berkesudahan.Pasti tidak akan berkesudahan cuma masa dan tempat itu akan berubah.

Maka kesibukan itu adalah kelaziman.

Kelaziman buat seorang pelajar yang begitu cintakan ilmu.

Kelaziman buat seorang remaja yang ingin membesar dengan pengalaman yang mematangkan.

Dan paling utama adalah kelaziman buat seorang muslim yang tahu matlamat hidupnya.


* * * * *


Pengalaman membantu adik-adik baru kali ini sangat menyentuh hati.Rasa rindu keluarga yang ditinggalkan berjauhan semakin  meningkat air mata pun dah sampai tahap air pasang dah.Bila-bila masa boleh melepasi benteng dan melimpah keluar.huh tahan..tahan.

Tak akan kerana itu saja nak lemah kan?

Melihat ragam mereka macam adik-adik sendiri yang nakal tapi cepat belajar.

Maaf la adik-adik sayang...

Dalam keadaan yang serba tak tahu dan masih baru dengan tempat yang baru dah kena buat sendiri.kan?
Yang akak bagi hanya direction je.Nak kena buat apa,nak pergi mana dan macam mana..Maaf.maaf.maaf.
Kerana kepadatan jadual kelas dan tenaga yang cepat sangat low,tak dapat membantu sepenuhnya.

Hanya insan biasa..

Akak percaya adik-adik mampu buat walaupun kadang-kadang agak susah.Yang penting mencuba!

Itulah kehidupan baru adik-adik di bumi barakah ni.

Di tempat baru,pasti penuh dengan cabaran yang baru dan itu akan memahatkan sebuah memori baru dalam perjalanan hidup seorang penghijrah baru.

Bertambah-tambah sebak bila menghantar adik-adik ke kuliah masing-masing.Di hari pertama kuliah mereka..

'Allah~
apakah sebenarnya yang Engkau ingin aku peroleh?'-monolog diri.

Siap salam dan peluk-peluk lagi tu.Perasaan tu tiba-tiba jadi bercampur.Nak terharu sebab dapat penghargaan?Nak sedih ke sebab dah lama tidak dihantar ke depan pintu kelas, akhir dapat rasa macam tu waktu darjah satu dulu..

Aduh pagi hari yang begitu syahdu.

"Akak,doakan kitorang ye.Doa bagi kitorang terus semangat nak tuntut ilmu hingga akhirnya.."

"Akak,kelas akak dekat mana?"
"oh,kat sebelah ni je.jangan risau-risau dekat je ni"

Keadaan masa tu memang payah untuk didefinasikan.Bila masuk kelas pun hati ni masih terasa.Dan hati ini terus mendoakan adik-adik terus dirahmati Allah.


Katakanlah(Muhammad),"Dengan kurnia dan rahmat-Nya,hendaklah dengan itu mereka bergembira.Itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan"-(10:58)
                                                                         

Apa yang penting buat kita adalah RAHMAT dan KURNIA dari Allah s.w.t.

Ya! kerana dengan rahmatNya kita dapat bertemu.

Dengan rahmatNya kita dapat berkasih sayang dan saling membantu.

Tiadalah erti kehidupan ini tanpa kerahmatan dari Al-Khaliq.AllahuRabbi.

Ku mengharapkan pertemuan ini.Persahabatan ini dan penyatuan hati-hati ini bukan sekadar penambah seri sebuah kehidupan kita.
Tetapi apa yang ku harapkan adalah penyatuan yang membawa kepada syurga dan keREDHAan Allah.

Serikan bersama-sama pertemuan kita dengan perkara yang menambah iman dan kefahaman kepada Islam yang syumul.



* * * * *

Kesibukan itu bukan penghalang sebuah aktiviti kemasyarakatan.
Bukan hanya bermaksud hadir ke program yang 'bernama' dan gah.Tetapi cukup sekadar kita bergaul dengan manusia sekeliling kita.Yang jauh di ziarahi.Yang sakit di doakan dan di lawati.Yang bersedih kita motivasikan.Dan yang bergembira kita kongsi bersama.

Apa yang paling ditakuti adalah perasaan syok sendiri.Perasan diri sibuk memanjang.Assigment yang belambak-lambak.Kerja rumah yang tak siap-siap.Tapi malangnya sibuk dengan perkara yang tidak sepatutnya.Awlawiyat dalam urusan itu tidak diteliti dengan baik.Aduish..

Moga terus diberi kekuatan dalam menjadi muslim yang tersusun dalam urusannya.Amin..




p/s:Jangan fikir kita punya kehidupan sahaja...bergaullah dengan seramai mana manusia yang kamu jumpai.
 ok. sila keluar dari kepompong yang gelap gelita tu...menuju cahaya yang murni..

p/s:sayang adik-adik rumah basikal FILLAH <3<3<3


26 September 2012



Bila keyakinan hanya tinggal seinci.

Buat apa-apa pun semuanya tidak menjadi.

perlukan sangat motivasi.

cepat! siapa yang sudi memberi??




29 July 2012

Kental


Jangan cepat mengalah.
Masih banyak lagi tangga yang perlu didaki.

Berhenti mengatur strategi.
Bijak sebelum rugi.


p/s:Fasa pertama Ramadan bakal
 meninggalkan kita  :'(
9 Ramadan 1433 H

26 July 2012

Kedamaian


Puas buku itu ku belek-belek.Halamannya habis diterokai satu persatu.Tetapi mengapa masih belum ditemui.
Mengapa?
Aku mahu bertemu kedamaian buat sang hati.

Mereka kata buku buat jiwa tenteram.
Lalu aku mencubanya.

Pada buku itu aku mencarinya.
Walaupun akhirnya ku temui juga teori-teorinya,tetapi kedamaian tetap tidak kunjung juga.

Resah dan gelisah tetap wujud.
Perenggan demi perenggan diulang-ulang bacaannya.
namun..

Hati ini perlukan segera!
Ya segera!
Kedamaian dan ketenangan itu.

----------------------------------------------------------------------------------

Wahai sang jasad,
Kau mencari kedamaian buat sang hati bukan?,

Sedarlah dari lenamu yang panjang.
kemalasanmu yang bergantang.
kejahilanmu.
kesombonganmu yang sering kau tayang.

Ayunkan langkah menyucikan diri.
Seluruhnya perlu kau sucikan sebelum bertemu kedamaian itu..
Sucikan anggota-anggotamu.
Wudhu'.

Basahkan lidahmu dengan zikir dan istighfar kepada Penciptamu.
Tidak perlukan lagi rungutan demi rungutan dari kedua bibirmu.
Andai kedua bibirmu itu tidak berdaya untuk melafazkan kalimah zikir,ajar dia untuk berehat walau seketika.

Lantas bila mana kau telah bersedia,
Wahai tangan,ambillah naskhah AL-QURAN itu.
Pengang ia.
Dakap erat-erat.
Buka helaiannya dan bacakan kalam-kalam itu.

Baca dan teruskan bacaan itu.
Satu persatu kaliamh itu kau lafazkan dengan penuh tertibnya.
Cuba kau cari ketenangan buat sang hati.

Bila mana kau masih tidak mampu mendapatkanya,
Berhenti.
Palingkan bacaanmu itu pada maksud-maksud kalimah tersebut.
Rasakan kata-kata itu khas buatmu.
ulang dan ulang..
Sehingga akhirnya kedamaian itu kau temui.
Kerana kau sedar yang dirimu tidak begitu memahami kalam-kalam Arab.

Dengan kerendahan hati.
Ketenangan itu pasti hadir.


----------------------------------------------------------------------------------------

Daripada Barra' dan 'Azib r.a.telah berkata:"Seorang lelaki membaca surah Al-Kahf dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali,maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir dan kudanya mula menjauhinya.Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Rasulullah s.a.w lalu menceritakan peristiwa tersebut.Maka baginda bersabda: Itulah Sakinah (ketenangan) yang turun disebabkan bacaan Al-Quran"
(HADITH BUKHARI DAN MUSLIM)


Carilah kedamaian itu.Hatimu sangat memerlukan.
Bersihkan dia.
Sucikan dia.
Ajarkan dia.
Tunjuki dia
Kenalkan dia dengan Allah Tuhan yang Maha mencipta.Kepada Dia kita mengadu dan memohon pertolongan.
Tanamkan cinta yang tidak berbelah bagi buat Rabbul'Izzati Tuhan sekalian Alam.
Agar pantas hatimu sentiasa tenang dan terurus.
Bebaskan dia dari belenggu kekacauan dan keresahan.


P/S:Salam Ramadan 1433H
Beramal bukan kerana manusia tetapi
 kerana cinta yang menggunung buat Allah :)
6 Ramadan 1433H




19 July 2012

Tetamu Agung

Bismillah,

*fuh..fuh..fuh..
Tiup-tiup sikit habuk yang sudah menebal tu bagi ruang sikit untuk mencoretkan kalam-kalam yang dah lama terbuku ni.Semoga Allah permudahkan.

Tinggal lagi beberapa hari sahaja Ramadan yang kita rindu-rinduan itu akan menjelma.Sudah sediakah kita dengan segala macam persiapan yang mantap-mantap tu?.Di laman mukabuku, semua pakat share pasal keindahan dan persiapan yang diperlukan untuk bertemu dengannya.Tak salah semua tu tapi jangan kita lupa,share sahaja tak cukup berat untuk angkat ke tahap amal yang qawiy.Beramal dengannya itu yang penting!!penting!!sebab tu la yang akan dinilai Allah.Jangan mudah terpesona dengan amal yang kita rasa besar tetapi sebenarnya tidak.Peringatan bersama moga kita menjadi muslim yang beramal bukan muslim yang hanya tahu berkongsi tanpa isi.

Bila bicara tentang Ramadan,pasti ada ayat khusus untuk Ramadan yang Allah nukilkan dalam Al-Quran.Jom kita tadabbur sama-sama surah Al-Baqarah 2:183-187.

Segugus ayat Allah yang menceritakan segala macam benda tentang Ramadan.Bukan sekadar perintah sahaja tetapi pengajaran yang berharga buat hambanya.Kita lihat sama-sama apa pengajaran dari ayat yang boleh kita ambil.

1-Ramadan bulan sejarah.
 Pensyariatan puasa dari Allah s.w.t. bukanlah semata-mata arahan yang perlu diikut.Dengan sifat Rabbnya,Dia memerintahkan sesuatu dengan didikan.Tidak sesekali perintah atau arahan Allah s.w.t datang tanpa tunjuk ajar dan didikan.

(QS 2:183)

Mungkin ada yang merasa risau dan bimbang bila puasa disyariatkan.Tertanya-tanya boleh ke untuk berlapar dan dahaga di siang hari?Dalam tempoh 30 hari? huh,penuh dengan persoalan dan kebuntuan.

Allah sekali-kali tidak membiarkan hambanya berada dalam persoalan dan kebuntuan.Dalam ayat yang sama,dia memujuk kembali.Seolah-olah menyatakan "Jangan kamu takut,kefardhuan puasa ini telah difardhukan juga kepada kaum terdahulu"

Siapa kaum terdahulu itu?Itulah dia kaum nabi-nabi terdahulu.Kaum nabi Nuh,nabi Salleh,nabi Zakaria,nabi Ibrahim dan lain-lain.Mereka ini telah dahulu diperintahkan kefardhuan berpuasa.Mereka juga yang telah terdahulu menerima ajaran Allah.

Maka masa inilah peluang kita untuk mengulangkaji kembali seerah para anbiya'.Mengingatkan kembali perjalanan hidup mereka. Perjuangan mereka.Kerana mereka juga adalah golongan yang cinta Allah dan sama-sama melaksanakan dakwah ilaallah.

Dengan kajian kita terhadap seerah para anbiya' ini akan meningkatkan keyakinan kita bahawa ibadah puasa ini bukanlah perkara baru untuk ummat Muhammad s.a.w.Malah telah dilaksanak oleh ummat nabi-nabi terdahulu.

Tiada lagi alasan untuk mengatakan bahawa puasa ini melemahkan.Tiada lagi alasan yang tidak masuk akal mengatakan dengan puasa ni kita boleh mati wahai adik-adik sekalian.
Kaum nabi Nuh dia bukan mati kerana dia berpuasa tetapi dia mati disebabkan dia ingkar arahan Allah.Matinya mereka kerana tidak mahu beriman lalu Allah datangkan banjir besar yang menenggelamkan mereka.
nauzubillah.

Jadi,tambahkan dalam aktiviti harian kita membaca seerah para anbiya'.Mengenali mereka untuk tingkatkan keyakinan kita kepada Allah s.w.t.Mencontohi mereka dalam ketaatannya kepada Allah.Tiada yang rugi malah berganda-ganda ganjaran buat kita.InsyaAllah.


2-Ramadhan bulan bermasyarakat.
Sungguh Allah mengajar kita untuk melepaskan sikap selfish yang berbukit dan merajai kita.
Bagaimana?
Bila kita bacakan ayat (QS 2:184)..Kita akan baca mereka-mereka yang dikecualikan daripada berpuasa atas sebab-sebab tertentu.

Maha suci Allah,Dia amat prihatin terhadap hamba-hambanya.Diberi kelonggaran terhadap mereka yang Bermusafir,mereka yang sakit,dan mereka yang sakit dan tidak mampu berpuasa sampai bila-bila.Maha prihatinnya Allah.Begitu detail Dia menjelaskan.

Kita sesama kita pun tidak mampu untuk ambil peduli keadaan sekeliling.Sampaikan rumah jirah sebelah terbakar pun kita tidak tahu.Apatah lagi untuk menziarahi mereka yang sakit.Yang tersusun dalam jadual kita hanya untuk meeting,program,kerja,beli kereta,cat rumah.Mana pula perginya masa kita untuk menziarahi jiran,orang miskin anak yatim dalam jadual harian kita?Ingat!mereka itu ada hak dalam diri kita,bermakna dalam masa kita.Berusahalah untuk keluar dari kepompong kita dan berhibur dengan keindahan-keindahan yang berada di sekeliling kita.

Luangkan masa untuk bermasyarakat.Yang sakit di ziarahi.Yang sihat diajak bersama.Yang kurang di bantu.Baru dinamakan kehidupan yang rukun.Tidak perlu resah dan gelisah kerana itu adalah islam.Hati yang resah dan gelsiah hanya apabila dia melakukan dosa dan maksiat.

Santuni masyarakat.Mensantuni masyarakat itu bukan keaiban.Sombong itulah keaiban yang sebenar.


3-Bulan Al-Quran
Seperti yang sering dinyatakan dan bicarakan selalu.Bulan di mana Al-quran diturunkan.Menurut ulama',penurunan alquran yang dimaksudkan disini terbahagi kepada dua:
  1. Al-quran yang diturunkan dari loh mahfuz ke langit dunia secara serentak 30 juz penuh.
  2. Dari langit dunia,Al-quran diturunkan beransur-ansur kepada Rasulullah mengikut peristiwa.
Luangkan masa kita sebanyak mungkin untuk membaca dan mentadabbur ayat-ayat Quran yang agung.Kurangkan bicara kita dengan manusia perbanyakkan bicara kita dengan Allah.Bulan rahmat dan penuh barakah ini sembanglah sebanyaknya dengan Rabbmu yang agung.

Nabi sendiri bila mana bulan ramadan,masanya banyak dihabiskan dengan memperdengarkan bancaan al-qurannya dengan Jibril a.s.Begitu juga para sahabar radiallahuanhu.
Membaca al-quran menjadi kelaziman dan jumlah bacaannya digandakan dari bulan-bulan biasa.

Bagi yang lidahnya sudah keras,cepat-cepat cari tok guru lembutkan balik.Nanti bila dah ramadan tidak la jenuh nak membaca satu mukasurat sehari.Quran ni penting untuk kita tau.


4-Ramadan bulan hidayah,bulan penjelasan dan bulan pembezaan.
 Keupayaan untuk memperoleh hidayah di bulan ramadana ini sungguh luar biasa.Itu janji Allah!
(QS 2:185)

Sebagaimana yang telah berlaku kepada seorang pencuri,kebiasaannya akan memulakan operasi apabila malam menjelma.Suatu hari,misi dia tergendala.Kerana lampu rumah yang dituju masih lagi menyala.Petanda bahawa tuan rumah masih lagi belum tidur.Terpaksa menunggu sepanjang malam itu.

Rupa-rupanya,si tuan rumah memang tidak mahu tidur.Dia menghabiskan bacaan al-qurannya pada malam itu.Sehingga pada surah Al-Hadid yang dibacakannya,si pencuri tersentak.Alunan quran itu terdengar sampai ke tempat persembunyiannya.Tersentuh hatinya sehingga dia mengambil keputusan untuk beredar dan mencari masjid yang berdekatan untuk berehat sebentar sebelum waktu subuh.

Di sebabkan jarang sekali kelibatnya kelihatan di masjid itu,si imam mula bertanya untuk bertaaruf beramah mesra.Melihat keramahan si imam,lalu di ceritakan kisahnya dan asbabnya di berada di situ.

Si imam,"oh itu rumah saya..kamu dengar surah apa yang dibacakan?"
Si pencuri," surah alhadid..adakah benar?"

Si imam mengiakan.Dengan penuh keinsafan,si pencuri tadi menyatakan hasratnya yang ingin bertaubat.Dijadikannya si imam itu gurunya sehingga dia menjadi seorang mu'min yang soleh.MashaAllah.

Dan si imam itu adalah Abdullah ibn Mubarak.

Banyak lagi sebenarnya kisah-kisah yang membuktikan bahawa al-quran ini mampu menyampaikan hidayah Allah kepada seseorang.Buat yang membacanya,alunkan kalimah Allah ini dengan penuh keikhlasan dan rendah hati.Mungkin dengan itu mampu menarik hati-hati lain untuk sama-sama memperoleh hidayah Allah yang mahal harganya.

-----------------------------------------------------------------

Buat pengakhirannya,Allah menyatakan:

"Dan apabila hamba-hamba Ku bertanyakan kepadamu(Muhammad) tentangku,maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi perintahku dan beriman kepadaku agar mereka beroleh kebenaran"  
(QS 2:186)

Subhanallah,dengan penuh pengharapan Dia mengharapkan hamba-hambanya rindu dan ternanti-nantikanNya.Sering bertanyakan tentang Dia.dan yang paling penting adalah sering meluahkan dan mengadu kepada Dia tuhan sekalian alam.

Allah begitu ternanti-nanti suara pengaduan kita.Sehinggakan Dia memberitahu yang Dia dekat jangan risau untuk mengadu dan berdoa kepadaNya.Tetapi yang malangnya adalah kita.Seringkali kita mengeluh dan mengadu kepada manusia bila mana ditimpa kesusahan.Apa yang manusia mampu laksanakan untuk kita?Sekadar pendengar mungkin.Tetapi perkara yang lain tidak mampu hilang jika bukan dengan kuasa Alah.bahkan perasaan tenang itu juga datangnya dari Allah.

Malulah untuk mengadu kepada manusia tanpa mendahulukan pengaduan kepada Allah.

Waallahualam.

Ayuh! sama-sama menjadi muslim yang meningkat dari sehari ke sehari bukan hanya tahu berkongsi tetapi diri sendiri kering.





p/s:Tazkirah dari Ustaz Hasanuddin bersama 
warga kampung :)




28 May 2012

Bismillah,


there's a difference between studying and learning.

studying can be an obligation that may lead to nothing.
but learning is the key that opens the door to everything.
just saying. - [@] Hlovatesays



#Belajar untuk tahu maka kita hanya dapat pengetahuan itu.
 Belajar untuk faham dan hadam maka kita akan praktikkan ilmu itu dalam kehidupan kita..

27 May 2012

selagi terbuka..





Selagi masih terbuka pintu Rahmat dan TaubatMu,

Biarlah aku yang menjadi orang yang melangkah memasukinya..

Bukan hanya melihat dari kejauhan..

Hanya kerna begitu yakin pintu itu sentiasa terbuka selamanya..

22 May 2012

Sedarkan diri luaskan matamu lihat ke kiri dan kanan

Bismillah,

Mesir masih dalam fatrah pilihanraya..

Syria dalam usaha memperjuangkan nasibnya..

Palestin terus dengan perjuangan yang tidak pernah henti..

Malaysia juga tidak ketinggalan perjuagannya..

Semua itu adalah satu perjuangan yang akhirnya inginkan hanya satu..kemenangan~

Kita??
Perjuangan kita pula bagaimana?Perjuangan sebagai seorang pelajar sekolah kehidupan dan yang paling utama adalah perjuangan kita sebagai seorang muslim.
.
Apa usaha yang kita peruntukkan kearah mendapatkan satu kemenangan itu?Oh adakah cukup hanya dengan menjadi si penyumbang dana,si penyumbang suara menyorak tatkala diadakan kempen-kempen pertemuan,atau si penyebar maklumat di laman-laman sosial?
Hanya dengan itu?
Yakinkah itu adalah sebaik-baik usaha yang ingin dipersembahkan untuk di golongkan dalam golongan yang layak menerima anugerah?

Rugi..rugi..sungguh rugi wahai Syabab dan fatayat..
Semua itu hanya usaha sampingan sahaja.Belum mencapai tahap merasai nikmatnya bersusah-susah untuk sebuah kejayaan yang indah..
Umur yang muda ini hakikatnya penuh dengan segala macam kekuatan yang Allah bekalkan untuk kita dibandingkan dengan golongan tua dan berumur yang langkahnya tidak segagah dan seteguh dahulu.

Orang muda yang diberi bekalan tenaga dan kekuatan yang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana golongan.Alangkah sedihnya bila kekutan itu tersorok diam tanpa ditonjolkan keluar.
Tenaga yang bergalen-galen lagi kenapa nak biar simpan dan terkumpul di dalam diri.Dibiarkan sahaja terkumpul hingga menjadi satu bebanan yang berat untuk di pikul dan akhirnya menjadi seorang pemuda yang 'berat'.Sungguh,hidupnya tidak mampu untuk bersusah payah demi orang lain.Pemuda oh pemuda

Bagaimana pula dengan semangat pemuda yang sedia mengalir di dalam jiwa itu?Disalurkan kemana?Dan bagaimana dirembeskan keluar?Sayang berjuta kali sayang sekiranya semangat itu bukan untuk perjuangan mengenal penciptaNya,apatah lagi untuk mendalami,memahami dan menegakkan agama islam yang suci ini.Apa yang tahu,semangat itu dialirkan untuk perkara yang tiada nilai pun disisi Rabb.Begitu sanggup bersusah payah untuk mempertahankan hobi-hobi dan keinginan sendiri tanpa ada satu semangat pun untuk mepertahankan Haq bangsa dan agama yang kian ditindas..oh harapan adakah masih ada?

Malu sungguh pabila dengan beraninya memberontak kerana diajak,disuruh bukan dipaksa untuk bersama-sama mendalami dan merasai indahnya Cinta tuhan iu.Keberanian yang hadir dengan jiwa pemuda itu sungguh bermakna.Makna yang begitu mendalam seandainya keberanian itu mampu menggoncangkan kedudukan dan menggerunkan musuh-musuh Allah.MashaAllah..tinggi darjatnya di sisi Rabbul Alamin.


Hari ini kemengan demi kemenangan bakal menjelma..pertolongan demi pertolongan sudah kita saksikan..mengalir air mata ini keharuan melihat realiti amal yang penuh dengan usaha yang tidak kenal erti penat dan rehat.. dimana Islam akan terus dijulang dan juga kejahilan yang juga menunjukkan belang..Oh ini realiti bukan lagi cerita-cerita sampingan yang disampaikan dari mulut ke mulut..

Ya Allah, Engkau tunjukkan semua ini di hadapan kami..untuk membenarkan janji-janjiMu yang agung itu..Kau nukilkan ayatMu buat kami tatapi dan renungi..

"Sungguh,ini benar-benar kemenangan yang agung.Untuk kemenangan yang serupa ini,hendaklah beramal orang-orang yang mampu beramal"
(QS saffat:60-61)

 Apa yang kita cari sebenarnya wahai syabab dan fatayat?kemenangan yang bagaimana?

Semestinya kemenangan yang abadi itu adalah sewaktu kita dinobatkan sebagai ahli syurga.Mendiami mahligai-mahligai indah yang di penuhi dengan segala kelengkapan yang tiada bandinganya dengan apa yang ada di dunia ini.Menjadi jiran para anbiya',siddiqun,syuhada' dan para solehun..Sesungguhnya itulah kemenangan yang agung.

Manakala kemenangan di dunia pula adalah kemenangan Islam itu.Ustaziyatul alam yang diidamkan.Tiada apa yang mustahil ya sekali lagi tiada apa yang mustahil. keadaan itu akan tiba juga..
Allah dah inform dekat kita yang kemenangan itu DEKAT!!

Kita sebenarnya yang merasakan ia jauh.Untuk menjadikan alasan untuk kita turus bermalas-malasan dalam beramal.Menjadi seorang yang suka bertangguh-tangguh kerana begitu yakin ada hari esok untuk kita.Sila formatkan balik apa yang kita rasa itu.
Kerana kemengangan itu akan dirasai dengan nikmatnya oleh orang yang beramal.Orang yang mengorbankan kesenangannya,kepandaiannya,kewangan dan segalanya demi menggapai kejayaan itu.Hanya orang yang mampu akan beramal.Diberi kekuatan,kesempatan dan peluang untuk beramal yang akan beramal.

Layakkah diri ini yang menjadi orang pertama mengalirkan air mata melihat perkembangan islam kini?
Ya Allah Bantulah kami.Berilah kami kesedaran dan kekuatan untuk menggunakan segala aset yang Engkau bekalkan buat kami Syabab dan fatayat untuk menjadi pembantu agamaMu.

Biarlah semangat kami ini mengalir seiring dengan kefaham kami jauhilah kami dari semangat yang membuta ..semangat yang hanya semangat tetapi tidak tahu kenapa dan untuk apa?

Tenaga yang berlimpah ruah ini moga disumbangkan dalam usaha menjadi pengantara kepada hidayahMu.Biarpun bukan kami yang memberi hidayah itu tapi cukuplah dengan menjadi pengantara.Biar berkurang pun tenaga ni asal tidak tepu menjadi 'lemak-lemak' terkumpul akhirnya memberat dalam diri.

Adapun keberanian ini biarlah yang ada manfaatnya.Berani untuk kebenaran lagaknya seorang Umar al-Khattab digelar al-farouk yang memisahkan antara haq dan batil tanpa keraguan.


-muktamar khotimi(penutup) sebelum berlabunya tirai pilihanraya presiden Misr


*melihat kebangkitan Mesir satu cita-cita yang terpendam lama..dari kurang faham dengan perjuangan ini hingga saat ini masih dalam fasa peningkatan.Saling mendoakan menjadi salah seorang Jundullah.

**Langkahan mesti di teruskan sekali melangkah pasti ada langkah selepasnya..
exam masih belum habis masih punya usaha untuk bersungguh-sungguh untuk membina sebuah ketokohan :)






16 May 2012

H.E.A.R.T.



"The heart is four types: polished as shiny as the radiating lamp,a sealed heaert with a knot tied around its sealed,a heart that is turned upside down and a wrapped heart.
As for the polished heart, it is the heart of the believer and  the lamp is the light of faith.
The sealed heart is the heart of the disbeliever.
The Heart that is turned upside down is the heart of the pure hypocrite,because he had knowledge but denied it.
As for wrapped heart,it is the heart that contains belief and hypocrisy.
The example of faith is in this heart,is the example of herb that is sustained by pure water.The example of the hypocrisy in it, is the example of an ulcer that thrives on puss and blood.Whichever of the two substance has the upper hand,it will have the upper hand on that heart"

-IMAM AHMAD-


#your heart??

07 May 2012

Hidup dalam ibadah


[Barangsiapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah imannya,tidaklah dia semakin dekat dengan Allah malah semakin jauh]

Sebanyak mana cuba kau kaut ilmu itu tetapi tidak pernah sekali kau cuba untuk fahami dan dalami sebaiknya sehingga mampu membuatkan dirimu dekat dengan Tuhan..Maka sia-sia semuanya..

Ingatlah,
hidup ini tidak panjang..tidak cukup masa untuk dibahagikan masa untuk beribadah dan masa untuk urusan kehidupan.Cukupkanlah masamu dengan beribadah untuk Allah hatta dalam urusan dunia sekalipun..

*orang yang bijak adalah mereka yang bijak merancang masa..
Muhasabah bersama~

06 May 2012

Perjuangan telah bermula~




6/5/2012-Dental material
7/6/2012-oral
9/5/2012-seerah
13/5/2012-Dental anatomy
14/5/2012-oral
17/5/2012-tafser
20/5/2012-physiology
21/5/2012-oral
27/5/2012-biochemistry
28/5/2012-oral
31/5/2012-hadeeth

3/6/2012-anatomy
4/6/2012-oral
6/6/2012-quran
7/6/2012-oral
10/6/2012-histology
11/6/2012-oral
14/6/2012-english

InsyaAllah esok bermula peperangan dengan bersenjatakan mata pena,berstratergikan ilmu-ilmu dan untuk dilakarkan di atas kertas-kertas..

Permudahkanlah kami Ya Allah,Ya Fattah Ya 'Alim..
Dalam kesungguhan sahabat-sahabat kami ditempat lain berjuang mempertahankan maruah agama dan negara mereka..kami juga mahu bersungguh-sungguh berjihad dalam memperoleh kejayaan dalam pelajaran kami demi ummah tercinta kerana inilah medan kami yang sebenar..

Bittaufik wannajah sahabat-sahabat ^__^
Tiada apa yang mustahil dalam hidup ini..

03 May 2012

Jangan pernah berhenti untuk berangan-angan..


Tiada siapa yang berhak untuk menghalang impian dan berangan-angan..

Malah Umar Al-Khatab yang disegani juga berimpian besar..duduknya penuh dengan angan-angan.

Satu ketika beliau duduk bersama-sama para sahabatnya,kemudian dia bertanya:
 "Apakah yang engkau impikan wahai sahabat-sahabatku?"..
ada sahabat yang mengimpikan kekayaan kerana dengan kekayaan itu dia mampu untuk menyumbang lebih kepada islam.Ada pula yang mengimpikan..

setelah itu Umar berkata,"Aku mengimpikan bumi ini dipenuhi dengan rijal-rijal seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah dan Salim..kerana dengan adanya mereka maka bumi ini akan sentiasa dalam kebaikan. 

***

Impikan, 
Luaskan mimpimu. 

Biar bermakna untuk Ummah. 



-- you are the important one in building of nation. 

Sematkan.  

Apa yang kau buat dengan usiamu?

Bismillah,

Bertambah lagi usia ini..Bermakna sudah  21 tahun Allah beri peluang menghirup udara yang nyaman  ini walapun adakalanya sedikit tercemar dengan asap-asap yang manusia cipta...Alhamdulillah masih lagi bernafas dan bernyawa hingga ke saat ini..

Tapi sejauh manakah kita beramal dengan sebaik mungkin untuk di persembahkan di hadapanNya?

Risaunya..takutnya..terketar-ketat lutut ni dah..

Kalau benar dirimu orang yang benar-benar bimbang akan hal itu maka Sila beramal dari SEKARANG!!
dah tiada masa untuk di bazirkan dengan perkara sia-sia wahai cik kakak..

Nanti kalau kena tanya "apa sumbangan engkau untuk agama yang kau kata kau amat mencintainya?"..hah apa nak jawap ni..
buat masa ini saya perlu belajar bersungguh-sungguh memandangkan imtihan dah semakin dekat..

Allah kata dalam surat cinta buat hambaNya:
Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepadaNya hanyalah para ulama'..
(35:28)

hmm..Ulama' tu orang yang berilmu kan?jadi sepatutnya dan seharusnya orang berilmu tu adalah orang yang paling takutkan Allah bukan orang yang paling menduakan Allah..

Sama-sama kita betukan niat bahawa kita belajar ni untuk mendekatkan diri kepada Allah..Ingat! ilmu ini adalah ilmu Dia bila-bila masa Dia boleh ambil dari kita..
Maka sila bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu ni jangan malas!bimbang nanti kita lemas dalam kejahilan..sanggupkah untuk duduk dalam kegelapan?

Ayuh menjadi hamba yang bermanfaat bukan saja untuk orang lain tetapi bermanfaat untuk diri sendiri..



p/s:Jazakillah semua yang mengingatkan saya pada detik bertambahnya umur ini..doa kalian sangat bermakna untuk kehidupan saya yang mendatang..
-Semoga Allah membalas usaha kalian untuk membuat saya bergembira dan menangis keharuan..walaupun sedikit lambat menukilkan disini ucapan terima kasih still valid lagi kan?..maaf ye atas sebab-sebab tertentu :)





25 April 2012

Bekalan-bekalan untuk terus melangkah..


Bismillah,

*Hakikat berjauhan*
Rindu itu pasti.Setenang mana pun kita..setabah mana pun kita..sekuat akat yang mencengkam bumi pun..pasti terselit perasaan rindu itu walaupun jauh di ceruk hati..

Zaman sekarang dah canggih la.Tak perlu nak pakai burung suruh hantar surat.Hanya perlu jari dan tangan nak tekan nombor dan internet yang laju..hehe tekan tekan tekan dan call..

Alhamdulillah ada peluang untuk menjadi musafir merasa nikmatnya rasa rindu itu..Nak kongsi sama-sama semangat yang ayah bagi untuk terus kuat sepanjang hayat :)

nasihatnya berbunyi begini...(nasihat dia rupanya sama macam nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya)
So,nasihat ayah pada anaknya..
baca baik-baik dan bayangkan ayah kita sedang bercakap dengan kita.(ikut la nak bayangkan tengah cakap dalam telefon ke atau skype)...


koleksi nasihat-nasihat untuk bekalan meneruskan langkah di lapangan perjuangan dan pengorbanan ini..~


#Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah. 

#Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya. 

#Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu. 

#Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya. 


#Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu. 

#Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia. 

#Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat. 

#Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak. 

#Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan. 



#Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja. 


#Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

#Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari. 

#Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.Maka kamu perlu menadi jiran tetangga yang berbudi dahulu. 

#Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja. 

#Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar. 
#Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman. 

#Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.


terima kasih ayah dan umi atas nasihat ini..
segarang-garang ayah selembut-lembut umi..saya tahu harapan ayah dan umi ingin melihat anakmu ini menjadi wanita solehah..hidupnya kerana Allah bersama islam agamanya..
Menjadi setabah sahabiah-sahabiah yang mana hidup mereka menjadi teladan dan inspirasi pencinta akhirat...

**Siri-siri nasihat ayah dan umi yang saya kumpulkan..hehe~doakan anakmu ini menjadi wanita mujahidah dan muslihah..amin.

22 April 2012

Permata ummah..



Dedikasi buat sahabat..

Alhamdulillah masih berpeluang untuk terus berkongsi rasa dan kenikmatan dalam memahami islam ini.Semoga keberadaan kita ini dalam menikmati santapan iman dan islam ini tidak berhenti setakat ini sahaja..

Buat Syafiqah dan kak Maisarah yang sudah bertemu dengan umur yang baru,selamat beramal dengan sebaik-baik amalan kerana usiamu semakin berkurang bertambah dekat dengan saat kematian...

Ukhti fillah,
Jom kita sama-sama panjatkat rasa syukur yang tidak terhingga pada Rabb 'alamin.Kenapa?
Kerana memilih kita untuk menjadi permata kebaggaan ummah.Disaat kawan,rakan dan masyarakat kita masih berada di dalam cengkerang jahiliyyah.Alhamdulillah Allah masih buka peluang kita untuk tahu,faham dan yakin bahawa keluar dari jahiliyyah itu dan berada dalam islam adalah sangat berharga.Nilainya tidak mampu dibeli dipasaran dan di tepian jalan.

Dari kegelapan kepada cahaya,
Dari jahil kepada berilmu,
Dari buta kepada celik
Dari malas kepada cerdas..


mendaki satu persatu..rasa jemu ditolak tepi..


Tentu bukan mudah bukan?
Setiap langkah penuh dengan ujian.Satu-satu anak tangga perlu didaki.Menapak langkah dengan penuh cermat dan berhati-hati.Sungguh sangat perlukan hati yang cekal!Walaupun penuh dihambur dengan kata-kata belakang yang menusuk ke jiwa.Tetapi janji Allah lebih diyakini.Islam adalah sebaik-baik cara hidup.

Kehidupan yang bukan berpaksikan keseronokan duniawi semata-mata.Mengapa mahu mengejar yang tidak abadi?

Ukhti fillah,
Ku yakin kerana amalan-amalan inilah, lahirnya permata yang menyinari ummah,
Kitaran kehidupan perlu dengan perancangan....


-Muhasabahnya
Menjadi rutin yang bukan kebiasaan.Benar-benar mengimani bahawa seorang mu'min itu tidak akan jatuh berkali-kali ke dalam lubang yang sama.Menghisab diri sebelum dihisab di akhirat.Gigihnya dalam mencari titik kelemahan dan kesalahan dalam setiap tingkah laku..

-Taubatnya..
Kerana kita sedar bahawa seharian kita tidak terlepas dari kesalahan.Dosa-dosa jangan dianggap remeh walaupun sekecil-kecil perkara.Mana mungkin gelas yang penuh dengan kopi mampu untuk mengisi air mineral yang jernih.sungguh mustahil!
Begitu juga halnya hati..Saat dia penuh dengan noda-noda hitam,mula terbinanya tembok pemisah antara diri dengan Allah.

- Cintanya pada ilmu,
Melihat semangat dan kemahuan dalam menggali sedalam mungkin ilmu-ilmu yang ada membuat ku tertanya mengapa dan kenapa?
Jawapan yang begitu mudah dan ringkas yang kau ucapkan.."tiada jalan mudah untuk dirimu berjaya dunia dan akhirat melainkan dirmu punya ilmu dan mengamalkan".

-Usahanya dalam meningkatkan Iman,
Amalan Fardhu dan sunat yang mampu merapatkan hubungannya dengan al-Khaliq.Dengan ilmunya sedikit demi sedikit diperbaiki amalannya.Qurannya.zikirnya,qiamnya..semua itu menjadi penguat jiwa dan motivasi yang terindah buatnya..

-hubungan dengan masyarakat,
Tidak sesekali dia mengasingkan diri hanya untuk memperbaiki dirinya semata-mata.Kerana permata ummah ini merasakan bahawa prinsipnya adalah islah nafsak wad'u ghairak.Perbaiki diri dan mengajak orang lain juga adalah tanggungjawabnya..

-Berdoa..
Kerana kita meyakini bahawa kudrat kita untuk menjadi seorang yang penuh dengan nilai islam itu bukan mudah.Kekuatan itu hanya kita peroleh dari Tuhan Pencipta Alam.Ketahuilah manusia yang paling lemah adalah manusia yang tidak dapat berdoa..Tiada siapa yang mampu menjadi pendengar setia kita melainkan hanya Allah Yang Maha Mendengar.Masih ragu-ragu untuk meminta padaNya?Berdoa dan terus berdoalah dengan sejujurnya..



Sama-sama kita tingkatkan usaha menjadi permata ummah yang benar-benar bernilai itu..
Ikhlaskan hati Lillahi Ta'ala..tak mahu amal ini sia-sia tanpa dinilai sedikit pun oleh Allah.

p/s: Syafiqah dan kak Mai terimalah hadiah yang tak seberapa ni :)
      maaf andai isinya dan kata-katanya agak berterabur..




PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...