06 June 2013

Sejauh mana jujurku



Betulkan aku ini benar benar menjadi akh sodiq?

Benarkah aku dalam beramal?

Jujurkah aku kepada Nya?

Bila persoalan ini ditimbulkan,terasa sungguh kecil dan hinanya diri ini.Aku masih lagi insan yang bermain-main.Bermain dalam beramal.Merasa cukup dengan amal sendiri.Terlampau ego untuk tunduk sujud merendah diri menambah baik kualiti dan kuantiti ibadah

***.

Kita mengaku seorang penyeru kebaikan.
Mengaku sang daie.
Mengatakan diri adalah murabbi penyampai risalah.

Adakah benar apa yang di katakan itu?Apakah sebab kita mengiktiraf diri sedemikian?

Memang kita ingin menjadi seorang daie.menyeru manusia kepada ma'ruf dan mencegah yang mungkar.Memang itu impian kita.Memang itu tanggungjawab kita.Bersyukur kerana sedar akan peranan itu.Inginkan suatu perubahan berlaku di atas muka bumi ini yang mana semua manusia tunduk dan patuh pada suruhan allah dan islam menjadi yang teratas dikalangan ummat manusia.

Ya benar!

Menjadi murabbi,pendidik.Sungguh agung tanggungjawab itu.Sirah menceritakan bahawa tidak akan sampai sebuah ajaran itu dengan sempurna tanpa didikan seorang murabbi.Penerusan ilmu dan pengamalannya akan lebih berkesan dengan dorongan dan bimbingan sang murabbi.Murabbi adalah mata rantai yang menyabungkan.

Betapa ramai jumlah daie dan murabbi abad ini tetapi masih belum mampu mengubah masyarakat yang makin jahil dan menjauh dari ajaran islam.Mengapa tidak?

Renungilah diri,tanya kembali.Sejauh mana keikhlasan kita untuk melaksanakannya.
Tanyakan kembali pada tahap mana kejujuran kita pada al-Haq dalam menyeru kebenaran ini.

Kerana terpaksa aku melakukan?
Kerana inginkan habuan dan imbalan?

Ingin dikenali seluruh masyarakat?
Atau semata inginkan keseronokan bergaul dengan manusia?

Allah.
Mohon jauhkan kami dari semua yang bersifat duniawi.

Ketahuilah,bila matlamat kita bukan lagi Allah yang satu maka apa yang di seru itu tidak tersentuh pada hati manusia.Boleh jadi manusia mendengar sebagai santapan telinga semata.
Yang memberi rasa itu Allah.Hanya Daie yang dekat denganNya yang mampu menyentuh.Kerana kejujurannya dan keikhlasannya itu mampu membawa aura yang menyenangkan.Lihat sahaja sang rasul,keikhlasannya membuat manusia tertarik untuk mendekati.Kadang perbuatannya tanpa bicara.Tapi bila bicara lembut dan penuh hikmah membuat yang mendengar rasa dikasihi.

***

Sucikan dirimu.
Hilangkan karat-karat jahiliyyah di hatimu.

Serulah dirimu sebelum seruan kepada orang lain.Kembali menjejaki sang penciptamu sebelum menyeru orang lain mengenal tuhan.

Ikhlaskan diri dalam setiap apa yang kita kerjakan nescaya Allah akan mudahkan.Kerana kita menyeru kepada islam agama kebenaran.

Jujurlah pada Allah.Kejujuran itu bakal memandu setiap alat yang kita gunakan dalam pentempuran kita menegakkan risalah ini.Ilmu kita mampu menyumbang kepada kemajuan islam kerana kejujuran pemiliknya.Idea kita mampu merencana stratergi yang hebat kerana kejujuran ini.Mata pena kita.Mata pedang kita dan apa yang kita miliki ini mampu memberi impak buat islam seluruhnya.

'Islah nafsak wad3u ghairak'
Perbaiki diri dan serulah mausia lain.


No comments:

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...