31 July 2015

Bunga cinta tidak selamanya harum.

Bismillahirrahmanirrahim.



" ..... lalu Allah mempersatukan hati mu, sehingga dengan karunia Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan ( ketika itu ) kamu berada di tepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. "
( QS 3:103) 



Betapa Allah mengurniakan nikmat-nikmat terbaik untuk kita; akhawat teman-teman yang sentiasa meraikan.
Dalam diamnya mendoakan.
Tatkala bertemu, penuh manis dan bersemangat sapaannya.
Senyuman yang diukirkan memberi damai di jiwa.

Dan bergugur satu persatu keresahan. Bersama juga berguguran air mata jatuh keharuan. Melihat wajah mereka; akhawati fillah.
Damai dalam santun
Keruh tatkala dicemari perkara tidak syar'i.
Bahagia bila bersama membangun cita-cita; biah tarbawi.


Ukhuwah itu tidak menjanjikan senyuman di setiap masa. Tidak juga bahagia di setiap ketika.
Tetapi ukhuwah itu mengajar erti bahagia bila mengejar cinta DIA. Belajar bersakit dalam mujahadah untuk mencapai satu cita-cita; MARDHATILLAH.

Tidak pernah hati lapang sentiasa , kerana kita berurusan dengan manusia.
Dalam ukhuwah ini, hati belajar untuk lapang dan tenang terutama sat-saat kita di tegur. Biar rasa terhiris, pedih. Tetap lapang akhirnya kerana ada yang sudi menegur silap salah dalam memberi cinta pada DIA. Syukur itu dilebihkan dulu. Kerana tidak mungkin kita dapat tika bersama orang lain.

Semuanya itu kerana kasih dan sayang.
Semuanya itu sebuah tafsiran cinta.
Dari firman tuhannya. Dia mentafsirkan dengan rukun persahabatan.

Uhibbukum fillah.
Dan mereka adalah bunga-bunga indah yang Allah hadirkan penuh makna dalam hidup ini.
Dan memberi damai buat hati yang sedang mencari.

Ya Allah, persatukanlah hati hati kami dalam mencari redha dan cintaMu.
Dalam mengenal thoriq Mu.
Dalam munajat mengagungkanMu.
Pertautkanlah hati-hati kami.


Kami tidak sempurna sisinya.
Bersama-sama sedang membangkit hati. Mengenal rasa dan cinta dalam berukhuwah kerana Allah di jalan dakwah.







kaherah,
9.54 am

No comments:

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...