24 August 2011

berapa lama nak kepung ilmu ni??

bismillahirrahmanirrahim

salam buat semua :)


MashaAllah bertapa sayangnya Allah pada kita tidak pernah menghentikan udara dari kita untuk di sedut.Maha pengasih dan penyayangnya Allah pada hamba-hambanya.kita yang kadang2 eh selalunya yang tidak tahu menghargai pemberianNya.

kalaulah kita diberi hadiah yang besar kemudian dibalut lagi dengan pembalut yang cantik, adakah kita akan menerima hadiah tersebut atau kita tinggalkan di tepi jalan.kalau anjing gigit pun kita tidak kesah???
kita nak yang mana??
kalau saya mestilah nak hadiah tu.mana boleh nak lepaskan peluang dah orang bagi.bukan senang nak dapat hadiah dari seseorang kan?

tapi pernahkah kita perasan sebenarnya Allah bagi hadiah dekat kita setiap masa,setiap detik dan setiap saat..
kenapa kita tidak boleh sedar??
sebab hadiah Allah tu tak berbungkus??
sebab hadiah Allah tu kita tidak nampak macam hadiah yang manusia bagi??

fikir2kan bagaimana kita ni sedar dan menghargai setiap nikmat yang di kurniakan kepada kita.
pilihan terletak ditangan kita sama ada nak jadi hamba yang bersyukur atau kufur.

* * *

hari ini sebenarnya rasa terpukul dengan perkongsian seorang ukhti.

cuba kita hitung dah berapa lama kita duduk bersama dan mendengar pengisian??
berapa lama yang kita perlukan untuk perbaiki diri kita??
adakah usrah yang kita ikut ni hanya untuk perbaiki diri kita sahaja?




fikir2kanlah
adakah selamanya anak zirafah ini disusui??
tidak bukan.meningkatnya umur si anak zirafah ini dia tidak lagi disusui malah dia pula yang akan beranak dan menyusui anaknya.

selama mana kita mahu di suap sahaja??
bila pula giliran kita untuk memberi? tunggu nyawa sudah berada di halkum??

duduk sejenak, fikirkan dan renungkan kembali..ilmu yang melimpah ruah tu jika tidak dipraktikkan sama macam tidak bernilai..

Ayuh kita tingkatkan ilmu dan amal..jadikan ia seiring kerana amal  dari ilmu adalah buah keimanan

cukup2 lah nak kumpul ilmu untuk diri sendiri saja.ketahuilah bahawa kehidupan kita singkat sangat.Rasa2 dah tak ada masa.
belajarlah untuk memberi dan beramal dengan ilmu yang berguni2 kita ada tu.bimbang ilmu yang banyak tu akan dipersoalkan nanti pada hari yang dimana tiada perlindungan.

ala kulli hal,yakinlah bahawa setiap perkara yang kita laksanakan di niatkan kerana Allah dikira sebagai ibadah.jadi beramal dengan apa yang kita tahu juga ibadah bukan?

set target bahawa kita pergi dengar perkongsian adalah untuk beramal dengan ilmunya dan berkongsi dengan orang lain juga.Islam perlu disebarkan.cara hidup islam perlu diterapkan..

siapa yang nak buat semua ni kalau bukan kita??
Mei Ling atau Muthu?

No comments:

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...