18 August 2011

Ramadan di perantauan (2)

Bismillahirrahmanirrahim,

apa nak cerita kali ni ye??

ha baru teringat pasal masjid yang famous ni..nama masjid tu Masjid Bilal bin Rabah.
sebenarnya tak lah arif sangat tentang masjid ni sebab baru pertama kali pergi tu pun lepas ada senior2 cerita pasal masjid2 yang best untuk solat terawikh.

dah nama pun masjid mesti la ramai orang lagi2 nak solat terawikh.nak kata ramainya orang sampai solat pun dekat luar berlantaikan tikar diatas tanah dan berbumbungkan langit.Wah memang hebat la..nak kata mereka disini sangat menyemarakkan malam2 ramadan dengan amal ibadah.terasa macam ada pesta pula pesta ibadah la...

kalau dekat malaysia ada tak macam ni??
saya harapkan ada suasana macam ni sebab saya tak pernah la pula ronda2 cari masjid untuk buat terawikh macam yang saya buat dekat sini..

 ni lah masjid Bilal..dia dikenali dengan nama masjid dalam taman :)




 ramainya jemaah sampi bentang tikar kat luar..tapi dia memang dah sediakan tikar untuk solat, pengurus masjid ni memang dah tahu akan penuh macam ni..selamat beribadah 




 ni dekat bahagian perempuan..



 masa ni terasa syahdu sangat..dapat solat dekat luar dengan angin malamnya..terasa dekat sangat dengan alam dekat sangat dengan Al-Khaliq..


sebenarnya bila seronok bercerita tentang pengalaman ber'ramadan' di tempat orang timbul satu persoalan adakah kerana ingin mencari pengalaman semata2 atau kerana mencari redha Allah..

Ya Allah sesungguhnya hambamu ini sering terlalai dan terleka dalam menjalani detik2 hidup ini..ampunilah daku dalam rahmat dan barakah ramadan ini..

ala kulli hal pengalaman ini membuatkan saya terasa sayu dan sedih seandainya ramadan ini berlalu..ku tak mahu menjadi hamba kepada ramadan tetapi ku mahu membentuk diri menjadi insan rabbani sempena ramadan ini..

ikhlaskan niat 
jom kita kejar mardhotillah 
semoga kita sama2 dapat menghuni syurga yang kekal abadi :)




No comments:

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...