17 June 2011

saat terleka..

bismillah...


melayan buku je..

dah tak ingat benda lain..bila masa semakin hampir..

mulut asyik istighfar what the meaning of rate of reaction?..factor affect the rate of reaction..radioactivity..covelant and ionic bond..

kepala pun diarah dan disumbat-sumbat untuk mengingati segala fakta-fakta ..kalau boleh buku tu dari kulit ke kulit masuk dalam kepala.


***

tut..tut..tut

ada panggilan masuk saat-saat tengah nak beruzlah dengan buku..ada sahaja gangguannya hati mula nak bersyak wasangka pulak..

panggilan 1:

"ukhti selasa minggu depan nak buat usrah boleh?"

"pukul berapa ye?"

"lepas habis imtihan dalam pukul 2-3 petang.."



tut..tut..tut

panggilan 2:

Ya Allah time tengah serabut ni la pula ramai yang nak call..sabar..sabar wahai diri 

"ukhti,maaf ganggu..apa khabar study?? ok??"

"oh sangat takut dan gementar la"

"ana kenal enti..jangan takut, tenangkan diri istighfar banyak-banyak..belajarlah dengan hati dan akal..kita nak faham bukan semata-mata untuk imtihan..tapi kita nak  ilmu untuk di amalkan..ana tak nak rasa macam time SPM lepas habis dah tak ingat apa yang kita belajar dulu..
kita sama-sama faham dan cinta ilmu dengan hati..caiyok!! kita perlu berkorban untuk melahirkan doktor muslimah lagi hafizah.."

***


Tamat sahaja panggilan tersebut terus ku sujud..Ya Rahman,Kau hadirkan padaku insan-insan yang sentiasa mengingatkan ku..

Tepat waktunya Kau sedarkan diriku..benar, Kau sentiasa mendampingi hamba-hambaMu..Kau berhak menentukan sesuatu pada hambaMu..

Fatrah imtihan tidak panjang,tetapi ujian yang datang tidak peduli berat atau ringan..terpulang pada kita untuk menyedari atau tidak..

Bila dah pegang buku dan hidup dalam gua ciptaan sendiri..Allah tahu diri ku tidak sekuat mana..amalku tak akan bertambah melebihi yang biasa..
Maha mengetahuinya Allah..Dia menggerakkan hati-hati kami untuk tidak menghentikan usrah dan perkongsian walaupun disaat-saat genting perjuangan ini..kerana Dia tahu itu adalah booster untuk kami dalam beramal..

Rugilah sekiranya diriku tidak menyedarinya..

Ilmu dan kefahaman itu datangnya dari Allah..Dia yang berhak untuk memberinya..

Tersedar lepas ukhti pesan untuk belajar dengan hati..sebelum ini memang berazam nak belajar dengan hati tapi bila dah rasa macam genting dah tak fikir dah..yang pasti nak hafal dan cepat-cepat faham...

lupakah dengan ayat 179 surah Al-A'raf?..Allah berfirman "Dan sesungguhnya,akan kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia.mereka memiliki hati tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah),mereka memiliki mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah).mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah).mereka seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi. mereka itulah orang-orang yang leka."

Kehadiran hati sangat bermakna dalam diri setiap insan..peranan hati sangat besar untuk memahami sesuatu cuma kita sahaja tak menggunakannya dengan sebaiknya..hati oh hati..

belajar untuk memahami dan menjiwai setiap ilmu..menjiwai dan memahami setiap peristiwa...

jazakillah akhawat sekalian...
kehadiran kalian sangat bermakna..Ya Allah tautkanlah hati kami dalam mencintaiMu dan beramal untukMu..

No comments:

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...