18 July 2016

Soalan yang kena cari jawapan...


Bila bersembang dengan kawan-kawan satu batch yang graduate sekali , " kau buat apa sekarang? " soalan biasa la tu..

" aku tanam anggur yang pokoknya pon tak nampak buah lagi la tak tahu nak datang dari mana.." tergelak kami dengan jawapan bersahaja dia.

" aku jadi DSA ( dental surgery assistance) kat klinik private. "

" aku tolong jaga kedai family. "

"aku jadi babysitter."

Dan update masing masing punya perkembangan memang meriah. Bila dah sampai Malaysia, tak semua boleh jumpa selalu. Asalkan semua terupdate tak kisah la macam mana. Yang meriah mestilah group WhatsApp.


****

Sangat menghargai sebuah ukhuwah. Hebat. Susah senang jatuh bangun  tak pernah berkira untuk bersama.


Betul kata orang, kita akan rapat dengan kawan masa kita belajar. Tak kisah dah kerja jauh mana sekalipun mesti nak cari kawan masa undergraduate dulu.
such a blessing i have them.



Aku.
Kerja aku rasanya paling senang dari orang lain ; duduk rumah.
Empat bulan duduk kampung.  Dan baru balik rumah.

Empat bulan jaga opah.
Sebulan rehat.
Seminggu jaga wak ( baca: nenek )

Tiga bulan ulang alik hospital.
Sebulan rehat.
Seminggu ulang alik rumah hospital.

Alhamdulillah opah beransur baik. Dah boleh gerak sikit- sikit dengan kerusi roda. Dah boleh jalan-jalan kat dapur. Dah boleh masak sikit-sikit. Dah tak sedih-sedih macam sebelum ni. Dan aku dah boleh balik rumah.


Tapi, seminggu ulang alik hospital.  Allah tak izinkan wak berlama. Kritikal dua hari dan di pagi Khamis Allah panggil pulang. Inna lillahi wainna ilaihi rojiun. Tiada siapa yang sangka. Tapi ayah memang dah dapat rasa; mungkin dari pengalaman lepas.



Aku dah jadi macam nurse, ulang alik hospital. Dah macam rumah kedua. Walaupun tak reti sangat dengan segala procedure yang ada. Ye la wad emergency dan orthopedic mana la aku reti sangat kalau suruh cabut gigi boleh la.


Itulah yang berlaku.



****


Hanya itu pengalaman kerja aku. Untuk masa yang lepas.

Pengalaman ; satu pembelajaran hidup. Peluang ; satu kesempatan dan rahmat.

Seringkali aku dinasihatkan untuk positif bila sedikit cemburu dengan kerja orang lain.
" kerja itu tak semestinya yang menghasilkan duit itu adalah yang terindah dalam hidup awak. kerja yang memberi pengalaman dan rasa kehidupan dengan persekitaran adalah yang terutama untuk dihargai.. untuk masa depan mungkin awak memerlukan pengalaman itu.."



Try to be positive.

Apa sahaja yang mendatang itu bukan hak kita untuk menghalang. Itu dari DIA. Tak semua yang kita rancang dan mahukan akan kita peroleh dengan mudah dan senang. Bukan hanya dengan membaca dan faham yang akan membuatkan kita kental dan yakin dalam beraksi di medan kehidupan.


" Medan kerjaya sebenar adalah sangat mencabar." pesan seorang sahabat yang telah memulakan kerjayanya.
" mungkin sekarang ni masa awak prepare diri dengan segala ujian yang DIA beri. untuk latih mental dan emosi..jangan pernah salahkan tuhan."


****


Alhamdulillah.

Cuba dan masih belajar untuk melihat dunia dengan kacamata berbeza.
Dengan pandangan bertuhan. Dengan kacamata seorang muslim yang punya matlamat hidup.


Marilah saling berdoa untuk tidak lari dari matlamat asal kita. Menjadi hambaNya dan menjadi Khalifah di muka bumi.


Profession kita adalah alat bukan matlamat.



p/s : kadang-kadang tu aku rasa macam nak tukar profession je...






PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...