30 March 2018

Tentang jarak




Bismillah, 

Dengan namaMu ya Allah. 
Sebuah tulisan sekadar buat peringatan diri sendiri.

Bila membicarakan tentang sebuah perhubungan dan jarak.
Sungguh tuhan menguji,  bila mana pada awal dulu

" oh pjj ( perkahwinan jarak jauh)  tu susah ye? "

Soalan naif aku tanyakan.

Dan bila aku membicarakan bersama teman-teman lain dalam perbincangan khusus,  semua menasihati aku dengan sesungguhnya. Kerana meletakkan keputusan itu tidak mudah. 

Naifnya aku tentang perasaan tika itu memang aku serahkan dalam istikharah harian. Kerna aku tidak tahu. Kerana aku tika itu tidak dapat menafsirkan kata-kata nasihat ramai tentang 'berjauhan'.

----

Dan setelah beberapa purnama berlalu,  siang dan malam silih berganti, akhirnya melebihi setahun perhubungan ini,  baru ku mengerti,  mengendalikan diri dan emosi saat berjauhan itu perlukan  banyak pengorbanan. 

Saling memahami rutin jadual masing-masing. Memahami tahap emosi, memahami tahap kesibukan di setiap pihak. Hal yang tidak mudah bagi ku. 


Di lain gender 
Berkenalan jarak jauh. 


Oh memang benar benar menguji. 
Hanya Yakin penuh iman.
Hanya tawakkal dengan lapang dada.
Hanya semampunya untuk tetap bersama,berhubung.


--- 

#hinggakejannah 

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...