09 May 2011

Alahai teksii..

Bismillah..

Salam pembuka kata..
buat sahabat pembaca..

mengingatkan kejadian hari ini membuatkan diri ini tergelak sendirian..Masha Allah bertambah lagi pengalaman menarik sepanjang pengembaraan di bumi Allah ini :)

Bila kita mahukan pengalaman..hmm betul-betul Allah bagi..

Bermula dengan pengembaraan mencari Mustashfa...fiin mustashfa??..bertanya sekiranya tidak mahu tersesat..

Berurusan...

Perjalanan pulang...


 ammu yang sedang menukar tayar yang pancit...
adakah disebabkan kami yang berat???
ma'alish ya ammu..

elok pulak tu teksi berhenti dekat depan ni..
haih..perut dah mula menyanyikan lagu ...


 apalagi..
 bila tak dapat masuk..
cukupla dengan kita bergambar ye kawan-kawan..
sementara tunggu ammu tukar tayar...
:)


 .....



eh dah siap??
memang hebat la ammu ni..
tabik springgg..

harapkan panas sampai ke petang hujan pula di tengahari..
ingatkan sihat la teksi tu sampai ke sudah rupa-rupa tak juga..enjin pula asyik mati je ntah berapa kali..sampai dah tak sanggup nak gelak lagi dah..kesian ammu ni..kena suruh beli teksi baru je ni..

Alhamdulillah,akhirnya sampai juga ke destinasi..
Syukran ya ammu!!

Allah nak kita belajar apa ye dalam perjalanan tadi??
Begitu payah dan lama untuk sampai ke destinasi..

Perjalanan yang panjang seperti sama seperti perjalanan kehidupan kita..bila panjang,macam-macam yang akan berlaku.tak selamanya bahagia dan selamat. Ada masa penuh dengan kesusahan dan kepayahan..

bila tayar kereta pancit, kita kena gantikan dengan yang baru.Bagi yang tak mahir,dia akan rasa sangat susah dan memakan tempoh yang panjang..tapi bagi mereka yang mahir seperti ammu tersebut dia akan rasa senang dan mudah..buat sendiri pun boleh dengan berbekalkan kecekapan dan kemahiran, kerja tersebut tidak pelukan tempoh yang lama..

Dalam kehidupan kita,penuh dengan ujian dan rintangan. Bila mana kita biasa berhadapan dengannya dalam keadaan yang tenang dan yakin bahawa ini adalah ujian dari Allah,kita belajar untuk menjadi seorang yang mahir dengan selok-belok kehidupan.Kita belajar menjadi seorang yang matang bila berhadapan dengan ragam kehidupan..kerana kita faham bahawa rintangan dan cabaran guru yang terbaik dalam sebuah kehidupan.

Tidak boleh dilupakan bila enjin asyik mati tengah-tengah jalan..tapi yang buat kami tabik sama ammu ni sebab dia tak mengeluh pun..sepatah pun tak keluar dari mulut dia..bila enjin mati dia akan start semula..mati lagi, dia akan hidupkan balik..sampailah berkali-kali..
Tapi,kami yang kat belakang ni dah tergelak-gelak apalah salah kami sampai enjin ni asyik nak mati je...bersyukurlah sebab tak kena marah sebab bising..

Bila ingat semula,situasi ni seolah-olah bila kita jatuh..kita masih diberi peluang untuk kembali bangkit..tak kira berapa banyak kali kita jatuh..yang penting, kita mesti bangkit semula dengan membina kembali keyakinan dan semangat kerana kita belum sampai ke destinasi terakhir..bertemu dengan Ilahi..
sepanjang tempoh membina keyakinan, pasti ada golongan yang akan mentertawakan kita dan ingin mejatuhkan kembali keyakinan yang baru di bina..seolah-olah kita tiada harapan untuk kembali bangkit.

Ketahuilah!! bagi mereka yang punya keazaman dan cita-cita yang tinggi, dia akan mengabaikan golongan tersebut..baginya mereka itu seolah-olah penyeri kehidupan..sekiranya mereka tiada kita tidak merasa kehidupan ini mencabar..golongan yang memperkecilkan mereka ini seperti penguat semangat untuk terus bangkit kerana mahu membuktikan bahawa dia boleh menjadi yang terbaik walaupun pernah gagal satu waktu dahulu..

Begitulah kehidupan kita..
tiada kesenangan yang datang sebelum diuji dengan kesusahan dan kepayahan..

buat sahabat..
kak farah,shamilah,ain,arina dan izzah..
jadikanlah peristiwa ini sebagai pengajaran dalam kehidupan seorang pelajar
bukan hanya pelajar di kuliah tib asnan,
tapi 
kita juga penuntut di madrasah kehidupan..

sedarlah bahawa peristiwa ini penuh hikmah dan ibroh..
Allah mengetahui segala-galanya
Dia yang merancang untuk kita..

akhir kalam,semoga kita dapat manfaatnya bersama..insyaAllah

No comments:

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...