04 May 2011

~Bidadari syurga


Bismillahirrahmanirrahim,

dalam satu kelas quran, ustaz tanya siapa nak jadi bidadari syurga??
oh apalagi semua pakat angkat tangan la..siapa yang tak mahu jadi bidadari di syurga pulak tu..bukan calang-calang..

ustaz kata kalau nak jadi bidadari, kena jadi wanita solehah.macam mana tu? oh senang je ustaz jawab seorang muslimah itu sentiasa menjaga tinggkah laku dia walau dimana pun dia. Dan apabila dia di gelar isteri kepada seorang lelaki dia akan menjadi isteri yang solehah.Kerana isteri yang solehah adalah bidadari pendamping suaminya di syurga nanti.Betapa besarnya nilai seorang muslimah seandainya dia sedar dan mengetahui.

Hati ini ingin tahu, apakah ciri-ciri bidadari syurga yang digambarkan terlampau sempurna.Adakah benar?
setelah menkaji sedikit sebanyak dapat mengubat perasaan ingin tahu ini.
jom kita kongsi sama-sama..rasa teruja sangat :)


-Sifat-sifat bidadari syurga (Hurun Ain) dalam al-Quranul Karim:

Pertama: Qasrut Torfi.

Ada tiga ayat yang mana tuhan menjelaskan kepada kita bahwa bidadari syurga bersifat begini. Diantaranya:

“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya.”
(48 : as-Saffat)

Imam Tobari berkata:
Ayat ini menjelaskan bagaimana sifat yang agung bidadari syurga iaitu hanya memandang kepada pasangan mereka tidak seperti wanita dunia yang memandang ke sana sini.

Imam Fakhurrazi berkata:
Ini menunjukkan bahwa betapa malunya bidadari syurga kerana “at-Torfu” adalah gerakan kelopak mata (eyelid). Bidadari tidak menggerakkan kelopaknya dan tidak mengangkat kepalanya untuk lelaki bukan suaminya.”

Wanita muslimah sepatutnya mencontohi wanita syurga yang mana segala kemesraan, pandangan manja, layanan dan sebagainya hanya untuk suami.

Kedua: “ Atrab” Umur yang sama diantara mereka.

Firman Allah swt:

“Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.”
(52 : surah Sod)

Atrab adalah plural bagi turb iaitu sebaya atau sama umur. Mereka berumur 33 tahun seperti disebut dalam hadis riwayat imam Ahmad dengan sanad yang baik.

Ketiga: Baik akhlak dan cantik rupa paras.

Firman Allah swt:

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
(70: surah ar-rahman)

Ulama berkata bidadari memiliki akhlak yang baik dan rupa paras yang cantik.

Keempat:"kawa'ib" Buah dada yang tegang (tense).

Firman Allah swt:

“Dan ahli syurga mendapat gadis-gadis yang memiliki buah dada yang tegang dan sebaya umur mereka.”
(33:an-Naba)

Kelima: Anak dara.

Firman Allah swt:

“Dan kami jadikan mereka (bidadari-bidadari) yang perawan.”
36 : Surah al-Waqiah

Berkara pengarang tafsir Maalimut Tanzil:

“Setiap kali mereka dijimak oleh suami-suami bidadari, mereka akan dapati bidadari tersebut ada dara .”

Keenam: Bagus layanan dan kasih sayangnya kepada pasangannya.

Firman Allah swt:

“Bidadari-bidadari yang bagus layanan dan kasih sayangnya serta sebaya umur mereka.”
(37 : Al-Waqiah)

Mujahid, Hasan dan Qatadah (Ulama tafsir) berkata:

Urub adalah wanita-wanita pecinta yang asyik kepada suami-suami mereka dan menyintai mereka sepenuh hati, melayani suami mereka dengan manja, baik serta sopan pertuturan.

Ketujuh: Tubuh mereka bersih

Firman Allah swt:

"...Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya ."
(25 : al-Baqarah)

Imam at-Tabari berkata:

“ Kesucian bidadari adalah kesucian yang mutlak yang mana termasuklah suci dari semua perkara yang tidak disukai yang ada pada wanita dunia seperti haid,nifas, kencing, berak, ludah,kahak, mazi, mani dan perkara yang seumpama dengannya yang dianggap kotor, jijik, najis.”

Nabi saw bersabda:

“ Peluh-peluh ahli syurga adalah haruman kasturi.”

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

kesimpulan,
Buat wanita sekalian,belum terlambat lagi untuk memperbaiki amalan kita.Beramallah dengan seikhlas mungkin lillahi taala untuk memperoleh ganjaran yang sebaiknya di syurga..sebagai ketua bidadari buat pasangannya.
Buat rijal sekalian,anda juga perlu pertingkatkan amal sekiranya ingin berdamping di sisi bidadari syurga yang cantik rupawan dan penuh budi pekerti ..
Sepotong doa ku pinta padaMu ya Rabb,

Ya Allah, sesungguhnya ku tidak layak untuk menjadi bidadari syurgamu lantaran dosa-dosa ku
Tetapi kemaafan mu lebih luas dari dosa-dosa ku, ampunkanlah ku , berilah ku hidayah menuju Redhamu,
Andai ku tersasar sedarkanlah daku, janganlah kau uji diriku dengan apa yang ku tidak mampu tuk hadapinya,
anugerahkanlah ku seorang lelaki yang mana ku dapat berbakti kepadanya di dunia dan penemannya di syurga abadi..

Aku bersyukur kepadaMu kerana memberi ruang dan masa untuk mengecap kemanisan mengenal dan kembali kepada Mu

No comments:

PEACE BE UPON YOU

  Even though I Can't see your face  Your presence  Is always all around me Your name's on mind every single day  Peace be upon you ...